Saturday, July 2, 2011

TUBUH DAN PERSPEKTIF WARNA




Apabila sesuatu sel pada tubuh manusia disukat getarannya, bacaannya ialah di dalam julat antara 0 nanometer hingga ke 780 nanometer. Bacaan ini adalah menyamai dengan bacaan warna yang boleh dilihat (kecuali pink nak ke putih yang cuma boleh dikenalpasti melalui pigmen warna sahaja).

Warna terjadi daripada “cahaya sinar putih” yang tidak kelihatan yang memecahkan tenaganya secara pecahan berdua-dua (Hukum Kejadian Berpasangan) hingga terjadi lapisan-lapisan warna tertentu. Sebenarnya terdapat berbilion-bilion warna yang boleh dilihat. Namun cuma 9 daripadanya yang diberikan nama yang asas manakala hanya 7 daripadanya yang kelihatan pada warna pelangi.

Jika diambil kiraan keseluruhan warna yang boleh dihasilkan, terdapat lebih 58 bilion lapisan warna. Bermaksud jika julat tenaga sel manusia berada di dalam 0 nanometer (sinar, biasanya paling rendah ialah 300 nanometer) hingga 780 nanometer (lebih daripada 780 nenometer ialah gelombang infra red) terdapat lebih 58 bilion lapisan warna. Tetapi daripada jumlah tersebut, ia cuma dibahagikan kepada 20 lapisan sahaja.

No comments:

Post a Comment