DrJaffry Hassan on Tuesday, May 31, 2011 at 6:12pm 1. Cara makan, mengapa kita mengunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah s.a.w, sebelum baginda makan, baginda saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya, lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan makanan tersebut. Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, akan tetapi konsentrasi enzim di tangan kanan kurang sedikit dan stabil dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia adalah merupakan titik mula sistem penghadaman. Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecahan garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita. Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, begitulah kaedahnya, setiap pengamalan perubatan konvensional, akan memberi prosedur rawatan pertama iaitu Sodium Chloride, “garam”. Zat dan sifat molekul garam juga mampu menghalang perkara-perkara sihir dan makhluk halus yang ingin menggangu manusia. 2. Cara Rasulullah saw mengunyah Rasulullah saw akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan bercampur gaur dengan enzim yang berada di dalam mulut dan celah gigi itu dan betul-betul dapat melumatkan makanan agar perut kita senang memproseskan makanan tersebut. 3. Membaca Bismillah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Bismillah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan segala racun merupakan makhluk Allah juga yang telah sedia ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Bismillah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu. Cara Rasulullah minum. Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita menghembuskannya, ketika itu kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi ia berasid (racun). Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas...... Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis. (sebanyak 3x), |
Saturday, July 2, 2011
CARA MAKAN DAN MINUM RASULULLAH SAW
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment