Saturday, April 16, 2011

Rahsia Cahaya Dalam Waktu Solat

Djaffry Hassan 10hb April 1.48 ptg


.by Djaffry Hassan on Sunday, April 10, 2011 at 1:26pm.

Warna yang kita lihat berlalu tanpa kita memikirkan bahawa cahaya dalam rahsia warna alam semula jadi iaitu matahari yang memancar dan bulan yang menyinar sebenarnya sentiasa penuh dengan pelbagai pengertian warna yang cukup mengagumkan.

Cahaya menghasilkan tenaga tekanan apabila berlaku pertembungan udara panas dan lembab dengan udara sejuk dan kering. Cahaya mempunyai gelombang elektrik dan dalam cahaya terdapat warna. Setiap kali azan (masuknya waktu solat), atmosfera akan menjadi sejuk dan peralihan gelombang ini akan menyebabkan suatu tekanan tinggi berlaku (terjadinya getaran). Peralihan waktu solat adalah permulaan peralihan gelombang baru atau cahaya-cahaya baru dengan warna mulai terbentuk. Melengah-lengahkan waktu solat akan mendedahkan seseorang kepada tekanan rendah yang boleh menjejaskan aktiviti sel.

Inilah rahsia mengambil wuduk lima kali sehari yang bertepatan dengan konsep basah dan kering secara berulang-ulang bagi mengimbangi wap-wap air di persekitaran tubuh dan di waktu inilah perlu diambil kesempatan atau dijadikan amalan untuk rawatan pelbagai penyakit misteri dan kronik.

No comments:

Post a Comment