Saturday, April 16, 2011

Hening, sabar, ikhlas dan redha (sifat sel)

Djaffry Hassan 13hb April 7.09 ptg

by Djaffry Hassan on Wednesday, April 13, 2011 at 6:59pm

Orang yang hening akan melakukan kerja-kerjanya dengan penuh fokus, terurus dan tersusun. Begitulah juga dengan kerja-kerja sel, ia menjalankan aktiviti-aktiviti yang dilakukan adalah sangat tertib dan harmonis. Tiada kesilapan atau ralat yang berlaku dalam segala aktiviti-aktiviti sel.

Segala aktiviti yang sempurna hanyalah boleh dilakukan apabila berada dalam keadaan fokus dan fokus hanya akan diperolehi apabila berada dalam keadaan hening. Setiap sel tubuh mempunyai tugas-tugas yang tertentu yang spesifik. Setiap sel tubuh amat faham akan tugas masing-masing berdasarkan ilmu hidayah masing-masing. Ini menunjukkan bahawa sel-sel tubuh amat fokus dalam melaksanakan aktiviti-aktivitinya.

Walaupun begitu, sel-sel tubuh juga sangat peka (alert) terhadap pengaruh sekeliling. Ia bersedia pada bila-bila masa untuk menerima dan menjalankan arahan sampukkan (interrupt) atau kecemasan apabila diperlukan yang mana arahan ini akan diberikan oleh hipotalamus melalui isyarat (hormon) yang dihantarkan kepadanya. Jika sel-sel tubuh tidak bersifat hening, segala aktivitinya akan manjadi kacau-bilau dan fungsi-fungsi organ tubuh terganggu; ini akan menyebabkan berlakunya penyakit.

“Keheningan” sel-sel tubuh berkerja dapat diperhatikan pada ketika ia menghasilkan antibodi-antibodi yang tepat apabila tubuh diserang bakteria merbahaya. Tidak mungkin sel-sel tubuh dapat melakukan aktiviti-aktivitinya dengan tepat jika ia tidak berada dalam keheningan.

“Kesabaran” -sel-sel tubuh dapat dilihat dalam aktiviti-aktiviti yang dilakukan secara sangat teliti dalam aktiviti-aktiviti yang sangat kompleks. Walaubagaimana berat/ sukar sekalipun kerja-kerja itu, sel-sel tubuh tetap akan melakukan aktiviti-aktviti yang berkaitan sehingga berjaya.

“Keikhlasan” -sel-sel tubuh dapat dilihat dalam aktiviti-aktiviti yang dilakukan secara konsisten sepanjang masa hingga ke akhir hayat tubuh.

“Keredhaan” -sel-sel tubuh dapat dilihat dalam aktiviti-aktiviti yang dilakukan secara konsisten sepanjang masa walaupun ia ‘dianiaya’ oleh tuan tubuh. Walau apa pun yang dimakan atau diminum oleh ‘tuan’nya, tidak kira sama ada makanan atau minuman itu berkhasiat atau tidak, sel-sel tubuh akan tetap menjalankan segala aktivitinya seperti biasa mengikut hidayah dan kemampuannya (dengan penuh redha)

No comments:

Post a Comment