Saturday, July 2, 2011

“Masa” Menguasai penyakit


DrJaffry Hassan12hb Mei 3.28 ptg

 DrJaffry Hassan on Monday, April 4, 2011 at 4:40pm

Secara jelasnya untuk kita memahami tentang hukum tenaga suatu penyakit yang boleh diubah kepada suatu tenaga yang harmoni dan selamat ialah sepertimana yang tercatat di dalam “Qadar” iaitu “Takdir Mu’allaq” bermaksud “Takdir yang belum pasti”. Umpamanya, jika seseorang itu usianya 60thn (ruang), tetapi jika ianya menghubungkan siraturrahim (masa) yang sudah terputus, maka umurnya ditambahkan 30 tahun lagi, ataupun ianya telah ditetapkan seseorang itu dimasukkan ke dalalm neraka (ruang), tetapi jika ia banyak “berdoa” (masa) kepada Allah agar dijauhkan daripada api neraka, maka ia akan dimasukkan ke dalam syurga Allah. Begitu jugalah keadaannya kepada sesuatu musibbah, penyakit dan juga sebarang tekanan, sekiranya kita banyak berdoa dengan tawajjuh dan rendah hati.



Di dalam Al-Quran Allah BerFirman;

“Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan (apa yang Dia kehendaki) dan disisi-Nya terdapat Ummul Kitab ( Luh Mahfuzh )” (Ar-Ra'ad)





Merujuk kepada Tafsir Qurtubi, semua takdir Allah yang telah tertulis di Luh Mahfuzh itu boleh dihapuskan oleh Allah jika Ia menghendakinya, ataupun Allah tetapkan saja sesuai dengan kehendak-Nya.



Kemudian yang dapat merubah takdir yang tertulis dalam Luh Mahfuzh itu adalah “doa” dan “perbuatan baik”. 



Nabi SAW bersabda;

“Tiada yang boleh menolak takdir selain doa, dan tiada yang boleh memanjangkan umur kecuali perbuatan baik”. (Riwayat Tirmizi)



Begitu jugalah menghubungkan sirraturrahim boleh juga mengubahkan takdir. Umur yang pendek boleh dipanjangkan oleh Allah, rezeki yang sukar akan dimudahkan ole Allah SWT.



Dari Anas bin Malik beliau berkata, Bersabda Rasulullah SAW;

“Barangsiapa yang suka banyak rezekinya dan lambat datang ajalnya maka hendaklah ia menghubungkan sirraturrahim.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)



Sesungguhnya “Qadha” iaitu hukum Allah tentang mewujudkan sesuatu dengan segala sifat sesuatu itu. Sedangkan “Qadar” iaitu ilmu Allah di zaman ( sebelum terjadi sesuatu ) tentang sifat-sifat dan ketentuan-Nya.

No comments:

Post a Comment