Djaffry Hassan | 09hb April 12.15 ptg |
by Djaffry Hassan on Monday, April 4, 2011 at 1:52pm
Lagenda Air Zam-Zam bermula dari sejarah Islam yang masyhur lagi benar dan terbukti kisahnya di dalam Al Quran dan Al Hadith. Ia tidak mempunyai punca yang melata, akan tetapi punca air Zam-Zam hanya terdapat di Makkah Al Mukarramah. Inilah qhazanah tunggal umat Islam, permata berharga yang mulia dan diberkati.
Ajaibnya Air Zam-Zam - Punca telaga Zam-Zam yang terakam dalam sejarah terus melimpahkan airnya kepada jutaan umat Islam sehingga kini. Kerajaan Arab Saudi membuat sambungan terusan dari puncanya di Makkah Al Mukarramah hingga ke Madinah Al Munawwarah bagi membekalkan air suci kurniaan Allah ini di bumi barakah. Bayangkan punca air yang terbit di tengah-tengah padang pasir ini terus mengalir tanpa henti 24 jam sehari, 365 hari setahun. Alangkah beruntungnya kita.
Air Zam-Zam Sebagai Penawar - Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda mengenai air zam-zam sebagai penyembuh;
“Air yang paling baik di permukaan bumi adalah air Zam-Zam. Ia mengandungi makanan yang bergizi dan MENYEMBUHKAN penyakit”. (Riwayat At Tabrani)
Air Zam-Zam bersifat alkali tanpa perlu diproses. Dan yang menakjubkan ia air semulajadi bersifat alkali paling tinggi sifatnya di dunia. Keunikan air Zam-Zam ini ialah ia boleh diamal oleh (dalam kes-kes terpencil) mereka yang mempunyai masalah kesihatan yangmana badan mereka tidak boleh menerima kehadiran makanan atau minuman yang tinggi sifat alkali. Berbeza dengan kebanyakan individu, kita memerlukan kehadiran cecair alkali bagi menyeimbangi dan menyingkirkan kehadiran asid secara melampau dalam tubuh.
Air Zam-Zam Diberkati Dan Bergizi – Keistimewaan air Zam-Zam sepertimana yang digabungkan dalam Qhazanah, dijelaskan lagi melalui pesan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam sabda baginda;
“Zam-Zam diberkati dan mengandungi makanan bergizi“. (Riwayat Muslim)
Pelbagai kajian dijalankan bagi memperincikan keunikan air Zam-Zam dalam mempengaruhi kesihatan individu. Moga keterangan ringkas ini dapat memberikan manfaat kepada sahabat yg dikasihi.

No comments:
Post a Comment