Djaffry Hassan | 12hb April 11.37 ptg |
.by Djaffry Hassan on Sunday, March 27, 2011 at 3:52am.
Air merupakan asal kejadian, kehidupan atau penciptaan semua unsur hidup di alam maya ini. Semua benda jika dikaji dari sudut sains adalah terjadi daripada unsur air. Semua benda iu pula amat alah dan secara semulajadinya akan kembali menjadi air. Air yang baik dan hidup ialah ialah air yang mengalir. Air, udara dan angin merupakan unsur hidup yang bercas negatf(-) atau elektron yang jika ini tiada di dalam tubuh maka manusiayang mempunyai cas positif(+) atau proton tidak dapat digetarkan atau meneruskan kehidupan. Tubuh manusia memegang kunci kepada rahsia tanah yang sebenarnya unsur mati yang tidak memerlukan air dan angin sebagai tenaga luaran.
Fakta saintifik mengenai peratusan air dan tanah (bumi) ini adalah sejajar dengan fakta Al-Quran. Ini terbukti Islam dan Pertimbangan Sunnah dengan fakta "Al-Quran" menyebutkan sebanyak 32 kali tentang lautan (air) dan 13 kali tentang daratan (tanah) Jika ini dihitung maka peratusan air juga adalah memenuhi 71.111% diruangan tubuh. Iaitu 32 ditambah dengan 13 bersamaan 45.
Kaedahnya...maka peratusan air adalah;
32/45 x 100 iaitu 71.111% dan tanah 13/45 x 100 bersamaan dengan 28.888%.
Ini membuktikan ruang komposisi air menguasai alam dan tubuh. Tubuh kita adalah penyimpan rahsia alam. Maka air adalah amat penting bukan sahaja dalam keperluan kehidupan malah ianya sangat elok bagi konsep perawatan juga, manakala tanah atau daratan pula amat penting dalam konsep mengenai kejadian atau penciptaan diri kita.
Di dalam kehebatan tamadun islam inilah dijadikan titik tolak (panduan/rujukan) kepada ahli-ahli sains untuk membuat pemerhatian dan kajian agar ilmu tetap membawa amal dan pengajaran yang menguntungkan.
No comments:
Post a Comment