Saturday, July 2, 2011

RAHSIA TIDUR DI DALAM KEGELAPAN CAHAYA


DrJaffry Hassan06hb Jun 3.02 pagi

 DrJaffry Hassan on Monday, June 6, 2011 at 2:52am
Sesungguhnya, tidur di dalam gelap adalah satu rawatan yang sangat luar biasa dan baik untuk tubuh. Apabila seseorang tidur di dalam gelap bukan sahaja tubuh malah rohani juga turut terlibat. Jika di siang hari kecerahan / keterangan cahaya memainkan peranan yang amat penting dalam fotosintesis / fotolisis maka di waktu malam pula, kadar kegelapan memainkan peranan yang sangat penting dalam proses tindak balas kimia; glukosa / karbohidrat dan air / hidrogen dihasilkan secara maksima di dalam kegelapan. 

Dengan bantuan pati aroma, kelenjar pineal / pitutari dan hipotalamus akan merembeskan hormon-hormon yang diperlukan untuk menyerap segala zat-zat nutrien secara maksima. Gas karbon dioksida akan turunkan kepada glukosa dan air secara maksima, ini akan meninggikan lagi kandungan oksigen dalam darah. 

Apabila bekalan oksigen tinggi dalam darah, badan menjadi cergas, minda menjadi cergas dan perasaan menjadi tenang. Dengan ketenangan ini akan mewujudkan gelombang berfrekuensi rendah yang menjadikan diri sentiasa awet muda dan ceria. Pada waktu gelap juga segala aktiviti tindak balas kimia berlaku dengan maksima dan lancar di dalam tubuh.

Kegelapan itu membendung dan mempunyai pelbagai rahsia-rahsia pembentukkan dan kejadian serta mempunyai rahsia penyembuhan yang ajaib. Saya mengistilahkan bahawa penyakit adalah dalam bentuk cahaya nampak, panas dan terang. Kegelapan berupaya menyerap dan meneutralkan bentuk tenaga yang berlebihan dalam cahaya yang nampak tersebut. Cahaya yang terang dalam tidur akan menyebabkan tubuh menyerap racun di bawah sedar. Itulah rahsia kegelapan cahaya mengikut fizik.

No comments:

Post a Comment