DrJaffry Hassan | 24hb April 2.36 pagi |
by DrJaffry Hassan on Sunday, April 24, 2011 at 2:30am
Allah SWT berfirman dengan maksud "Demi langit yang memiliki hubuk (jalan-jalan)." (Adz Dzariat: 7)
Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa kata "hubuk" dalam ayat tersebut ertinya perhiasan, jadi ia merupakan petunjuk-petunjuk yang jelas yang menunjukkan penciptaan-Nya. Penciptaanya yang teliti dan kukuh menunjukkan keluasan ilmu penciptaan-Nya, dan semua keteraturannya menunjukkan kehendak dari penciptaan-Nya. Maha Suci Allah Yang Maha Kuasa, Maha Mengetahui dan Berkehendak.
SEPULUH MANFAAT APABILA MEMANDANG KE LANGIT
Para cendiakawan dan ahli falsafah mengatakan bahawa, terdapat 10 manfaat apabila kita memandang ke langit, iaitu:
1) Mengurangi kesedihan / kepiluan
2) Mengurangi perasaan was-was / syak wasangka
3) Menghilangkan perasaan takut / gemuruh
4) Mengingatkan Allah
5) Dapat memancarkan rasa keagongan terhadap Maha Pencipta di dalam hati kita
6) Menghilangkan fikiran buruk
7) Memberi manfaat bagi orang yang hilang semangat
8) Menghiburkan orang yang sedang dilema rindu
9) Menyenangkan orang-orang yang mencintai, dan
10) Kiblat bagi orang-orang yang berdoa
Di langit juga merupakan pengikat bagi bintang-bintangnya yang menempel dan juga bagi bulan. Dengan gerakannya, bintang-bintang berjalan sehingga penduduk bumi dapat memperolehi petunjuk dengannya. Di langit juga terdapat jalur-jalur yang bekas-bekasnya masih terdapat di barat dan di timur
No comments:
Post a Comment