DrJaffry Hassan on Monday, May 23, 2011 at 10:56pm Umum mengetahui bahwa air adalah substansi kimia dengan rumusan kimianya H20, satu molekul air tersusun atas dua atom hidrogen yang terikat secara kovalen pada atom oksigen. Air bersifat tidak berwarna, tidak berasa dan tidak berbau ( air tawa / air putih ) pada keadaan “ standard ”,iaitu pada tekanan 100 kPa (1 bar) dan suhunya 273.15 ( 0 o C ). Air merupakan zat kimia dan pelarut yang sangat penting, yang mempunyai kemampuan untuk melarut, menerima, membias serta banyak lagi zat kimia yang lain, seperti setiap organisasi sel, garam, gula, asam dan beberapa jenis gas serta bermacam-macam lagi molekul organik. Keadaan air yang berbentuk cairan merupakan suatu bentuk keadaan yang umum dalam keadaan normal, lebih-lebih lagi dengan memperhatikan hubungannya mirip seperti dalam medan oksigen pada jadual berkala.Yang mengisyaratkan bahawa air seharusnya berbentuk gas, sebagaimana hidrogen sulfida. Dengan memerhatikan juga pada jadual berkala,terlihat bahawa unsure-unsur yang mengelilingi oksigen adalah nitrogen, flor, fosforus, sulfur dan klorin. Semua elemen-elemen ini apabila berikatan dengan hidrogen akan akan menghasilkan gas pada suhu dan tekanan biasa ( standard ). Alasan mengapa hidrogen berikatan dengan oksigen membentuk fasa berkeadaan cair, adalah kerana oksigen lebih bersifat elektronegatif berbanding elemen-elemen lain tersebut ( kecuali flor ). Tarikan atom oksigen pada elektron-elektron ikatan jauh lebih kuat daripada yang dilakukan oleh atom hidrogen,meninggalkan jumlah muatan positif pada kedua-dua atom hidrogen, dan jumlah muatan negatif pada atom oksigen. Adanya muatan pada tiap-tiap atom tersebut membuat molekul air mempunyai momen dwikutub. Gaya tarik-menarik kuasa antara molekul-molekul air akibat adanya dwikutub ini masing-masing molekul saling berdekatan ( rapat ), membuatnya sukar untuk dipisahkan dan yang pada akhirnya menaikkan titik air didih. Gaya tarik-menarik ini pula disebut sebagai ikatan hidrogen. moga dapat memberikan manfaat kepada pelajar2 sains dan juga anda semua....dlm menyingkap sedikit tentang rahsia dan kehebatan Maha Pencipta tentang kejadian air... |
Saturday, July 2, 2011
SIFAT-SIFAT KIMIA DAN FIZIK ( AIR DAN KEHIDUPAN )
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment