Sunday, April 24, 2011

RAHSIA GETARAN DOA DAN 4 FAKTA ASAS DALAM SOLAT SEBAGAI "PENAWAR".

DrJaffry Hassan21hb April 2.16 pagi


by DrJaffry Hassan on Thursday, April 21, 2011 at 2:08am
.

Sesungguhnya perbuatan atau amalan mesti seiring atau selari dengan niat yang dirakamkan. Tubuh atau seluruh anggota akan lebih bertenaga apabila isyarat niat dapat digetarkan secara berperingkat-peringkat. Umpamanya seseorang yang melakukan ibadah solat tetapi dihantui dengan dilema untuk mencari kekhusyukan. Semakin ia cuba mencari tumpuan maka semakin kuat gangguan yang mendatang sehingga boleh memecahkan keutuhan iman. 

InsyaAllah jika amalan untuk mendapatkan kekhusyukan disusuli dengan 4 fakta asas seperti yang akan dijelaskan nanti, akan membantu kesatuan diri untuk melakukan ibadah suci apabila kita hendak menghadap tuhan yang Maha Agong. 4 fakta asas yang semestinya sedia ada sebelum, semasa dan sesudah beribadah tersebut ialah:

1) Keheningan / khusyuk

a) Kepercayaan yang telus dan tidak berbelah bagi disertai satu semangat yang tinggi sehingga berdebar menunggu masuknya waktu solat atau ibadah yang seterusnya.

b) Menjaga hukum dan peraturan yang boleh membatalkan solat.

c) Menjaga ketertiban setiap pergerakan agar dapat mencapai nikmat dan kelazatan dalam ibadah solat.

2) Kesabaran

a) Rasa cinta dengan penuh kasih sayang sehingga terasa berdebar dan dapat menikmati sebaik dan kesayuan didada betapa kerdilnya kita berhadapan dengan Maha Suci Allah.

b) Dilakukan secara tidak tergesa-gesa dengan mengambil tempat masa yang amat manis dan harmonis.

c) Pastikan tidak ada masa keduniaan yang menunggu untuk mendesak anda, supaya cuba mencuri walau sesaat pun masa dalam ibadah solat ini.

d) Ibadah yang dilakukan secara lemah lembut kerana kasih sayang ada pada diri anda yang sedang berdepan dengan Maha Suci Allah.

3) Keikhlasan

a) Benarkah anda melakukan ibadah ini kerana anda ikhlas atau anda hanya berpura-pura, dan takut balasan di akhirat.

b) Rasa malu jika orang lain mengetahui pada diri anda mungkin tidak dihormati.

c) Anda ingin menunjuk-nunjuk pada orang lain yang anda cukup alim.

d) Anda lakukan kerana anda mengerti hikmahnya atau kerana ia hanya satu tanggungjawab yang wajib dilaksanakan.

4) Kesyukuran

a) Akhirnya anda harus berdoa dengan mengucapkan kesyukuran pada setiap apa yang telah dilalui yang mana telah mengikut ketentuan dan ketetapan.

b) Anda ketika itu yang masih dapat bernafas dengan menerima penuh redha atas segala apa yang dikecapi.

c) Selepas itu anda terus berdoa secara tidak berlebih-lebihan atau melampaui batas.

d) Pastikan doa itu berpadan dan dapat menyaingi ikhtiar atas usaha anda.

e) Doa yang melampaui batas tanpa diiringi dengan usaha yang tinggi hanya akan menyulitkan keadaan dan menabahkan kekeliruan minda anda.

f) Yang terpenting sekali anda kena sentiasa dalam keadaan bersyukur atas apa pun pemberian dan nikmat yang telah dikurniakan.

Kesimpulan

Sekiranya keempat-empat fakta di atas tidak bersatu dan diterapkan secara berperingkat-peringkat semasa melakukan ibadah tersebut, maka doa anda tidak mempunyai getaran kelajuan yang secukupnya. Begitulah sebaliknya rahsia iman dalam niat yang begitu unik dan suci yang bersatu di dalam diri manusia yang berpeluang mengecapinya berbanding makhluk yang lainnya. Mencari kekhusyukan di dalam solat itu adalah perbuatan yang sia-sia selagi anda tidak mengenal erti sebenar kebesaran Maha Pencipta yang ada di sekeliling diri anda.

Moga kita mendapat manfaat bersama....

No comments:

Post a Comment