DrJaffry Hassan on Sunday, May 22, 2011 at 1:52am Firman Allah S.W.T "Dan apabila aku sakit Dialah(Allah) yang menyembuhkan". Penyakit sebenarnya "makhluk" yang diciptakan oleh Allah untuk menguji hamba-hambanya. Oleh itu penyakit datangnya dari Allah dan hanya Allahl sahajalah yang menghilangkan serta menyembuhkannya.Salah satu Asma' Allah adalah "Ad-Dhor" maknanya Yang Maha Memberi Mudhorat," An-Nafe' " maknanya Yang Maha Memberi Manfaat dan "As-Shafi " maknanya Yang Maha Penyembuh. Oleh yang demikian penyakit datangnya dari Allah pencipta sekian alam dan kesembuhannya juga datangnya dari Allah juga. Hakikatnya, di dalam ilmu perubatan Islam sebagaimana yang diwahyukan kepada Rasuluullah S.A.W dan Firman Allah S.W.T yang bermaksud: " Dan sesungguhnya Kami (Allah dan para malaikat) telah menurunkan Al-Quran sebagai Syifa (penyembuh) dan Rahmat kepada orang-orang Beriman...", melalui bukti / dalil inilah kita seharusnya menjadikan Al-Quran sebagai perantara dan perintah Allah dalam merawat penyakit dan kesembuhannya itu sendiri daripada Allah S.W.T. Perubatan Kesufian Islam menerangkan penyakit atau kesihatan tubuh manusia bermula dari Rohnya.Seorang yang sihat adalah seorang yang tidak memiliki penyakit-penyakit rohani yakni sifat-sifat mazmumah / tercela ( seperti; syirik, nifaq, riya’, ujub, takabur, hubbud dunia,dll) dan juga tidak memiliki penyakit fizikal / lahiriah (seperti melakukan amalan mengikut hawa nafsu kerana hasutan syaitan,melakukan bida’ah dan perbuatan sia-sia dll).Di zaman kehidupan Rasullullah S.A.W dan Para Sahabat adalah merupakan zaman kemajuan perubatan Islam.Mereka merupakan pengamal-pengamal perubatan Islam yang paling pakar.Di zaman itu semua para sahabat dan sahabiah merupakan orang-orang yang sihat. Sumber kekuatan sesuatu penyembuhan adalah daripada Zat Allah. Allah merupakan Tabib Yang Haqiqi. Allah merupakan Zat Yang Maha Kuasa lagi Maha Kaya. Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.Maha Mendengar lagi Maha Melihat.Maha Menghidupkan lagi Maha Mematikan.Maha Pemelihara lagi Maha Gagah. Allah memiliki segala sifat kesempurnaan. Oleh yang demikian tumpuan kita sudah sepatutnyalah, hanya kepada Allah untuk memperolehi sebarang penyembuhan. Di zaman Rasullullah S.A.W semua jenis penyakit dapat disembuhkan dengan hanya perantaaraan Al-Quran dan doa yang diajarkan oleh Rasullullah SAW sendiri kepada para Sahabat r.a. Ubai bin Kaab r.ahu meriwayatkan " Sewaktu kami bersama Rasullullah S.A.W datang seorang badwi kepada baginda S.A.W seraya berkata:" Ya Rasullullah saya mempunyai seorang saudara yang ditimpa penyakit."Baginda bertanya: "Penyakit apa "?Jawabnya: "Sejenis gila" Rasulullah S.A.W meminta orang tersebut membawa saudaranya kepada Baginda. Maka Baginda telah membacakan Ayat-ayat Al-Quran. Kemudian pesakit itu pun terus bangun dan pergi dari situ.Pesakit itu telah sembuh dari penyakitnya”. Begitulah penghayatan dan pengamatan serta kemuliaan cara baginda Nabi SAW menangani sesuatu permasalahan dan penyakit dengan menitik beratkan “Hukum Pertimbangan Sunnah”. |
Saturday, July 2, 2011
PENYEMBUHAN MUTLAK DALAM HIKMAH PERTIMBANGAN SUNNAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment