Saturday, July 2, 2011

MISTERI KEGELAPAN CAHAYA


DrJaffry Hassan07hb Jun 1.02 pagi

 DrJaffry Hassan on Tuesday, June 7, 2011 at 12:58am

Kegelapan yang serba tidak nampak tidak diukur sebagai tenaga kerana kita hanya boleh mengukur melalui zat cahaya. Oleh itu apakah bandingan yang membolehkan kita mengukur kegelapan yang legap?

Misteri kegelapan cahaya masih belum terjawab. Akan tetapi, yang pastinya di dalam kegelapan itu terdapat rupa bentuk tenaga yang memendam secara padu dan padat tenaga dalamannya. Ini adalah kerana saya amat percaya bahawa titik kegelapan bermulanya dari pembalikan apa yang kita lihat apabila kegelapan bertukar menjadi pola bayangan dan bayangan pula akan bertukar menjadi pola cahaya.

Sememangnya terdapat suatu medan getaran tinggi yang dipanggil “Cahaya Dalaman” yang juga boleh membongkar rahsia magnitud “Kerohanian Dalaman”.

Ilham dan firasat yang diperolehi sehingga membuahkan hasil yang sangat optimum adalah dari tahap keheningan dan hati yang sangat bersih dan merupakan visi dari kawasan kegelapan cahaya (Kerohanian yang tulus dan padu kepada Ilahi) yang disusuli pemusatan hati yang sangat tulen.

Oleh itu hormatilah zat cahaya yang sedang bertahta di jiwa dan tubuh yang sentiasa dahagakan hidayah murni serta pandu arah yang benar serta menerima pelbagai isyarat penting yang akan dihantar untuk aktiviti kehidupan yang perlu anda lalui untuk meneruskan hidup. Jesteru itu hayatilah rahsia sebenar Hukum Pertimbangan Sunnah dgn ketelusan ilmu yang diajarkan oleh Nabi SAW.

No comments:

Post a Comment