Saturday, July 2, 2011

WUDUK PENGHAPUS DOSA





Inilah rahsia penyucian deria mata ketiga

Terlalu banyak hadith-hadith menunjukkan bahawa dosa-dosa yang dilakukan oleh mata, kaki, telinga dari anggota-anggota yang telah dibasuh atau disapu dan diusapkan, akan gugur ketika berwuduk atau pada akhir titisan wuduk. Al Imam Abu Hanifah pernah diperlihatkan oleh Allah, air yang mengalir dari anggota ketika berwuduk, adalah sama dengan darah kotor.

Sabda Rasululullah SAW ;

“Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwuduk, lalu ia mencuci wajahnya, maka akan keluar dari wajahnya setiap dosa yang ia lihat (yang haram) bersamaan dengan air atau bersama titisan air terakhir, bila ia mencuci kedua tangannya, keluar dosa-dosa yang dilakukan kedua kakinya bersamaan dengan air atau bersamaan dengan titisan air terakhir hingga ia keluar dalam keadaan bersih dari dosa” (Riwayat Muslim)”

Dalam satu hadith, berkata Abdullah As Sunabihi r.a. Rasulullah SAW bersabda, apabila seorang hamba mukmin berwuduk, (dengan) memasuk air ke mulut keluarlah dosa-dosa dari mulutnya, apabila ia menyedut air ke hidung dengan menghembuskannya, keluarlah dosa-dosa dari hidungnya, apabila ia basuh mukanya, keluarlah dosa-dosa dari mukanya sehingga ke bawah kelopak dua matanya.

Apabila ia membasuh kedua-dua tangan (tangan sehingga melebihi siku) keluarlah dosa-dosa dari kedua-dua tangannya, sehingga yang di bawah kuku, apabila ia sapu kepalanya, keluarlah dosa-dosa kepalanya, sehingga terkeluar (dosa) dari kedua telinganya, apabila ia membasuh kedua kakinya, keluarlah dosa-dosa dari kedua kakinya sehingga dari bawah kuku dua-duanya, kemudian ia berjalan ke mesjid, dan sembahyangnya menjadi lebihan pahala. (pahala yang lebih).

Perjalanan ke mesjid adalah mendapat pahala, dan menggugurkan dosa, kerana ia berniat hendak sembahyang di mesjid, kemudian ia bersembahyang di situ, adalah merupakan lebihan pahala dari penghapusan dosa yang lepas, kerana dosa telah terhapus dengan amalan berwuduk, jadi pahala berjalan ke mesjid, dan sembahyang di situ menjadi pahala yang lebih, kerana dosa-dosa telah terhapus sebelum melakukan sembahyang. Oleh sebab dosa telah terhapus, maka pahala bersembahyang di situ, adalah merupakan pahala yang lebih semata-mata, tanpa terjejas, maka ia akan menjadi pengangkat darjatnya.

No comments:

Post a Comment