Saturday, April 16, 2011

Definasi Penyakit Dan Falsfahnya

Djaffry Hassan 15hb April 9.53 ptg


.by Djaffry Hassan on Friday, April 15, 2011 at 7:18pm.
Usaha dan pelbagai lagi kaedah bagaimana untuk mendapatkan antidot(ubat) bagi sesuatu jenis penyakit telah dilakukan sejak zaman Nabi Adam a.s lagi sehinggalah sekarang dan usaha ini berterusan.

Jenis-jenis penyakit kian bertambah dan lebih merumitkan lagi dengan perubahan gaya hidup manusia dan perubahan kepada alam persekitaran serta lebih malang lagi apabila kita langsung tidak merujuk kepada kepentingan agama “Pertimbangan Sunnah”. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud “Setiap penyakit ada ubat melainkan penyakit tua dan mati”

Terlalu dalam definasinya dan terlalu halus pengertiannya apabila dihayati tentang sabda Nabi SAW seperti diatas. Ubat atau penawar berada dimana-mana ruangnya hanya kita sebagai hamba yang harus membuka mata hati dan bersyukur atas nikmat dan rahmat disebalik ujian serta penyakit yang menimpa.

Penyakit kebiasaannya kita kaitkan atau persalahkan dengan pemakanan, tekanan, masalah kegagalan sistem dalaman tubuh, usia, menyalahkan pihak tertentu dan sebagainya. Namun tidak pernah kita untuk menilai tentang rahsia disebalik rahsia Pertimbangan Sunnah, kenapa dan mengapa ianya berlaku kepada diri kita? Serta apabila berlakunya pada diri kita, apakah yang perlu dirujuk dulu? Sesungguhnya percayalah bahawa segala permasalahan dan penyakit khususnya adalah berpunca daripada kegagalan dan kelemahan diri sendiri.

Secara mudah untuk difahami ialah penyakit itu berpunca daripada apa yang kita lihat, dengar, bau, rasa dan sentuh. Sesuatu titik kekuatan tenaga sudah semestinya berpunca daripada dalaman tubuh kita sendiri.

Umpama sesuatu kekuatan jirim atom yang terdapat di dalamnya nukles ataupun molekul, walaupun sekecil zarah sekali pun apabila ketumpatannya mampat dan sehingga tiada ruang-ruang gas yang menguraikannya, maka leburlah dan hancurlah atom tersebut.

AMH percaya bahawa penawar atau antidot semulajadi ada di dalam tubuh kepada setiap manusia. Hanya manusia itu sendiri boleh mengeluarkan antidot di dalam jumlah tertentu, beristiqamah pada masa dan ruang yang tepat serta berperingkat-peringkat bergantung kepada tawakal dan penyerahannya terhadap ketetapan Maha Pencipta.

No comments:

Post a Comment