Saturday, July 2, 2011

HIKMAH BERDIAM


DrJaffry Hassan27hb Mei 12.18 pagi

 DrJaffry Hassan on Friday, May 27, 2011 at 12:14am
Sesungguhnya dengan perbanyakkan berdiam itu terlalu banyak khasiat kebaikannya serta mulia disis Allah SWT dan Sunnah Nabi SAW. 

1. Sebagai Ibadah tanpa bersusah payah. 2. Perhiasan tanpa berhias. 3. Kehebatan tanpa kerajaan. 4. Benteng tanpa pagar. 5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang. 6. Isti rehat bagi kedua malaikat pencatat amal. 7. Menutupi segala aib. Hadis2 Rasullulah SAW mengenai kelebihan diam yang bermaksud: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (Riwayat Bukhari & Muslim). 



"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". (Riwayat Abu Naim).



"Barangsiapa diam maka dia terlepas dari bahaya". (Riwayat At-Tirmidzi).

Perbanyakkan berdiam tidak semestinya jahil, banyak bicara tidak semestinya cerdik, bijaksana serta pandai, kerana kecerdikan itu adalah ilham dari Maha Pencipta. seseorang yang jahil dan pendiam itu lebih baik dari seseorang yang cerdik dan banyak berbicara serta berbalah. Menasihati orang yang melakukan kesilapan, tidak salah. Yang salahnya apabila kita memikirkan kesilapan orang dan persepsi yang tidak baik yang terdapat di dalam pemikiran serta jiwa kita. sekiranya orang menghina kita, bukanlah bermakna kita adalah hina disisi Allah SWT. Hakikat sebenar-benarnya orang itu yang sedang menghina dirinya sendiri. Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan DIAM. Jalan yang terbaik ialah berdiam sekiranya kita tidak dapat berkata-kata ke arah perkara-perkara yang boleh membawa kebaikan. Berbicara dengan halus, lembut dan tenang serta dengan percakapan yang baik-baik adalah lambang hati yang bersih lagi suci serta mulia disisi Allah SWT dan terpuji, bergantunglah kepada kekuatan iman pada diri seseorang manusia itu. Inilah rahsia menjernihkan hati serta menggilapkan hati supaya dapat bercahaya. (terang hati dan dapat melhat dengan mata hati)

No comments:

Post a Comment