Saturday, April 16, 2011

RAHSIA SISTEM DAN PERANAN KEDERIAAN MELALUI JARI-JEMARI

Djaffry Hassan 13hb April 12.51 pagi

by Djaffry Hassan on Thursday, March 24, 2011 at 5:06pm

IBU JARI-(Keutamaan adalah rahsia kepada Maha zat Pencipta) 

rahsia bahagian otak, sistem tubuh (otot,tulang dan saraf). Rahsia waktu subuh-untuk pergerakan laju dan komunikasi. Kederiaan dan membantu rangsangan utk otot jantung, paru-paru dan bahagian tengkuk sebagai pengawalan denyutan jantung dan nadi dan juga sistem di bawah sedar atau pusat kawalan.

JARI HANTU-rahsia bahagian paru-paru iaitu sistem pernafasan, pengawalan bahagian hidung. Rahsia waktu zohor. Mewakili level tarikat.(deria hidung)

JARI KELINGKING-rahsia untuk sistem fizikal pada organ seksual dan peredaran darah. Rahsia waktu asar.kederiaan dan rangsangan utk sistem buah pinggang, kawasan kesuburan dan peredaran darah.mewakili level makrifat.(deria lidah).

JARI MANIS- rahsia untuk sistem metabolisma, pencernaan dan penghadaman. Rahsia waktu maghrib.Kederiaan dan rangsangan kepada sistem perut, hati,hempedu, pankreas dan usus. Mewakili level hakikat.(deria mata).

JARI TELUNJUK-rahsia untuk sistem imunisasi, antibodi dan hormon iaitu pusat kawalan. Rahsia waktu isyak dan untuk kerehatan dan tidur. Kederiaan dan rangsangan kepada semangat, akal fikiran, kretiviti, tumpuan, alahan,naluri dan suhu tubuh. Mewakili level syariat(deria telinga).

No comments:

Post a Comment