oleh Djaffry Hassan pada pada 16hb April 2011 pukul 12.27 ptg
Dengan kata lain, pada zahirnya kita merasai, melihat , tubuh badan kita yang menggerakkan sesuatu, akan tetapi pemerintahnya adalah diri kita “hati”.
Nabi SAW pernah berpesan kepada umatnya yang bermaksud :
“Ketahuilah dalam setiap tubuh (jasad) terdapat seketul daging , jika elok daging itu maka eloklah keseluruhan tubuh badan dan jika rosak daging itu maka rosaklah juga seluruh tubuh badan”, maka ketahuilah bahawa ianya adalah organ hati kita(segumpal darah).
Persoalannya ialah, hati juga sering dikaitkan dengan jiwa (nafs), oleh yang demikian, sekiranya seseorang itu mengalami sakit atau tekanan jiwa maka rawatan dan cara yang biasa dilakukan adalah dengan mendapatkan khidmat oleh pakar psikologi dan diberikan pelbagai bahan ubatan.
Akan tetapi apabila jiwa seseorang itu menderita sakit yang berbentuk kerohanian dan bukannya berbentuk material yang disebabkan ketandusan iman dan aqidah yang mantap maka cara rawatannya sudah tentulah dengan merujuk kembali kepada Pertimbangan Sunnah ‘Al-Quran dan Hadis’. Adalah lebih sukar sekiranya tidak menepati teknik sebenar dalam mencari penyembuhan hakiki.
Dalam lipatan sejarah tentang berlakunya pembunuhan pertama dimuka bumi ini adalah salah satunya contoh kisah diantara Habil dan Qabil, mengisahkan cerita diantara dua orang putera Nabi Adam A.S adalah disebabkan ketidakpuasan “hati” yang mana mempunyai sikap ketidakpuasan hati dan punca kepada perbalahan diantara satu sama lain lantaran perasaan atau sikap dengki, menghianati dan dendam.
Sejarah dan contoh kepada sikap inilah, Allah SWT hendak menujuk ajar serta mentarbiah kepada hamba-Nya yang bersikap tunduk akan pemerintahan hati. Segala permasalahan jenayah, penindasan, tamak, irihati serta pelbagai lagi rentetan penyakit juga yang berlaku pada hari ini adalah didorong oleh rasa hati yang dibantu oleh hasutan nafsu yang batil dan legap.
Oleh yang demikian, sangatlah perlu agar kita sentiasa dinaungi ataupun merujuk akan kepentingan “Hukum Pertimbangan Sunnah”. Memiliki hati yang tenang sebenarnya memancarkan cahaya kepada sinaran wajah yang dibaluti Nur Iman (cahaya iman) pada setiap wajah setiap umat Islam.
Ini jelas terbukti sekiranya seseorang yang menghadapi masalah , sudah pasti wajahnya juga secara fizikal akan memancarkan kesannya seperti kemurungan dan kesugulan. Akan tetapi sebaliknya jika seseorang itu , memiliki hati yang tenang , pasti akan mudah dan murah untuk melebarkan senyuman kepada sesiapa pun.
Persoalan tentang ketenangan hati bukanlah suatu bentuk jisim atau material yang boleh di ‘maulting’ atau diperbetulkan begitu sahaja. Sindrom penyakit hati ini sudah pasti akan memberi kesan buruk kepada setiap individu dan masyarakat sekiranya, usaha-usaha dalam pengawalannya tidak dibendung.
Sebagai contoh yang paling mudah dan nyata di dalam masyarakat di era mellinium ini, kebiasaanya apabila seseorang itu lebih kehadapan, lebih masyhur daripada orang lain terutamanya yang telah maju dan berjaya di dalam perniagaan, pelajaran dan lain-lain. Dengan kejayaan ini dan disebabkan tunduknya pemerintahan hati, maka secara langsung atau tidak, telah mengundang keresahan hati atau penyakit dengki khianat kepada rakan-rakan yang lain. Maka timbullah elemen-elemen yang mendorong sehingga berlakunya keretakan persahabatan dan secara langsung maupun tidak juga telah menerbitkan bibit-bibit permusuhan.
Sudah jelas diterangkan menerusi Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah : Ayat 10 yang bermaksud :
“Dalam hati mereka ada penyakit (keyakinan mereka terhadap Nabi Muhammad SAW lemah. Kelemahan keyakinan itu menimbulkan kedengkian , iri hati dan dendam terhadap Nabi SAW, agama dan orang-orang Islam ), lalu ditambah Allah penyakitnya dan bagi mereka siksa yang pedih disebabkan mereka berdusta”.
Umumnya kita ketahui bahawa, sifat hati sentiasa berubah, maka tidak hairanlah jika seseorang itu semasa senang dan sihat selalunya lupa dan cuai akan tanggungjawabnya sebagai hamba. Sebaliknya apabila seseorang itu di dalam keadaan keresahan atau sedang mengalami kesusahan, tekanan dan sakit serius maupun tidak ketika itulah ia(hatinya) akan mengingati Allah.
Oleh yang demikian kita digalakkan agar sentiasa berdoa memohon kepada Allah SWT agar kita sentiasa diberi keteguhan hati dan iman kita daripada menzalimi diri kita sendiri. Sebagai contoh“Wahai Tuhan yang sentiasa membolak balikkan hati, tetapkanlah hati atas agama-Mu dan ketaatan-Mu”.
Oleh yang demikian para pengamal AMH digalakkan sentiasa berdoa dan menjaga perhubungan dengan Allah agar diri, jiwa dan hati dirahmati dan dilindungi supaya tidak dinaungi atau diperintah oleh penakluk ketandusan iman serta mudah dihinggapi penyakit yang amat-amat ditakuti iaitu penyakit “hati”.
No comments:
Post a Comment