Saturday, April 16, 2011

Manusia Dan Organisasi Sel

Djaffry Hassan
11hb April 6.08 ptg

JANGAN PUTUSKAN SIRRATURRAHIM....

Setiap insan dan kehidupan sebenarnya menjalankan aktivitinya seperti mana sel yang menjalankan organisasinya secara amat tertib. Inilah yg d katakan fikrah di dalam hukum "Pertimbangan Sunnah". Sel dapat berfungsi dengan efisien sekiranya segala kep...erluan dapat hidup d bekalkan dengan secukupnya. Apabila fungsi terjejas maka seterusnya kepada fungsi tisu, organ, dan organisma berkenaan turut tidak normal. Manusia juga harus menghormati dan mengambil iktibar bahawa d dalam kehidupan ini perlu ada sikap saling bantu membantu seperti mana fungsi sel yang amat tertib. Kita harus sedar hakikat kesempurnaan proses kehidupan ini. Satu sel terjejas fungsinya maka lama kelamaan fungsi sel-sel yang berkaitan juga turut terjejas. Air atau cecair adalah keperluan persekitaran sel yang perlu ada d dalam badan haiwan. Manakala persekitaran sel tumbuhan terdiri daripada udara. Setiap satu penyakit sebenarnya terkandung maklumat d dalam satu sel seperti mana sel wujud daripada sel terdahulu, maka penyakit yang akanterjadi adalah berkaitan dengan faktor keturunan yang terdahulu. Semoga kita mendapat manfaat bersama....

No comments:

Post a Comment