Saturday, April 16, 2011

15 PERKARA SELAMAT DARI API NERAKA

oleh Djaffry Hassan pada pada 17hb April 2011 pukul 1.03 pagi

Dalam sebuah kisah menceritakan bahawa, ada seorang sahabat bertanya kepada Abdulullah bin Abbas ra. "Ajarilah kami ilmu yang dapat menyelamatkan kami daripada api neraka dan dapat memasukkan kami ke dalam syurga?".

Ibnu Abbas menjawab: "Hendaklah kamu semua melakukan (15) lima belas perkara. Iaitu (5) lima dengan LISAN, (5) lima dengan ANGGOTA BADAN dan (5) lima dengan HATIMU.

Lima dengan LISAN itu adalah mengucap kalimah.
1) SUBHANALLAH
2) ALHAMDULILLAH
3) LAA ILLAA HA ILLALLAAH
4) ALLAHU AKBAR
5) LAA HAWLA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL 'ALIYYIL'AZIM

Lima dengan ANGGOTA BADAN iaitu solat lima waktu:
1) ISYA'
2) SUBUH
3) ZOHOR
4) ASAR
5) MAGHRIB

Lima dengan HATI iaitu mencintai lima orang yang dicintai Allah SWT. Rasulullah dan sahabat yang empat.
1) NABI MUHAMMAD SAW
2) ABU BAKAR SIDDIQ
3) UMAR BIN KHATTAB
4) USMAN BIN AFFAN
5) ALI BIN ABI THALIB.
moga kita dapat mengamalkannya dengan sempurna serta mendapat keberkatan dari Allah.

No comments:

Post a Comment