DrJaffry Hassan on Wednesday, June 1, 2011 at 1:14am Semua kejadian Maha Pencipta dialam maya ini mempunyai cahaya atau sirnya tersendiri, yang mana cahaya yang ada telah memberikan imej atau mesej tertentu kepada pantulan atau pembalikannya. Mata yang melihat cahaya. Cahaya yang merupakan tenaga spektrum yang sangat luas yang boleh dilihat. Mata dialir atau difokuskan untuk melihat cahaya, akhirnya menerima refleks tenaga untuk keperluan sel tubuh. Setiap unsur kimia di dalam tubuh atau diatas muka bumi ini mempunyai sifat frekuensi tenaganya sendiri. Frekuensi tenaga ini boleh disifatkan atau hanya dapat dikaitkan dengan sifat frekuensi cahaya dan warna. Jika kekuatan semangat dan kepercayaan semakin pudar, maka runtuhlah asas cahaya kehidupan seseorang itu pada keseluruhannya. Ketika itulah cahaya hanya akan dibawa oleh jasad yang tidak mengerti hala tuju sifat cahaya. Ketika itu jugalah mata yang melihat cahaya tanpa dapat merasai pendengaran atau suara. Kepekaan mata ketika itu juga gagal mengesan resepter atau isyarat pembalikkan sesuatu objek bau-bauan atau keharuman apatah lagi untuk mengecapi perasaan. Ketika ini mata yang tidak dapat mengesan isyarat impuls rahsia cahaya turut gagal melihat dengan penuh rasa kejiwaan seperti memerhati dengan penuh kasih sayang, keghairahan, keceriaan, ketenangan, keheningan dan juga keenakan. Alam dan cahaya yang menentukan bentuk dengan tanda-tanda pembalikan warna sesuatu zat dan jisim akan terus tidak membawa sebarang input dan output apa-apa lagi pengertian kehidupan. Melihat hanya menggunakan mata samalah halnya dengan anda melihat suatu yang gelap sahaja. Jika tiada “cahaya” secara automatik penghayatan mata tidak lagi membawa erti kepada apa-apa pembalikan atau refleks. Apakah darjat mata itu dapat disamakan dengan akal, jiwa atau cahaya?. Teknologi perawatan yang menggunakan teknik rakaman gelombang getaran cahaya adalah sesuatu fenomena yang menyingkap banyak rahsia akal dan kejiwaan yang di luar kemampuan mata untuk memikirkan keajaiban Maha Pencipta. |
Saturday, July 2, 2011
MISTERI CAHAYA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment