Djaffry Hassan | 14hb April 11.08 pagi |
.by Djaffry Hassan on Thursday, April 14, 2011 at 10:58am.
Sabda Rasulullah SAW;
Hendakkah kamu, aku beritahu apa yang dapat menghapuskan dosa-dosa dan mengangkat darjat?” Para sahabat menjawab: “Ya, kami ingin tahu wahai Rasulullah.” Baginda berkata, “Berwudhuklah dengan baik dalam keadaan air yang sejuk, banyakkan langkah menuju mesjid, dan menunggu sembahyang sesudah sembahyang. Itulah Ribath, Itulah Ribath (mengikat diri dengan sempadan ketaatan kepada Allah).” (HR. Muslim)
1. Berwudhuklah dengan baik dalam keadaan air yang sejuk. Berwuduk dengan menggunakan air yang terjemur di bawah panas matahari adalah makruh hukumnya.
2. Banyakkan langkah menuju ke tempat sembahyang samada masjid atau surau (masjid yang tidak didirikan sembahyang Jumaat). Rasullullah SAW amat menitikberatkan ummatnya khususnya kaum lelaki untuk solah fardhu berjemaah di mesjid ataupun di tempat azan dilaungkan.Selain pahala berjemaah, disana terdapat pahala gandaan tempat:-
■Pahala sembahyang di Mesjid Jamek (masjid yang didirikan sembahyang Jumaat) ialah 150 kali ganda fadhilat sembahyang sendirian di rumah.
■Pahala sembahyang di surau iaitu masjid yang tidak didirikan sembahyang Jumaat ialah 25 kali ganda fadhilat sembahyang sendirian di rumah.
■Pahala sembahyang di Mesjidil Aqsa ialah sebanyak 500 kali ganda.
■Pahala Sembahyang di Mesjid Nabi iaitu Masjidil Nabawi ialah sebanyak 1,000 kali ganda atau 10,000 mengikut setengah riwayat.
■Pahala Sembahyang di Mesjid Allah iaitu Masjidil Haram ialah sebanyak 100,000 kali ganda.
3. Menunggu sembahyang sesudah sembahyang misalnya menunggu sembahyang Isya sesudah sembahyang Maghrib . Rasulullah saw pernah bertanya kepada sahabat, hendakkah kamu tahu siapakah ahli syurga. “Ya Wahai Rasulullah”. Maka sabda Baginda “orang yang sembahyang Maghrib dan tidak balik sehingga selesai sembahyang Isyak.
Ribath (menjaga sempadan).
Daripada Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma, katanya: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Ada dua jenis mata yang tidak akan disentuh oleh neraka, yaitu mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang pada malam hari menjaga sempadan negeri dalam melakukan peperangan fi-sabilillah.” (Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi).
Moga kita dapat beramal dan beroleh rahmat Allah.....
No comments:
Post a Comment