DrJaffry Hassan on Thursday, May 19, 2011 at 2:24pm
Bismillahirahmanirrahim….
Sesungguhnya dengan ertikata dan sifat kasih dan sayanglah penyelesai bagi segala permasalahan dan penyelamat dari segala gangguan iblis laknattullah. Seorang individu yang mempunyai sifat kasih sayang yang tinggi, akan selalu berada dalam keadaan sangat tenang, tenteram, damai, harmoni serta akan merasakan sesuatu perkara yang dimiliki hanyalah bersifat sementara dan tidak akan pernah merasakan ralat akan sesuatu yang diinfakkan walau kepada sesiapa pun isyaAllah, dan dengan perasaan kasih dan sayang yang telus dan tinggi inilah juga anda mudah untuk meminta maaf dan memaafkan kesilapan orang lain.
Demikian jugalah sifat istimewa dan Maha istimewa yang ada pada Maha Pencipta seluruh alam AL-RAHMAN dan AR-RAHIIM ( Yang Maha Pengasih dan Yang Maha Penyayang) dan sesungguhnya sifat yang Maha terpuji ini hanyalah ada pada Allah SWT dan dengan kerana sifat ini jugalah manusia yang hina dan sentiasa bergelumang dengan dosa seperti kita akan sentiasa dimaafkan, diampunkan sekiranya kita bertaubat.
Bagi mengerat dan mewujudkan rasa sifat kasih sayang yang mendalam diantara pertalian keluarga, sesama manusia, sahabat maupun kepada hubungan suami isteri kita perlulah sentiasa berada didalam keadaan memberi laluan atau beralah (tidak mementing hati atau diri sendiri / merasakan hati dan diri kita Allah lah yang menjaganya insyaAllah) dan yang paling penting sekali adalah mendahulukan kepentingan agama iaitu hukum ‘pertimbangan sunnah’. Maka dengan sifat begini akan timbullah perasaan kasih sayang yang telus dan tinggi serta insyaAllah dapat menghapuskan rasa dendam, irihati, dengki khianat sesama sendiri, tamak haloba, perasaan tidak puas hati serta sentiasa menyalahkan orang lain.
Kita haruslah mengikut contoh terbaik kepada junjungan besar Nabi SAW yang sentiasa dalam keadaan rendah diri, berkasih sayang sesama umat dan Nabi SAW juga tidak pernah mementingkan diri sendiri. Rasulullah SAW juga akan senentiasa berikan yang terbaik walau kepada sesiapa pun, walaupun rasulullah SAW tidak punya apa2 sekalipun.
Berikut adalah ringkasan tips bagaimana untuk mengeratkan kasih sayang diantara hubungan suami dan isteri…,
Isteri wajib mentaati segala perintah suami selagi tidak bercanggah dengan syariat islam.
Isteri perlu menganggap suami ini adalah jambatan untuk isteri mendapatkan redha Allah.
isteri, wajib mengetahui dan mempelajari segala hukum yang bersangkutan dengan kehidupan berumahtangga dan hal yang berkaitan dengan ketaatan terhadap suami agar terpelihara amal ibadahnya dan memperolehi kebajikan dan menfaat di dunia dan akhirat.
Dosa yang teramat besar ialah menderhakai suami(sebelum tidur diharuskan meminta maaf kepada suami)
Laknat Allah adalah amat besar bagi seorang isteri yang keluar rumah tanpa izin suami
Para suami wajib mengajar isterinya akan segala ilmu Fardhu Ain dan isteri tidak boleh ingkar dan enggan untuk belajar.
Para suami adalah haram mencegah isteri untuk keluar belajar ilmu Fardhu Ain dan segala ilmu yang wajib dituntut sekiranya suaminya itu tidak berkemampuan untuk mengajar.
Para Isteri perlu menggembirakan hati suami dengan menyediakan minuman dan melemparkan kepadanya senyuman yang manis,
Para Isteri perlu untuk memberikan kasih sayang sekiranya ingin disayangi.
Para Isteri perlu mempamerkan wajah yang jernih dan ceria, di samping menjaga tutur kata lemah lembut dan tidak menyinggung perasaan suami.
Para Isteri perlu bersangka baik dengan suami dan jangan mempertikaikan kesetiaan suami.
Cinta yang sejati itu adalah cinta yang diserahkan kepada Allah s.w.t dan suami hanyalah jalan untuk isteri memperolehi redha Allah.
Para Suami harus berlaku adil terhadap isteri.
Para Suami tidak boleh membiarkan isteri dan anak-anaknya terjebak dengan maksiat dan mungkar.
Allah s.w.t akan menghukumkan suami terlebih dahulu di dalam segala hal kebajikan berbanding dengan isteri dan anak-anaknya kerana suamilah yang menentukan segala hal dan berkuasa di dalam rumahtangganya.
Para suami digalakkan belajar ilmu agama dan bergaul dengan mereka yang arif tentang Islam.
Para isteri hendaklah mendorong suami untuk melakukan sebanyak mungkin kebaikan dan ibadah demi menyelamatkan keluarga daripada azab Allah.
Semoga dengan tips-tips yang ringkas ini dapat membantu anda untuk mewujudkan suasana kasih sayang dan perasaan harmoni serta mengeratkan kasih sayang demi kepentingan sirraturrahim dan kepentingan agama.
No comments:
Post a Comment