Saturday, July 2, 2011

Asas Hukum Tenaga Yang Telah Dipraktikkan Sejak Terciptanya Alam Dan Kelahiran Manusia



DrJaffry Hassan01hb Jun 1.55 ptg
DrJaffry Hassan on Wednesday, June 1, 2011 at 1:15pm

Tenaga kimia daripada manusia, haiwan dan tumbuhan melakukan kerja dan gerakan adalah hukum hidayah dari arah kanan. Tenaga bahang matahari yang menyejat air menjadi awan dan kemudian menurunkannya sebagai hujan juga melakukan pergerakan hukum ke kanan.

Kajian bio-kimia tentang sel-sel saraf menghantar mesej (impuls) juga amat rencam pada persekitaran dalam penyesuaian perubahan dengan gerakan ke kanan. Setiap sel tubuh adalah unsur tenaga atom yang bergerak ke kanan.

Sistem pemakanan dalam melakukan sistem penghadaman terpaksa melalui hukum ke kiri untuk menghasilkan tenaga. Tetapi apabila tenaga terbentuk maka ia akan melakukan pergerakan ke kanan semula dengan begitu pantas. Begitulah semua pancaindera atau deria mata ketiga mengesan dan menganalisa tenaga dari konsep luaran sebenarnya melakukan proses penerimaan getaran ke kanan.

Tenaga bahang (panas) membolehkan tindakbalas kimia dalam tumbuh-tumbuhan menghasilkan makanan dengan cara fotosintesis adalah juga menggunakan prinsip hukum ke kanan iaitu dari konsep luaran ke dalam.

Pergerakan ikut jam sebenarnya pergerakan ke kiri yang banyak menimbulkan perkara remeh-temeh, rumit dan boleh menggagalkan setiap cetusan ilham. Berfikir tanpa ilmu adalah menggerakkan otak kiri yang tidak akan menghasilkan sesuatu. Bacaan Al-Quran dan tulisan Arab juga menggunakan hukum ke kanan.

Lihatlah, secara fitrahnya ayat-ayat suci yang mulia menjadi petunjuk sekalian manusia juga ditulis dari kanan ke kiri.

Sesuatu yang rumit dan memusnahkan sebenarnya sangat jelas kepada sebarang pergerakan atau langkah ke kiri. Rahsia pergerakan kekanan juga turut merujuk kepada jenis atau tingkah laku yang baik untuk manusia yang dibangkitkan pada hari Qiamat kelak. Lihatlah.. jika kita menerima buku amalan dari arah kanan, maka secara tak langsung memperlihatkan amal kebajikan yang telah kita lakukan tetapi jika kita menerima buku amalan dari arah kiri, itu menunjukkan dosa-dosa yang telah kita lakukan.

Pergerakan tawaf di kaabah adalah pergerakan dari kanan ke kiri.

Idea barat terlalu banyak membuat hukum pergerakan yang merugikan iaitu pergerakan ke kiri. Sifat lelaki diutamakan berada di kanan.Lakukan apa saja dengan bermula ke arah kanan.Kanan bererti mengeluarkan tenaga, kiri pengambilan tenaga.Ilham atau idea pantas datang ke otak kanan.

No comments:

Post a Comment