Saturday, July 2, 2011

HURAIAN ZAT NOMBOR-NOMBOR ATOM


DrJaffry Hassan31hb Mei 1.21 pagi

 DrJaffry Hassan on Tuesday, May 31, 2011 at 1:19am

1. Susunan angka 786 membawa pengertian yang amat mendalam kepada maksud sifat pengasih dan penyayang.

2. Unsur air atau hidrogen mempunyai berat atom yang kecil membuktikan air adalah kuasa pengimbang, peneutralan, penyerap dan penyimpan yang terbaik kepada berbagai unsur yang lain. Satu adalah simbol penciptaan manusia yang dikuasai oleh air pada nisbah 71.111 peratus.

Jika tubuh badan manusia tidak boleh dikuasai oleh air terutamanya di otak maka bagaimana malaikat dapat mengesah dan mencatatkan segala perbuatan kita melainkan air inilah bahan perantara yang memerangkap gema atau bunyi. Air yang menyimpan rahsia-rahsia spekrtum warna atau cahaya itulah kejadian malaikat yang sentiasa berada dimana-mana ruangan yang ada walaupun ruangan yang paling kecil kerana sifat atau air adalah kecil.

3. Unsur karbon atau tanah adalah pelengkap kejadian pencipaan manusia yang terdiri daripada rahsia bilangan lengkap 6666 yang bermakksud kesempurnaan Al-Quran. Hal ini terbukti dalam hakikat nombor atom karbon ialah 6, Neutron Karbon 6, Elektron Karbon 6 dan Proton Karbon 6.

Rahsia nombor enam adalah rahsia karbon atau tanah yang sebenarnya menjadi unsur yang paling ditakuti iblis kerana 6 atau 666 adalah nombor misteri atau mistik yang boleh mencerobohi dunia dengan segala perkara-perkara ghaib.

4. Oksigen menguasai cahaya dan air yang banyak di dalam perbandingan 4 unsur di atas. Oksigen adalah kunci rahsia daya kehidupan. Angka dalam Oksigen (8) adalah lambang kemewahan dan kebahagiaan. 4 adalah rahsia kekukuhan sesuatu pembentukan atau rahsia kemusnahan jika kekurangan oksigen.

Nombor lapan adalah rahsia kesudahan atau kesempurnaan manusia yang telah pun melalui kehidupan di dunia dan oleh itu perlu menyediakan diri atau membuat persiapan yang rapi untuk kembali kepada kematian. Lapan ini juga bermaksud lambang kematian atau kecelakaan bagi yang leka atau cuai.

5. Nitrogen dalam nombor atomnya 7 menyimpan misteri keganjilan yang penuh dengan kehebatan metafizik dengan penguasaan hukum peraturan yang amat tepat. Manakala unsur-unsur atom yang lain lebih menguasai pada tahap fizikal dna bahantara atom dengan yang lebih nyata, wujud dan dapat dilihat dan dirasai. Nitrogen adalah rahsia wangi-wangian yang harus disertai dengan doa atau niat yang mujarab yang gemanya akan dapat dikesan di dalam memori air.

Rahsia nombor tujuh juga mempunyai kekuasaan dari segi kemujaraban doa melalui keheningan malam (bertahajud) dalam amalan selepas zikir pada malam-malam yang tertentu.

No comments:

Post a Comment