oleh Djaffry Hassan pada pada 10hb Februari 2011 pukul 9.16 ptg
Setiap insan dan kehidupan sebenarnya menjalankan aktivitinya seperti mana sel yang menjalankan organisasinya secara amat tertib. Inilah yg d katakan fikrah di dalam hukum "Pertimbangan Sunnah".
Sel dapat berfungsi dengan efisien sekiranya segala keperluan dapat hidup di bekalkan dengan secukupnya. Apabila fungsi terjejas maka seterusnya kepada fungsi tisu, organ, dan organisma berkenaan turut tidak normal.
Manusia juga harus menghormati dan mengambil iktibar bahawa di dalam kehidupan ini perlu ada sikap saling bantu membantu seperti mana fungsi sel yang amat tertib.Kita harus sedar hakikat kesempurnaan proses kehidupan ini. Satu sel terjejas fungsinya maka lama kelamaan fungsi sel-sel yang berkaitan juga turut terjejas. Air atau cecair adalah keperluan persekitaran sel yang perlu ada di dalam badan haiwan. Manakala persekitaran sel tumbuhan terdiri daripada udara.
Setiap satu penyakit sebenarnya terkandung maklumat di dalam satu sel seperti mana sel wujud daripada sel terdahulu, maka penyakit yang akan terjadi adalah berkaitan dengan faktor keturunan yang terdahulu. Oleh itu hindarkanlah daripada sebarang kerisauan, ketegangan, resah dan gelisah, kerana apabila keadaan ini berlaku maka pincanglah sistem sel kita yang selama ini bekerja mengikut hidayahnya yang sangat tersusun. Apabila anda berada di dalam situasi tekanan maupun berada dalam keadaan marah, maka sel-sel saraf yang bertindak sebagai isyarat gentian akan terganggu. Dengan ini perjalanan atau perhubungan diantara isyarat sesebuah sel terganggu gugat dan secara langsungnya tidak dapat berinteraksi dengan baik diantara satu dengan yang lain.
Bertitik tolak dari keadaan inilah berpunca segala kelemahan khususnya pada sistem tubuh dan secara langsungnya menggangu kerohanian dan keyakinan diri tanpa kita sedari. Kajian telah menunjukkan bahawa penjagaan seluruh sistem isyarat tubuh termasuk sel kita adalah dengan berzikir yang istiqamah atau berulang-ulang. Kerana dengan hanya berzikir menyebut dengan nama Allah dengan cara berulang-ulang, semua sel akan melakukan gerak kerja masing-masing secara autonomik. segala jirim, atom, jisim dan sel amnya dan apa sahaja bentuk kejadian yang terkandung di dalam tubuh kita akan kembali menjalankan tugas masing-masing, apabila ianya dirujuk semula kepada Maha Pencipta. Inilah rahsia disebalik rahsia Hukum Pertimbangan Sunnah.
No comments:
Post a Comment