Sunday, April 24, 2011

RAHSIA SOLAT 5 WAKTU


DrJaffry Hassan24hb April 11.02 ptg
by DrJaffry Hassan on Sunday, April 24, 2011 at 10:54pm

Ali bin Abi Talib r.a. berkata,

Sewaktu Rasullullah saw duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata, 'Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.

' Lalu Rasullullah saw bersabda, 'Silakan bertanya.'

Berkata orang Yahudi, 'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.'

Sabda Rasullullah saw, 'Sembahyang Zohor jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya.

Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi.

Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam a.s. Maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas dan kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.

Sembahyang Isyak itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul sebelumku.

Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari. Ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya setiap orang kafir.' Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah saw, lalu mereka berkata, 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad.

Katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang.

Rasullullah saw bersabda, 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan.

Sembahyang Zohor, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.'

Sabda Rasullullah saw lagi, 'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.'

Selepas itu Rasullullah saw membaca ayat yang bermaksud, 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan. Sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam a.s. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah, maka Allah akan perkenankan.'

Sabda Rasullullah saw, 'Sembahyang Isyak (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isyak berjamaah, Allah SWT haramkan dirinya daripada terkena nyala api neraka dan diberikan kepadanya cahaya untuk menyeberangi Titian Sirath.'

Sabda Rasullullah saw seterusnya, 'Sembahyang Subuh pula, seseorang mukmin yang mengerjakan sembahyang Subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberikan kepadanya oleh Allah SWT dua kebebasan iaitu:

a) Dibebaskan daripada api neraka.

b) Dibebaskan dari nifaq.

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan daripada Rasullullah saw, maka mereka berkata,

'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (saw). Kini katakan pula kepada kami semua, kenapakah Allah SWT mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?'

Sabda Rasullullah saw, 'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon khuldi yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam a.s. selama 30 hari. Kemudian Allah SWT mewajibkan ke atas keturunan Adam a.s. berlapar selama 30 hari. Sementara diizin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah SWT kepada makhluk-Nya.'

Kata orang Yahudi lagi,'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu.

Kini terangkan kepada kami mengenai ganjaran pahala yang diperolehi daripada berpuasa itu.'

Sabda Rasullullah saw, 'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada

Allah SWT, dia akan diberikan oleh Allah SWT 7 perkara:

a) Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh daripada makanan yang haram).

b) Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.

c) Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.

d) Dijauhkan daripada merasa lapar dan dahaga.

e) Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang amat mengerikan).

f) Diberikan cahaya oleh Allah SWT pada hari Kiamat untuk menyeberang titian sirath.

g) Allah SWT akan memberinya kemudian di syurga.'

Kata orang Yahudi, 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu di antara semua para nabi.'

Sabda Rasullullah saw, 'Seorang nabi menggunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat kepada umat saya di hari kiamat).'

Kata orang Yahudi, 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan engkau utusan Allah).'

Peringatan !!!

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (Surah Al-Baqarah: ayat 155) "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya." (Surah Al-Baqarah: ayat 286)

RAHSIA AIR DAN SIFATNYA

DrJaffry Hassan19hb April 5.48 ptg




Air adalah sumber tenaga hayat bagi semua hidupan di alam ini. Tanpa air, maka tidak ada satu makhluk pun boleh hidup. Di mana-mana sahaja di alam ini terdapat air, di situlah adanya hidupan. Tidak kira sama ada hidupan itu makhluk seperti manusia, haiwan dan tumbuhan, hinggalah kepada hidupan yang sehalus-halusnya seperti bakteria, semuanya memerlukan air untuk hidup. Tiada air, maka tiadalah kehidupan. Telah diketahui umum bahawa air menguasai 3/4 ruang di dalam tubuh, sama dengan nisbah 3/4 air yang wujud di ruang permukaan bumi.

Kepentingan pada hidupan ini bukan sahaja kewujudannya di dunia, malah juga di akhirat Al-Quran telah mengambarkan syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai madu, susu dan air jernih. Walaupun manusia di akhirat tidak akan mati sampai bila-bila namun air itu sendiri adalah sebagai simbol knimatan dan keharmonian segala kehidupan di alam baqa'. Hinggakan ahli neraka sendiri merayu-rayu penghuni syurga hanya ingin minum walaupun hanya seteguk air.

Daripada sudut saintifik, sifat-sifat air boleh dibahagikan kepada 3 iaitu: 

1) SIFAT FIZIK

2) SIFAT KIMIA

3) SIFAT BIOLOGI......Bersambung.....

AIR MENURUT "SIFAT FIZIK".

Daripada sudut fiziknya, air ialah satu cecair yang boleh berubah-ubah bentuk daripada gas (wap) kepada cecair dan juga kepada pepejal (ais). Walaupun ia boleh berubah-ubah namun unsur kimianya tetap tidak berubah iaitu....2H+=0=H20....

Keunikan yang terdapat pada air ialah warnanya yang tidak berwarna (jernih) atau lutsinar. Oleh kerana ianya lutsinar, maka ia mampu membias, menyekak dan memecahkan cahaya. Ciri-ciri yang terdapat pada air ini sama dengan kristal. Walaupun komposisi air dan kristal adalah berbeza daripada segi sifat-sifat kimianya iaitu kristal terdiri daripada atom-atom karbon manakala air pula terdiri daripada atom-atom hidrogen dan oksigen namun hubungan kedua-dua entiti ini (air dan kristal) dengan tindak balas cahaya adalah sama. Dengan ini bolehlah dikatakan bahawa air itu sendiri adalah kristal dalam bentuk cecair.



AIR MENURUT "SIFAT KIMIA "

Daripada sudut kimia, air adalah yang tersangat-sangat baik. Air mampu melarutkan mineral seperti gula dan garam malah air juga mampu melarutkan logam-logam tertentu seperti besi, kalium, natrium dan sebagainya. Air juga adalah sangat versatile dan peka pada keadaan sesekelilingnya. Air tidak mempunyai rasa namun boleh diubahkan rasanya melalui bahan-bahan tertentu. Air berupaya menjadi penawar dalam masa yang sama ia juga mampu menjadi racun yang berbisa.



AIR MENURUT "SIFAT BIOLOGI"

Daripada sudut biologi pula, air adalah sumber tenaga bagi semua jenis hidupan. Manusia sanggup mencari kewujudan air di planet-planet di angkasa raya semata-mata untuk memastikan bahawa di sana terdapat hidupan. Kulat hanya akan hidup pada roti yang lembab--tidak pada roti yang kering. Telah terbukti sejak berzaman-zaman di mana-mana tempat yang ada air maka di situlah letaknya bandar-bandar besar dan mempunyai penduduk yang paling ramai.

Semoga dengan info yang ringkas ini memberi manfaat pada semua terutama pelajar-pelajar sains...

RAHSIA SISTEM DAN PERANAN KEDERIAAN MELALUI JARI-JEMARI

Djaffry Hassan19hb April 10.45 pagi
by Djaffry Hassan on Thursday, March 24, 2011 at 5:06pm

IBU JARI-(Keutamaan adalah rahsia kepada Maha zat Pencipta) rahsia bahagian otak, sistem tubuh (otot,tulang dan saraf). Rahsia waktu subuh-untuk pergerakan laju dan komunikasi. Kederiaan dan membantu rangsangan utk otot jantung, paru-paru dan bahagian tengkuk sebagai pengawalan denyutan jantung dan nadi dan juga sistem di bawah sedar atau pusat kawalan.

JARI HANTU-rahsia bahagian paru-paru iaitu sistem pernafasan, pengawalan bahagian hidung. Rahsia waktu zohor. Mewakili level tarikat.(deria hidung)

JARI KELINGKING-rahsia untuk sistem fizikal pada organ seksual dan peredaran darah. Rahsia waktu asar.kederiaan dan rangsangan utk sistem buah pinggang, kawasan kesuburan dan peredaran darah.mewakili level makrifat.(deria lidah).

JARI MANIS- rahsia untuk sistem metabolisma, pencernaan dan penghadaman. Rahsia waktu maghrib.Kederiaan dan rangsangan kepada sistem perut, hati,hempedu, pankreas dan usus. Mewakili level hakikat.(deria mata).

JARI TELUNJUK-rahsia untuk sistem imunisasi, antibodi dan hormon iaitu pusat kawalan. Rahsia waktu isyak dan untuk kerehatan dan tidur. Kederiaan dan rangsangan kepada semangat, akal fikiran, kretiviti, tumpuan, alahan,naluri dan suhu tubuh. Mewakili level syariat(deria telinga).

HAKIKAT SUSUNAN SIFAT KEJADIAAN 7 PENCIPTAAN.

DrJaffry Hassan20hb April 3.56 ptg


by DrJaffry Hassan on Monday, March 21, 2011 at 1:25am
.

Firman Allah SWT bermaksud;



"Sesungguhnya kamu melalui tingkat demi tingkat (dalam kehidupan). Mengapa mereka tidak mahu beriman."(Al-Insyiqaq; 19-20)



Para ulama' berpendapat bahawa kebaikan itu dibahagikan kepada 7 bahagian iaitu...kehalusan, keelokan, sinar, cahaya terang, kegelapan, kelembutan dan kebersihan.



Ketika Allah menciptakan alam semesta, maka Allah membahagi-bahagikan kebaikan dan kemurnian terhadap penciptaannya.

1)Kehalusan diberikan Allah kepada syurga.

2)Keelokkan diberikan Allah kepada bidadari.

3)Sinar diberikan Allah kepada matahari.

4)Nur atau cahaya diberikan kepada bulan.

5)Kegelapan Allah berikan kepada malam.

6)Kelembutan Allah berikan kepada air,

7)Kebersihan Allah berikan kepada udara.



Demikian jugalah Nabi Adam dan Hawa Allah ciptakan dengan hiasan kehalusan pada rohnya, keelokkan pada pipinya, sinar pada mukanya, manakala cahaya pada matanya, kegelapan pada rambutnya, kelembutan pada hatinya dan kebersihan pada sanubarinya.



Sesungguhnya penciptaan Maha Agong Allah SWT juga kepada sifat kejadian alam semula jadi dan manusia mempunyai sifat atau pasangannya yang amat tersusun dengan turutan yang sempurna. Umpamanya, 

1)Jika langit mempunyai qatrah (titisan hujan) dan manusia pula mempunyai abrah (air mata).

2)Jika dilangit ada suara petir, maka pada diri manusia pula ada suara bersin.

3)Jika bumi ada kestabilannya, maka pada diri manusia juga ada ketenangannya.

4)Jika di bumi ada sungai-sungainya, maka pada diri manusia ada laluan urat-uratnya, sedangkan rambut bagaikan rumput-rumputnya, dan pelbagai lagi hakikat kebesaran dan kehebatan penciptaan dari yang Maha Esa.

RAHSIA GETARAN DOA DAN 4 FAKTA ASAS DALAM SOLAT SEBAGAI "PENAWAR".

DrJaffry Hassan21hb April 2.16 pagi


by DrJaffry Hassan on Thursday, April 21, 2011 at 2:08am
.

Sesungguhnya perbuatan atau amalan mesti seiring atau selari dengan niat yang dirakamkan. Tubuh atau seluruh anggota akan lebih bertenaga apabila isyarat niat dapat digetarkan secara berperingkat-peringkat. Umpamanya seseorang yang melakukan ibadah solat tetapi dihantui dengan dilema untuk mencari kekhusyukan. Semakin ia cuba mencari tumpuan maka semakin kuat gangguan yang mendatang sehingga boleh memecahkan keutuhan iman. 

InsyaAllah jika amalan untuk mendapatkan kekhusyukan disusuli dengan 4 fakta asas seperti yang akan dijelaskan nanti, akan membantu kesatuan diri untuk melakukan ibadah suci apabila kita hendak menghadap tuhan yang Maha Agong. 4 fakta asas yang semestinya sedia ada sebelum, semasa dan sesudah beribadah tersebut ialah:

1) Keheningan / khusyuk

a) Kepercayaan yang telus dan tidak berbelah bagi disertai satu semangat yang tinggi sehingga berdebar menunggu masuknya waktu solat atau ibadah yang seterusnya.

b) Menjaga hukum dan peraturan yang boleh membatalkan solat.

c) Menjaga ketertiban setiap pergerakan agar dapat mencapai nikmat dan kelazatan dalam ibadah solat.

2) Kesabaran

a) Rasa cinta dengan penuh kasih sayang sehingga terasa berdebar dan dapat menikmati sebaik dan kesayuan didada betapa kerdilnya kita berhadapan dengan Maha Suci Allah.

b) Dilakukan secara tidak tergesa-gesa dengan mengambil tempat masa yang amat manis dan harmonis.

c) Pastikan tidak ada masa keduniaan yang menunggu untuk mendesak anda, supaya cuba mencuri walau sesaat pun masa dalam ibadah solat ini.

d) Ibadah yang dilakukan secara lemah lembut kerana kasih sayang ada pada diri anda yang sedang berdepan dengan Maha Suci Allah.

3) Keikhlasan

a) Benarkah anda melakukan ibadah ini kerana anda ikhlas atau anda hanya berpura-pura, dan takut balasan di akhirat.

b) Rasa malu jika orang lain mengetahui pada diri anda mungkin tidak dihormati.

c) Anda ingin menunjuk-nunjuk pada orang lain yang anda cukup alim.

d) Anda lakukan kerana anda mengerti hikmahnya atau kerana ia hanya satu tanggungjawab yang wajib dilaksanakan.

4) Kesyukuran

a) Akhirnya anda harus berdoa dengan mengucapkan kesyukuran pada setiap apa yang telah dilalui yang mana telah mengikut ketentuan dan ketetapan.

b) Anda ketika itu yang masih dapat bernafas dengan menerima penuh redha atas segala apa yang dikecapi.

c) Selepas itu anda terus berdoa secara tidak berlebih-lebihan atau melampaui batas.

d) Pastikan doa itu berpadan dan dapat menyaingi ikhtiar atas usaha anda.

e) Doa yang melampaui batas tanpa diiringi dengan usaha yang tinggi hanya akan menyulitkan keadaan dan menabahkan kekeliruan minda anda.

f) Yang terpenting sekali anda kena sentiasa dalam keadaan bersyukur atas apa pun pemberian dan nikmat yang telah dikurniakan.

Kesimpulan

Sekiranya keempat-empat fakta di atas tidak bersatu dan diterapkan secara berperingkat-peringkat semasa melakukan ibadah tersebut, maka doa anda tidak mempunyai getaran kelajuan yang secukupnya. Begitulah sebaliknya rahsia iman dalam niat yang begitu unik dan suci yang bersatu di dalam diri manusia yang berpeluang mengecapinya berbanding makhluk yang lainnya. Mencari kekhusyukan di dalam solat itu adalah perbuatan yang sia-sia selagi anda tidak mengenal erti sebenar kebesaran Maha Pencipta yang ada di sekeliling diri anda.

Moga kita mendapat manfaat bersama....

ADAP DAN CARA TIDUR NABI SAW

DrJaffry Hassan22hb April 1.59 pagi

.by DrJaffry Hassan on Friday, April 22, 2011 at 1:28am.Rasulullah s.a.w bersabda: Maksudnya:

“Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu, lalu kamu berdoa “Ya Allah, aku serahkan diriku kepadamu dan aku serahkan urusanku kepadamu, serta aku memohon perlindunganmu dan mengharapkan pahalamu. Tiada tempat untuk berlindung adan tiada jalan selamat selain kembali kepadamu. Ya Allah,aku beriman kepada kitabmu yang telah engkau turunkan dan kepada Nabi yang telah engkau utus”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadith disebut, sesiapa yang tidur dalam keadaan berwuduk, malaikat tidur bersamanya. Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda,

“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci’”

Tidur mengiring ke kiri tidak elok kerana jantung kita ketika itu dihimpit oleh paru-paru kanan yang lebih besar dari paru kiri. Pengamalan tidur sebegini akan menyebabkan gangguan kepada sistem pengaliran darah daripada jantung (alteri) terganggu, mengganggu sistem perut (pencernaan), penyahtinjaan terganggu (pembuangan air besar / sembelit), menyebabkan keletihan dan lesu apabila bangun pagi dan ilham terganggu serta banyak lagi mudaratnya.....

KALIMAH SUCI YANG MERINGANKAN APA SAHAJA BEBANAN

DrJaffry Hassan22hb April 5.14 ptg

.by DrJaffry Hassan on Friday, April 22, 2011 at 5:07pm.Ali r.a. meriwayatkan bahawa ada 4 malaikat yang memikul 'Arasy. Setiap malaikat memiliki 4 wajah. Tapak kaki mereka di bumi ke 7 (bawah) sejauh 500 tahun perjalanan. Abdullah bin Abbas r.a. pula meriwayatkan: Setelah mencipta 'Arasy, Allah SWT memerintahkan para malaikat memikulnya. Oleh kerana dirasai berat, mereka diperintahkan membaca SUBHAANALLAH. Ternyata dengan membaca tasbih itu berat beban mereka terasa berkurangan. Tasbih itu terus-menerus dibaca sehinggalah sampai terciptanya Nabi Adam a.s.

Ketika itu roh dimasukkan ke jasadnya, Adam a.s. membaca ALHAMDULILLAH yang dijawab oleh Allah SWT dengan kalimah YARHAMUKALLAH.

Mendengar Tahmid Adam a.s. itu, para malaikat pendukung 'Arasy berkata, kalimah itu adalah kalimah yang mulia dan tidak patut ditinggalkan. Dan sejak itu mereka mengucapkan SUBHAANALLAAH WALHAM-DULILLAAH. Lalu mereka merasakan berat beban mereka semakin berkurangan lagi.

Ketika mengutuskan Nabi Nuh, Allah SWT telah memerintahkan Nuh menyeru kaumnya membaca kalimah LAAILAAHA ILLALLAAH. Nuh a.s. adalah Nabi pertama diwahyukan supaya melaksanakan penyampaian zikir itu. Mendengar kalimah itu, para malaikat pendukung 'Arasy berkat: inilah kalimah ketiga yang harus disambung pada dua kalimah terdahulu SUBHAANALLAAHU WALHAMDULILLAAH. Sejak itu mereka pun mengucapkan kalimah itu bersambung-sambung menjadi SUBHAANALLAAHU WALHAMDULILLAAHI WALAA ILAAHA ILLALLAH sehinggalah diperintahkan Nabi Ibrahim menyembelih puteranya, Ismail, sebagai qurban.

Ketika melihat malaikat datang membawa seekor kibas untuk qurban sebagai gantikan Ismail, Nabi Ibrahim mengucapkan kalimah ALLAHU AKBAR. mendengar ucapan Nabi Ibrahim itu, para malaikat pendukung 'Arasy pun berkata Inilah kalimah keempat yang patut disambung pada tiga kalimah yang telah diucapkan. Maka mulai saat mereka pun mengucapkan kalimah SUBHAANALLAAHU WALHAMDU LILLAAHI WALAA ILAAHA ILLALLAAHU WALLAAHU AKBAR.

Ketika Jibrail a.s. menceritakan perkara itu kepada Nabi Muhammad, Nabi SAW pun mengucapkan kalimah LAAHAULA WALAA QUWWATA ILLAABILLAAHIL 'ALIYIL 'AZIM. Mendengarkan ucapan Nabi SAW itu, Jibrail segera berkata, ucapapan itu patut disambungkan kepada empat kalimah yang telah pun disambung dan dibaca oleh malaikat-malaikat pendukung 'Arasy. Sejak itu maka "terciptalah" kalimah.....SUBHAA NALLAAHU WALHAMDU LILLAHI WALAA ILAAHA ILLAALLAAHU AKBAR LAAHAULA WALAAQUWWATA ILLAABILLAAHIL 'ALIYIL 'AZIM...dan terus-menerus menjadi bacaan malaikat-malaikat pendukung 'Arasy yang menjadikan segala beban mereka mendukung 'Arasy menjadi ringan.

Hadis riwayat Abu Hurairah pula menyatakan bahawa Nabi SAW bersabda: "Tatkala menciptakan makhluk Allah Ta'ala telah menulis dalam buku yang tersimpan di 'Arasy "Sesungguhnya rahmat (kasih sayang)-Ku lebih besar daripada murka-Ku."

Semoga dengan mengamalkan kalimah suci ini,semakin ringanlah apa pun bebanan yang kita tanggung...

MISTERI CAHAYA / MATA HATI

DrJaffry Hassan22hb April 8.58 ptg
by DrJaffry Hassan on Thursday, March 24, 2011 at 11:31pm
Memanglah benar bahawa cahayalah yang bertindak untuk dapat melihat sesuatu objek ataupun benda dengan ditentukan oleh warna-warna yang berbagai. Tetapi cahaya jugalah yang boleh membutakan terus penglihatan mata. Mata boleh tertipu kepada cahaya seperti yang dapat memperlahankan kelajuan cahaya atau gelombang yang hari ini disangkakan itu adalah pekerjaan sihir. 

Sebenarnya, itulah cahaya yang sebenarnya terkandung di dalam berbagai frekuensi gelombang mengikut tingkat-tingkat kelajuan yang boleh digunakan dengan berbagai tujuan yang berfaedah atau sebaliknya. Akan tetapinhari ini ia telah disalahgunakan bagi tujuan riak dan menunjuk-nunjuk agar manusia yang kurang berilmu mudah tertipu dan menjadi kagum dengan kebolehan seseorang manusia yang berkebolehan menggunakan ilmu gelombang dalam Rahsia Cahaya.

Hakikatnya silap mata tersebut adalah penggunaan teknik cahaya melalui pandangan yang boleh memancarkan gelombang frekuensi bunyi yang melambatkan gerakan cahaya dan akhirnya sesuatu objek yang sebenarnya wujud tetapi hilang. Sebenarnya getaran objek itu masih tetap ada(wujud) dan tidak bergerak sedikit pun. Itulah bukti tenaga atau zat cahaya yang tidak boleh dihapuskan terus di dalam alam yang masih penuh cahaya.

Melihat cahaya menggunakan mata adalah sesuatu yang terbatas. Akan tetapi melihat cahaya dengan menggunakan cahaya akal (HATI), maka ia dapat melepasi abstrak dalam fikiran yang tak terbatas. Hebatnya kelajuan cahaya dalam cahaya dalam rahsia bunyi maka saya percaya inilah sesuatu medium yang paling unik yang dapat merobos atau menembusi mana-mana sempadan atau dinding yang terlindung atau terkunci.

"INGATLAH BAHAWA IMAN DAN KEPERCAYAAN TELAH DIPERJELASKAN DALAM AWAL PENCIPTAAN DUNIA DAN DIAKHIR DENGAN KEMUSNAHANNYA, ADALAH DARI CAHAYA BUNYI YANG MEMBINA DAN CAHAYA BUNYI YANG MEMECAH DAN MENGHANCUR"....Inilah rahsia disebalik rahsia dalm Hukum Pertimbangan Sunnah......

KESATUAN UNSUR-UNSUR ATOM DAN PERANAN BIOLOGI NOMBOR

DrJaffry Hassan23hb April 1.08 pagi
by DrJaffry Hassan on Saturday, April 23, 2011 at 1:05am
1) Susunan angka 786 membawa pengertian yang amat mendalam kepada maksud sifat Pengasih dan Penyayang.

2) Unsur air atau hidrogen mempunyai berat atom yang kecil membuktikan air adalah kuasa pengimbang, peneutralan, penyerapan dan penyimpan yang terbaik daripada berbagai unsur yang lain. Satu (1) adalah simbol penciptaan manusia yang dikuasai nisbah 71.111 peratus.

Jika tubuh badan manusia tidak dikuasai oleh air terutamanya diotak maka bagaimana malaikat dapat mengesan dan mencatat segala perbuatan kita melainkan air inilah bahan perantaraan yang memerangkap gema atau bunyi. Air yang menyimpan rahsia-rahsia spektrum warna atau cahaya itulah kejadian malaikat yang sentiasa berada di mana-mana ruangan yang ada walaupun ruangan yang paling kecil kerana sifat atau air adalah kecil.

3) Unsur karbon atau tanah adalah pelengkap kejadian penciptaan manusia yang terdiri daripada rahsia bilangan lengkap 6666 yang bermaksud KESEMPURNAA AL-QURAN. Hal ini terbukti dalam hakikat nombor atom Karbon ialah 6, Neutron karbon 6, Elektron Karbon 6, dan Proton Karbon 6.

Rahsia nombor 6 adalah rahsia karbon atau tanah yang sebenarnya menjadi unsur yang paling ditakuti oleh iblis kerana 6 atau 666 adalah nombor misteri atau mistik yang boleh mencerobohi dunia segala perkara-perkara ghaib.

4) Oksigen menguasai cahaya dan air yang banyak di dalam perbandingan 4 unsur di atas. Oksigen adalah kunci rahsia daya kehidupan. Angka dalam oksigen (8) adalah lambang kemewahan dan kebahagian. 4 adalah rahsia bentuk dan pembentukan atau rahsia kemusnahan jika kekurangan oksigen.

Nombor 8 adalah rahsia kesudahan atau kesempurnaan manusia yang telah pun melalui kehidupan di dunia dan oleh itu perlu menyediakan diri atau membuat persiapan yang rapi untuk kembali kepada kematian. Nombor 8 ini juga bermaksud lambang kematian atau kecelakaan bagi yang leka atau cuai.

5) Nitrogen dalam nombor atomnya 7 menyimpan misteri keganjilan yang penuh dengan kehebatan metafizik dengan penguasaan hukum peraturan yang amat tepat. Manakala unsur-unsur atom yang lain lebih menguasai pada tahap fizikal dan bahantara atom dengan yang lebih nyata, wujud dan dapat dilihat dan dirasai. Nitrogen adalah rahsia wangi-wangian yang harus disertai dengan doa atau niat yang mujarab yang gemanya akan dapat dikesan di dalam memori air.

Rahsia nombor 7 juga mempunyai kekuasaan dari segi kemujaraban doa melalui keheningan malam dalam amalan selepas zikir pada malam-malam yang tertentu.....?

RAHSIA KEHEBATAN MATA KIRI


DrJaffry Hassan23hb April 4.54 ptg
by DrJaffry Hassan on Saturday, April 23, 2011 at 4:49pm
Bismillahirramnirahim.....

Setiap kejadian Maha Pencipta mempunyai pasangan keseimbangan dan sangat-sangat berhubung kait diantara satu dengan yang lain, begitu juga dengan rantaian susunan atom dan setiap sel. Tubuh sebenarnya mempunyai rahsia dwi khutub, utara dan selatan. Di bahagian atas sebagai khutub utara dan sebelah bawahnya khutub selatan. Manakala setiap sistem deria pancaindera juga mempunyai keseimbangannya diantara sebelah kanan dan juga kiri.

Fungsi kepada setiap sistem organ, kelenjar maupun kepada sistem rentak jantung semuanya berfungsi dan bertindak sebagai pengimbang dan juga sebagai penampung diantara peranan sebelah kanan maupun sebelah kiri tubuh. Selain daripada kekuatan deria mata ketiga (bulu roma) sebgai antena dan perakam atau pemerangkap memori yang sangat cekap, kehebatan mata kiri juga tidak kurang keistimewaan dan kelebihannya. 

Mata kiri berfungsi dan bertindak sebagai perakam memori "Pengingat" yang amat cekap dan telus apabila kita mampu menggunakannya dengan baik dan tepat. Kehebatannya tidak terbatas sehinggakan ianya mampu merangsang sistem kederiaan fungsi otak kanan agar menyimpan, mengingat, menghitung dan juga disebutkan sebagai otak yang matang. Penggunaanya membuatkan kita bukan sahaja semakin matang malah kita tidak akan bertindak terburu-buru, gopoh, gelojoh dan terutama sekali berkeadaan mudah berprasangka buruk pada setiap keadaan. 

Isyarat -isyarat elekrik otak yang bertindak sebagai impuls, bemula dari kiri kekanan sebagaimana pusingan darah jantung dari kiri kekanan dan pergerakan segala proton dan neutron semuanya bermula dari kiri kekanan. Inilah rahsia tawaf diKaabah hukumnya dari kiri arusnya terus kekanan.

Kaedah dan cara untuk mempraktikkan kehebatan mata kiri adalah, anda perlu belajar dengan memfokus atau melihat malah bila berkomunikasi pada setiap keadaan dengan memastikan hanya melihat segala pergerakan dengan "mata kiri" sahaja dan dengan tanpa menutup mata kanan.

Dengan bantuan kaedah ini dapat membantu anak-anak atau guru-guru dan pihak individu utuk mendapat fokus yang tinggi supaya dapat mengingati, menghafal juga mencernakan ilham apabila perlu pada masa-masa tertentu. 

Kehebatannya amat luas, kaedah yang kedua untuk memahirkannya adalah dengan cara duduk di dalam bilik yang gelap sambil pejamkan mata lebih kurang 5 minit dan selepas itu bukalah mata anda dan mulakanlah buka dengan hanya mata kiri (mata kanan jangan dibuka) melihat keadaan sekeliling sehingga anda dapat melihat jelas akan segala objek didepan anda, barulah ketika itu anda buka mata kanan anda. Di sinilah bermulanya anda akan mahir menggunakan kehebatan mata kiri anda supaya anda menjadi seorang yang bijaksana, tidak dalam buru-buru, seimbang dan semakin tenang mencari ilham serta perlahan-lahan anda akan nampak jelas kehebatan Maha Pencipta yang mana kenapa segala jirim, atom dan segala kejadian semuanya yang ada pada tubuh kita maupun pd alam maya, di wajibkan dari kiri kekanan dan mengapakah bermulanya fitrah segala pergerakan mestinya dari kiri kekanan. Renungkanlah mengapa Allah meletakkan kedudukan jantung disebelah kiri dan tidak disebelah kanan....bagi Allah tidak ada yang mustahil....semoga anda semua berjaya mempraktikkan hingga jayanya....

TAKDIR DAN RAHSIA DI LUH MAHFUZH

DrJaffry Hassan23hb April 6.30 ptg
 ( 2 )by DrJaffry Hassan on Tuesday, March 22, 2011 at 5:12pm

Hakikat suatu takdir untuk semua makhluk telah tertulis di LUH MAHFUZH.

Sebagaimana yg telah dijelaskan oleh Ibnu Abbas, bahawa setelah Allah menjadikan Qalam maka Allah berkata kepadanya;

Tulislah, kemudian Pena itu menuliskan apa yang akan terjadi samapai hari KIAMAT. Pena itu menulis di LUH MAHFUZH iaitu papan bertulis yang terpelihara.

Takdir yg tertulis di LUH MAHFUZH masih menerima perubahan, kerana ada takdir tertulis disitu yg sudah dan ada takdir yg belum putus. Takdir ini dinamakan "Takdir MU'ALLAQ". Sebagai contoh,sekiranya seseorang itu ditakdirkan walaupun usianya sudah mejangkau 60 tahun, akan tetapi jika ia nya menyambungkan semula sirraturrahim yang sudah terputus, maka sudah pasti umurnya ditambah ke 30 tahun lagi.

Contoh yg lain pula, sekiranya seseorang yg sudah dituliskan akan dimasukkan ke dalam neraka, tetapi jika ianya banyak berdoa kepada Allah, agar dijauhkan dari neraka, insyaAllah ia akan dimasukkan ke dalam syurga. Hakikat takdir seumpama ini juga dituliskan di dalam Luh Mahfuzh.


Firman Allah bermaksud;

"Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan (apa yang Dia kehendaki), dan disisi-Nya terdapat Ummul Kitab (Luh Mahfuzh). (Ar Ra'd;39)

Menurut pentafsiran Qurtubi, semua takdir Allah yang telah tertulis di Luh Mahfuzh itu boleh dihapuskan oleh Allah jika Ia menghendakinya, ataupun Allah tetapkan saja sesuai dgn kehendak-Nya.

Kemudiannya sesuatu yang dpt merubah takdir yang tertulis dalam Luh Mahfuzh itu adalah doa dan perbuatan baik. Rasulullah SAW bersabda,

"Tiada yang boleh menolak takdir selain doa, dan tiada yang boleh memnajangkan umur kecuali perbuatan baik."(Riwayat Tirmizi)

Begitu jua apabila kita menyambungkan sirraturrahim yang sudah terputus, ianya boleh mengubah takdir. Usia yang singkat boleh dipanjangkan oleh Allah ,rezeki yang sukar akan dimudahkan oleh Allah SWT, Sabda Rasulullah SAW;

"Dari Anas bin Malik beliau berkata; Bersabda Rasulullah SAW; Barang siapa yang suka banyak rezekinya dan lambat datang ajalnya maka hrndaklah ia menghubungkan siraturrahim,"(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Semoga kita dapat mengamalkannya...AMIN

RAHSIA SOLAT AWAL WAKTU DAN SEMPADAN WARNA

DrJaffry Hassan23hb April 10.08 ptg
by DrJaffry Hassan on Saturday, April 23, 2011 at 10:00pm

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi dan yang mengkaji spektrum warna.

Pada waktu Subuh khususnya, alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi dan berbagai cara yang lain daripada penjagaan solat, untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.

KEAJAIBAN PERHIASAN LANGIT

DrJaffry Hassan24hb April 2.36 pagi
by DrJaffry Hassan on Sunday, April 24, 2011 at 2:30am

Allah SWT berfirman dengan maksud "Demi langit yang memiliki hubuk (jalan-jalan)." (Adz Dzariat: 7)

Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa kata "hubuk" dalam ayat tersebut ertinya perhiasan, jadi ia merupakan petunjuk-petunjuk yang jelas yang menunjukkan penciptaan-Nya. Penciptaanya yang teliti dan kukuh menunjukkan keluasan ilmu penciptaan-Nya, dan semua keteraturannya menunjukkan kehendak dari penciptaan-Nya. Maha Suci Allah Yang Maha Kuasa, Maha Mengetahui dan Berkehendak.

SEPULUH MANFAAT APABILA MEMANDANG KE LANGIT

Para cendiakawan dan ahli falsafah mengatakan bahawa, terdapat 10 manfaat apabila kita memandang ke langit, iaitu:

1) Mengurangi kesedihan / kepiluan

2) Mengurangi perasaan was-was / syak wasangka

3) Menghilangkan perasaan takut / gemuruh

4) Mengingatkan Allah

5) Dapat memancarkan rasa keagongan terhadap Maha Pencipta di dalam hati kita

6) Menghilangkan fikiran buruk

7) Memberi manfaat bagi orang yang hilang semangat

8) Menghiburkan orang yang sedang dilema rindu

9) Menyenangkan orang-orang yang mencintai, dan

10) Kiblat bagi orang-orang yang berdoa

Di langit juga merupakan pengikat bagi bintang-bintangnya yang menempel dan juga bagi bulan. Dengan gerakannya, bintang-bintang berjalan sehingga penduduk bu
mi dapat memperolehi petunjuk dengannya. Di langit juga terdapat jalur-jalur yang bekas-bekasnya masih terdapat di barat dan di timur

Monday, April 18, 2011

HIASI "GAMBAR" MAKHLUK BERNYAWA


oleh Djaffry Hassan pada pada 18hb April 2011 pukul 11.28 pagi

Dari Ibnu Abbas r.a : Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda :
Siapa yang membuat satu gambar di dunia, dia akan diazab (disuruh) untuk meniupkan roh pada gambar itu dan ia bukan peniupnya (tidak akan mampu meniup roh untuk menghidupkan gambar tersebut)
Ibnu Abbas r.a. adalah seorang tabii’. Satu hari beliau dipelawa makan oleh seorang pelukis. Kata beliau kepada pelukis itu “Jangan lukis gambar yang bernyawa“. Jawab pelukis itu “Ini rezeki saya“. kata Ibnu Abbas r.a. : “Apabila kamu harus membuat gambar (melukis), gambarkanlah pohon atau sesuatu yang tidak ada nyawanya.” (seperti gambar pemandangan -bukit, gunung, sungai).

Hanya Allah yang boleh menjadikan makhluk bernyawa. Manusia tidak layak menirunya, malah Allah akan menghidupkan gambar (makhluk bernyawa) yang dilukis itu dan dimasukkan ke dalam neraka bersama pelukis gambar untuk memukul pelukisnya:-
Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda : “Orang-orang yang membuat atau melukis gambar-gambar akan diseksa pada Hari Kiamat. Maka akan difirmankan kepada mereka: Hidupkan apa yang telah kamu ciptakan.”

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya : Rasulullah s.a.w bersabda :“Manusia yang paling berat siksanya pada Hari Kiamat, ialah para juru gambar.”
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya : Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : “Setiap tukang gambar akan di masukkan ke dalam Neraka. Allah akan menjadikan baginya dengan setiap gambar yang dibuatnya nafas yang menyiksanya di Neraka Jahannam.”

Hadis Sahih Bukhari bahawa Abu Thalhah berkata, “Aku telah mendengar Rasulullah bersabda, “Malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang di dalamnya terdapat anjing dan gambar.”
Moga kita memahaminya dan dapat mengamalkannya....

RAGAM DAN PENGARUH SEL


oleh Djaffry Hassan pada pada 10hb Februari 2011 pukul 9.16 ptg

Setiap insan dan kehidupan sebenarnya menjalankan aktivitinya seperti mana sel yang menjalankan organisasinya secara amat tertib. Inilah yg d katakan fikrah di dalam hukum "Pertimbangan Sunnah".
Sel dapat berfungsi dengan efisien sekiranya segala keperluan dapat hidup di bekalkan dengan secukupnya. Apabila fungsi terjejas maka seterusnya kepada fungsi tisu, organ, dan organisma berkenaan turut tidak normal.
Manusia juga harus menghormati dan mengambil iktibar bahawa di dalam kehidupan ini perlu ada sikap saling bantu membantu seperti mana fungsi sel yang amat tertib.Kita harus sedar hakikat kesempurnaan proses kehidupan ini. Satu sel terjejas fungsinya maka lama kelamaan fungsi sel-sel yang berkaitan juga turut terjejas. Air atau cecair adalah keperluan persekitaran sel yang perlu ada di dalam badan haiwan. Manakala persekitaran sel tumbuhan terdiri daripada udara.

Setiap satu penyakit sebenarnya terkandung maklumat di dalam satu sel seperti mana sel wujud daripada sel terdahulu, maka penyakit yang akan terjadi adalah berkaitan dengan faktor keturunan yang terdahulu. Oleh itu hindarkanlah daripada sebarang kerisauan, ketegangan, resah dan gelisah, kerana apabila keadaan ini berlaku maka pincanglah sistem sel kita yang selama ini bekerja mengikut hidayahnya yang sangat tersusun. Apabila anda berada di dalam situasi tekanan maupun berada dalam keadaan marah, maka sel-sel saraf yang bertindak sebagai isyarat gentian akan terganggu. Dengan ini perjalanan atau perhubungan diantara isyarat sesebuah sel terganggu gugat dan secara langsungnya tidak dapat berinteraksi dengan baik diantara satu dengan yang lain.
  
Bertitik tolak dari keadaan inilah berpunca segala kelemahan khususnya pada sistem tubuh dan secara langsungnya menggangu kerohanian dan keyakinan diri tanpa kita sedari. Kajian telah menunjukkan bahawa penjagaan seluruh sistem isyarat tubuh termasuk sel kita adalah dengan berzikir yang istiqamah atau berulang-ulang. Kerana dengan hanya berzikir menyebut dengan nama Allah dengan cara berulang-ulang, semua sel akan melakukan gerak kerja masing-masing secara autonomik. segala jirim, atom, jisim dan sel amnya dan apa sahaja bentuk kejadian yang terkandung di dalam tubuh kita akan kembali menjalankan tugas masing-masing, apabila ianya dirujuk semula kepada Maha Pencipta. Inilah rahsia disebalik rahsia Hukum Pertimbangan Sunnah. 

Sunday, April 17, 2011

MERAWAT PENYAKIT / AKHLAK (SIKAP)

Djaffry Hassan
by Djaffry Hassan on Monday, April 18, 2011 at 2:59am

Keutamaan bagi penyembuhan sesuatu penyakit adalah dengan meletakkan rasa bersyukur se syukurnya kepada Allah dan memohon keredhaan dan keampunan kepada Allah serta berasa insaf dan bertaubat diatas perbuatan dan kelemahan sendiri yang menyebabkan berlakunya punca suatu penyakit.

Suci dan bersihkanlah hati daripada perkara-perkara negatif, umpamanya bersangka buruk atau persepsi negatif kepada Allah maupun segala makhluk, dukacita berpanjangan, resah gelisah (merungut), hampa, hilang semangat dan sebagainya. Konsep sebenar Pertimbangan Sunnah adalah mengubahkan gejala-gejala negatif tadi kepada penerimaan yang positif, bersyukur, penyerahan,bersemangat, melihatkan akan kebesaran Maha Pencipta, pertahanan diri yang kuat serta yang paling penting memahami teknik Pertimbangan Sunnah agar jiwa lebih terbuka dan perasaan merasakan harmoni.

Dengan cara sebegini akan merubah dan membantu sistem kerja sel supaya bekerja kembali seperti asal dan penyakit akan beransur pulih di dalam tempoh masa yang tidak dijangka-jangkakan. Inilah rahsia bahawa penawar sebenar ada di dalam tubuh anda.

Melihat Allah


Dari Masruq r.a, katanya : Aku bertanya kepada ‘Aisyah r.a, ‘Bagaimana pendapat anda tentang firman Allah ‘Kemudian dia mendekat dan bertambah dekat. Maka jaraknya kini hanya antara dua anak panah atau lebih dekat. Lalu Dia mewahyukan kepada hamba-Nya’ (Surah An-Najm [53] : 8-10).

Jawab ‘Aisyah r.a, ‘Itu adalah Jibril ‘alaihis salam. Dia biasanya datang dalam bentuk seorang lelaki, tetapi kali ini dalam bentuknya yang asli, sehingga menutupi ufuk langit. [0145]

Dari Abu Dzar r.a, katanya : Aku bertanya kepada Rasulullah saw, ‘Adakah anda melihat Allah?’ Jawab beliau (Nabi saw), “Dia Maha Cahaya, bagaimana aku mungkin melihat-Nya?” [0146]

Dari Abu Musa r.a, katanya : Pada suatu ketika Rasulullah saw mengajarkan kepada kami empat perkara;

(1). Allah ‘azza wa jalla tidak pernah tidur dan mustahil Dia tidur.

(2). Allah yang menentukan tinggi atau rendahnya nilai amal seseorang.

(3). Allah menerima amal yang diperbuat seseorang di waktu malam pada siang hari dan menerima amal siang di waktu malam.

(4). Tirai-Nya ialah cahaya. (Di dalam riwayat Abu Bakar r.a , perawi lain-disebutkan api). Jikalau tirai itu dibuka, maka terbakarlah segala yang ada, di mana penglihatan Allah sampai kepada-Nya. [0146]

Dari Abu Hurairah r.a : Rasululullah saw bersabda, “Sekurang-kurang (serendah-rendah) kedudukan seseorang di syurga, seperti firman Allah kepadanya : ‘Mintalah apa yang kamu inginkan!’ Maka dimintanyalah apa yang diinginkannya.

Kemudian Allah berfirman pula, ‘Adakah permintaan mu yang lain?’ ‘Ya, ada.’ Jawabnya. Maka berfirman Allah kepadanya, ‘Untukmu segala yang kamu inginkan dan Ku tambah sebanyak itu pula.’” [0150]

Maksudnya : Serendah-rendah kedudukan penghuni syurga adalah ia mendapat segala apa yang diinginnya. Bagaimana pula kurniaan kepada penghuni syurga yang tinggi kedudukannya? Sesuatu yang tidak dapat dibayangkan. Betapa Maha Pemurah, Maha Penyayang dan Maha Pengasihnya Allah kepada makhluknya

DOA Penyeri Muka


oleh Pak Ngah - Farit Ismeth Emir pada pada 13hb April 2011 pukul 1.38 pagi

1. Jika anda inginkan muka berseri perlulah membaca surah Yusuf Ayat 4
(sebaik-baiknya selepas solat)
Maksudnya:
(ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku)

2. Kemudian setelah membaca surah tersebut teruskan dengan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa ayat 39.
Maksudnya:
“dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya Engkau dibela dan dipelihara Dengan pengawasanKu.”

PERINGATAN:
a. Baca 3 kali kemudian sapu pada muka anda.
b. Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang sukar dapat jodoh.
c. Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Thaahaa ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf.

Rahsia di Sebalik SOLAT


oleh Pak Ngah - Farit Ismeth Emir pada pada 14hb April 2011 pukul 10.22 ptg

1. ZUHUR – Semasa waktu ini, api neraka jahanam sedang marak menyala, iaitu marak semaraknya (paling panas daripada biasa). Pada waktu ini juga segala makhluk sedang bertasbih kepada ALLAH s.w.t.
- Barangsiapa yang tidak meninggalkan waktu solat zuhur ini, maka terhindarlah dia daripada keperitan api neraka.

2. ASAR – Semasa waktu ini, Nabi Adam sedang mahu menghampiri Pohon khuldi atas pujuk rayu Hawa. Sebenarnya sebelum itu, iblis telah menggunakan ular untuk berbisik kepada Nabi Adam untuk menghampiri pohon tersebut, tetapi malang Nabi Adam tidak termakan dgn bisikan dan hasutan tersebut. Kerana kegagalan untuk menghasut Nabi Adam, sebab itulah iblis menghasut Hawa dan berjaya menghasutnya. Dikatakan juga, Allah telah menyumpah Hawa dan ular tersebut.sumpahan tersebut ialah, Kaum Hawa didatangi haid (sebab Hawa memegang dan menggoyangkan pohon tersebut hingga keluar cecair daripada pohon itu) dan ular disumpah berjalan tanpa menggunakan kaki.
- Pahala mengerjakan solat pada waktu ini ialah pahala seperti bayi baru dilahirkan.

3. MAGHRIB – Pada waktu ini ALLAH telah menerima balik taubat Nabi Adam, yang ketika itu di Jabal Rahmah, Padang Arafah.
- Sekiranya kita bersolat pada waktu ini, ALLAH memperkenankan doa hambanya. Pada waktu ini ALLAH sedang menunggu kita meminta daripada-NYA.

4. ISYAK – Solat isyak sebenarnya telah dilakukan oleh para Nabi-Nabi sebelum Nabi Muhamad diutuskan lagi.
- Pahala pada waktu ini ialah cahaya akan mengiringi kita semasa Isra’ Mikraj.

5. SUBUH – Bebas daripada 2 penyakit: 1. Munafik 2. Api Neraka

Petua Untuk Mendapatkan Rezeki Yang Melimpah



oleh Pak Ngah - Farit Ismeth Emir pada pada 13hb April 2011 pukul 1.31 pagi

1. Selalu berusaha dengan sebaik-baiknya, baik sebagai pengusaha, pegawai, pekerja, pedagang, dan lain-lain yang pada dasarnya dapat menghasilkan wang.
Firman Allah : " Dialah Allah yang menjadikan Bumi ini mudah bagi Kamu, maka berjalanlah disegala penjuru dan makanlah sebagian dari Rezeki-NYA. Dan hanya kepada-NYA lah kamu
( kembali setelah ) dibangkitkan ". ( QS Al Mulk : 15 )

2. Bertakwa dalam erti menjalankan segala perintah Allah serta menjauhi segala larangan-NYA.
Firman Allah : " Dan barang siapa yang bertakwa pada Allah, maka baginya akan diberikan jalan keluar dan akan diberikan Rezeki yang datangnya tanpa disangka-sangka ".QS Ath Tholaq : 2-3

3. Banyak membaca Istighfar. Iaitu memohon keampunan dari Allah SWT, atas segala dosa dan kesalahan. Firman Allah : " Mohonlah Keampunan kepada Tuhanmu, sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun, nescaya DIA akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan pula sungai-sungai ". ( QS Nuh : 10-12 )
" Memperbanyak Istighfar itu dapat mendatangkan ( menarik) rezeki " ( Lubabu al Hadits)

4. Bertawakal kepada Allah iaitu berserah diri dan menyandarkan segala urusan kepada Allah jua, seraya mohon pertolongan atas keberhasilan untuk memperoleh Rezeki yang lapang dan halal. Firman Allah : " Dan barang siapa ber Tawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan ( keperluan )-nya ". ( QS Ath Thalaq : 3 )

5. Berdoa memohon dengan berzikir, kerana Allah s.w.t. adalah Dzat yang memberi rezeki dan kekuatan. Berdoa dengan mendekat pada Allah ( Ber Taqarrub )

Firman Allah : " Berdoalah kepada-KU ( Allah ) nescaya AKU ( Allah ) akan mengabulkannya ".( QS Al- Mukmin : 60 )

6. Bermurah Hati serta gemar mengInfaqkan sebahagian dari harta bendanya ke jalan Allah.
Firman Allah : " Dan apa saja yang engkau Infaqkan, maka Allah akan mengganti. Dan DIA-lah sebaik-baik Pemberi Rezeki ". ( QS Saba' : 39 )

7. Bertahmid, iaitu membaca Al-Hamdulillah ketika  mendapat  rezeki atau
mendapatkan sesuatu yang menggembirakan. Bertahmid itu ertinya memuji dan bersyukur atas pemberian NikmatNYA itu. Allah akan selalu menambah rezeki orang-orang yang bersyukur.

Firman Allah : " Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami ( Allah ), akan menambah nikmat kepadamu, dan jika kamu mengingkari ( Nikmat-KU ), sesungguhnya Azab-KU sangat pedih " ( QS Ibrahim : 7 ).

MUTIARA KATA IMAM AL-GHAZALI


oleh Djaffry Hassan pada pada 17hb April 2011 pukul 10.11 ptg

1.Janganlah anda menjadi muflis dari sudut amalan dan jangan jadikan dirimu itu kosong daripada perkara yang berfaedah. Yakinlah semata- mata dengan memiliki ilmu belum tentu lagi menjamin keselamatan di akhirat kelak

2. Jadikan kematian itu hanya pada badan kerana tempat tinggalmu ialah liang kubur dan penghuni kubur sentiasa menanti kedatanganmu setiap masa.

3. Seboleh- bolehnya jangan bertengkar dengan seseorang dalam apa jua masalah kerana pertengkaran itu mengandungi pelbagai penyakit dan dosanya jauh lebih besar daripada faedahnya, riak, takbur, hasad dan dengki.

4. Pelajari ilmu syariat untuk menunaikan segala perintah Allah s.w.t dan juga ilmu akhirat yang dapat menjamin keselamatanmu di akhirat nanti.

5. Kata-kata wasiat  Lukman al- Hakim, " Wahai anakku yang tercinta, janganlah sampai ayam jantan itu lebih bijak daripada engkau. Ia berkokok di waktu sahur sedangkan engkau masih tidur lagi".

6. Kerja seorang guru tidak ubah seperti kerja seorang petani yang sentiasa membuang duri serta mencabut rumput yang tumbuh di celah- celah tanamannya.

7. Sesiapa yang berumur melebihi empat puluh tahun sedangkan kebaikannya masih belum melebihi kejahatannya, maka layaklah ia mempersiapkan dirinya untuk memasuki neraka.


Jangan Putus Asa Dengan Berdoa



alt
Alangkah ramai manusia yang bermohon kepada  Tuhan supaya dimakbulkan segala yang diinginkan, namun tidak jua dimakbulkan. Kemudian manusia mengeluh dan bersangka buruk kepada Tuhan, lantas putus asa mencari keredhaan-Nya. Itulah hakikat manusia saban hari.
"berdoalah kepadaKu, dan berimanlah agar kamu memperoleh kebenaran."
(surah Al-Baqarah:186)
Kita tidak berdoa pun Allah sudah sedia mengetahui segala isi hati manusia.
"dan Allah mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan."
(surah An-Nahl:19)
Jadi, mengapa masih perlu berdoa?
Berdoa sebagai tanda pengabdian diri kita sebagai hamba yang hina lagi dhaif kepada Allah, tidak ada tempat bergantung selainNya.
"cukuplah DIA sebagai tempat manusia bergantung harap dan tawakal."
(surah At-Taubah:129)
Tapi, mengapa masih tak termakbul juga doa?
Pandanglah diri sendiri, adakah kita lebih mencintai Allah daripada kesenangan duniawi? Cepat atau lambat dimakbulkan itu urusan Ilahi, kerana Dia Maha Mengetahui perkara yang terbaik bagi setiap makhluk ciptaan-Nya.
" dan apabila manusia ditimpa bahaya, Dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, Dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah Dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan."
(surah Yunus:12)
Sekiranya kita tidak dapat perkara yang  dihajati, bersyukurlah dengan kondisi diri dinihari. Semakin dekat kita kepada Allah, semakin hebat dugaan. Itu membuktikan Allah sangat kasih kepada sekalian hamba-Nya, agar kita benar-benar ikhlas dalam mencari keredhaan-Nya serta tidak termasuk di dalam golongan yang lalai dan terbiar diabaikan.
Manusia yang diuji sedemikian rupa akan merasa manisnya iman, seolah-olah syurga sudah tersedia di hadapan mata, tapi ingatlah firman Allah dalam (surah Al-Baqarah:214) yang bermaksud:
"Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (dugaan) seperti (yang dialami) orang-orang yang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan berbagai cubaan), sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, "Bilakah datangnya pertolongan Allah?". Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat."
Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, benarlah doa itu senjata orang-orang mukmin. Yakinlah dengan sepenuh hati. Dunia bukan syurga yang dicari, nikmat kesenangan dunia hanya setitis air di lautan sahaja.