Djaffry Hassan | 09hb April 6.36 ptg |
by Djaffry Hassan on Saturday, April 9, 2011 at 6:28pm
Sesungguhnya dengan kadar berzikir dengan tenang, ikhlas, kusyhuk, tawajuh dan dalam penyerahan yang tinggi, akan mengeluarkan bukan sahaja titik hitam yang telah lama bertahta didalam hati sanubari, malah ianya mampu membersihkan lubuk hati daripada y...ang batil kepada yang hak. Dengan momentum berzikir juga, akan memberikan cahaya “nur” bukan hanya kepada wajah malah kepada hati yang sedang dalam kegelapan.
Firman Allah yang bermaksud;
“Hai orang-orang yang beriman! Ingatlah Allah sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada Allah di waktu pagi dan petang. Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikat-Nya(memohonkan ampunan untukmu), supaya mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya yang terang. Dan adalah Dia Maha Pengasih kepada orang-orang beriman.”
Hikmah bagi mewujudkan masa sebenar bagi seorang hamba yang benar-benar beriman adalah sentiasa mewujudkan perasaan rendah hati, mengharapkan rahmat dan sentiasa merasakan dari jiwa serta hanya meletakkan harapan terus kepada Maha Pencipta. Di dalam semua aspek kehidupan sehari-hari mestilah ada kewujudan dan sentiasa merasakan keutamaan kecintaan yang sangat tinggi kepada Allah SWT, serta sentiasa percaya akan janji dan kebenaran-Nya dan juga merasakan sentiasa bernaung di bawah naungan kurnia dan rahmat-Nya.
Oleh itu, bukanlah yang dinamakan zikir hakiki itu hanyalah ucapan di dalam lisan semata, akan tetapi hikmah dan “masa” sebenar yang dimaksudkan zikir hakiki itu ialah zikir yang timbul dari jiwa(lubuk hati) yang sangat mendalam yang kemudiannya mengalir hingga kepada “lisan,” iaitu dengan cara bermunajat, bertasbih, memuji, dan mensucikan Allah SWT. Manusia atau hamba yang sedemikian sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah akan mendapat pengampunan dan pahala yang besar disisi Allah.
Bagi sesiapa sahaja yang sentiasa mewujudkan perhubungan terus(berzikir) kepada Allah, maka Allah akan sentiasa mengingatinya. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam sebuah hadith Qudsi yang bermaksud;
“Aku berada dalam sangkaan hamba-hamba-Ku kepada-Ku, Aku bersamanya ketika ia ingat kepada-Ku, maka jika ia mengingati-Ku dalam satu golongan, tentu Aku akan mengingatinya dalam satu golongan yang lebih baik darinya.” (HR.Bukhari & Muslim)
Apabila kita mengingati Allah dengan penuh keheningan, kesyahduan serta dengan penuh ketelusan hati, dalam hatinya penuh dengan rasa kecintaan yang mendalam kepada Allah, maka dengan demikian juga, nur Maha Pencipta akan memancar hingga kedalam sukmanya. Oleh yang demikian, berzikir dengan hening juga menyimpan rahsia “roh masa” kepada jiwa sebenar diantara pengabdian hamba kepada Maha Penciptanya. Dengan berzikir juga dapat merangsangkan pengaliran darah dengan baik dan sempurna serta mampu menghilangkan rasa gemurah, gugup serta pelupa yang amat keterlaluan.

No comments:
Post a Comment