Sunday, April 17, 2011

NIAT ADALAH GETARAN BUNYI DALAMAN


oleh Djaffry Hassan pada pada 17hb April 2011 pukul 3.35 ptg

Tubuh badan yang kurang oksigen atau kehilangan tekanan udara di dalamnya pasti tidak dapat menghasilkan getaran bunyi. Ini akan menyebabkan impuls elektrik akan mengalami berbagai rintangan sebelum sampai ke otak. Niat adalah suatu getaran dalam menghasilka frekuensi yang bergantung pada ukuran turus udara di dalam badan anda.

Tariklah nafas yang secukupnya dan keluarkan nafas secara perlahan-lahan melalui mulut untuk menghasilkan frekuensi getaran niat yang tidak dapat dikesan oleh unsur tenaga yang bukan bunyi seperti iblis. Cara bagaimana untuk memantapkan tekanan udara bagi menghasilkan nada not yang lebih tinggi ialah dengan meminum air sebelum dan selepas niat.
Jantung sebenarnya sentiasa berbunyi dengan menghasilkan rentak atau ritma yang tetap. Berhenti degupan jantung maka terhentilah segala aktiviti bunyi dalam tubuh anda dan tersebarlah bunyi ke udara dan bermulalah kematian yang pertama. Bunyi itu terapung di udara dan tetap dalam frekuensinya yang tidak sedikit pun tercemar. Hari ini telah banyak teknologi canggih yang dapat mengesan frekuensi bunyi percapan seseorang yang masih terperangkap di udara.
Bunyi atau niat seharusnya dijaga kerana ia adalah satu bentuk gelombang yang diukur frekuensinya dengan amat tepat. Hanya Maha Pencipta sahaja yang mengetahui frekuensi niat yang anda getarkan, rasakan dan doakan sesuatu di dalam diri anda.

No comments:

Post a Comment