DrJaffry Hassan on Thursday, June 2, 2011 at 5:58pm Sepertimana yang diketahui zat kejadian masa adalah unik dan halus sifatnya, sehinggakan tiada satu alat atau apa-apa frekuensi yang boleh mengukur zat atau roh masa itu sendiri. Sehinggakan ahli cendiakawan dan pakar fizik mentakrifkan bahawa masa, ruangmasa adalah satu kesatuan asas yang tidak boleh ditakrifkan oleh apa-apa model kesatuan asas yang lain. Dengan kata lain masa itu sendiri tidak mempunyai tempoh sebenar. Sains sendiri tidak dapat mengukur atau menilai sempadan masa. Para saintis menilai masa hanya dengan menilai cahaya, warna, bunyi dan perubahan kepada alam sahaja. Dalam hubungan ini AMH mengutamakan asas dan tertib Pertimbangan Sunnah bagi menilai masa dalam pendekatan perawatannya. Umpamanya apabila kita didatangi sesuatu musibbah atau ujian ataupun suatu penyakit, perlulah kita merujuk kepada kepentingan agama atau hukum Pertimbangan sunnah dahulu sebelum kita melakukan apa2 usaha agar tindak tanduk kita diberkati dan direstui Allah. Dengan kata lain supaya kita tidak di dalam momentum kealpaan masa agar rahsia penawar yang kita cari tidak ditelan oleh masa yang kita abaikan dan tidak kita hormati. Sesuatu penyakit yang dihidapi oleh jisim sel itu hanyalah illusi dan persepsi masa sahaja. Disinilah peranan Pertimbangan Sunnah di dalam pendekatan untuk mengharmonikan serta menyeimbangkan masa penyakit yang telah atau bakal dihidapi. Inilah pendekatan dan pendedahan utama AMH dengan mengambil kira keutamaan kepentingan Pertimbangan Sunnah di dalam menangani suasana penyakit dan tekanan serta mengaplikasikannya di dalam kehidupan seharian. Penyakit adalah salah satu bentuk tenaga. Manakala penyakit juga dirangkumi ataupun di dalam lingkaran “ruangmasa” yang samada ketetapan, kegagalan ataupun kecuaiannya adalah berpunca daripada diri kita sendiri. Alangkah malangnya sekirannya kita tidak dapat mengawal akal(hati) atau kita tidak dapat mengawal persepsi akal dan perasaan (cepat melatah, merungut, melenting, marah, melulu dsb). Oleh yang demikian kawalkanlah dan cetuskanlah tenaga isyarat elektrik di bahagian otak kita kerana ianya menentukan persepsi kita. Segala apa pun persepsi telah dirakam di dalam sel otak kita. Adalah tanggungjawab kita untuk mengawal ruang dan masa pemikiran, perasaan dan juga persepsi kita kerana apa yang kita “fikirkan” itulah jawapan dan akan terjadi serta itu jugalah menjadi ketetapan. Oleh yang demikian, elak dan kawalkanlah dari menerima dan beradanya di suasana ruang atau masa yang boleh memungkinkan berlakunya sesuatu kecelakaan, penyakit yang sukar diubati, pertengkaran, kemudaratan sendiri, keluh kesah serta pelbagai lagi perkara-perkara negatif yang tidak sepatutnya berada dikelompok kita. Maka suatu tenaga yang boleh mengatasinya dan rahsia penuetralan bagi permasalan tersebut ialah dengan amalan “berzikir”, disuatu ruang yang hening dengan mengadap qiblat dan secara istiqamah.( Amalkan secara harian). Dengan berzikir secara istiqamah di ruangmasa yang tepat dan di dalam keadaan yang kusyuk mengharapkan keredhaan dan rahmat Allah serta merasakan kewujudan dan hanya kebesaran Allah yang bertahta dihati, maka “hati” yang dikatakan “roh masa” kepada alam pemikiran sebenar akan merangsangkan neuron atau input secara impuls kepada bentuk pemikiran yang sangat harmoni dan tenang, akhirnya disinilah yang dikatakan ketepatan masa berfikir akan terlaksana. Di dalam situasi begini, apabila anda berzikir pada kadar “masa” yang sangat tepat sepertimana yang dijelaskan diatas tadi, bukan sahaja anda mampu mencernakan alam pemikiran yang sempurna malah dengan cara sebegini juga anda akan merasakan yang diri anda semakin kecil, maka ketika itulah atom-atom di dalam tubuh anda akan bertindak semakin mengecil juga dan ketika inilah berlakunya ketumpatan tinggi pada ruang di dalam sel. Ketika ini jugalah tenaga asing sukar mencerobohi ruang di dalam sel. Berzikir dengan tenang juga akan merangsangkan hormon, sel-sel tubuh, sistem antibodi, mempelbaiki sendi, perjalanan darah, sistem imunisasi dan lain-lainnya. Berzikir juga akan memusatkan hati daripada alam dan akan lebih memancar kebesaran Allah d hati. Dimasa yang sama juga kekuatan molekul-molekul sel dapat tersusun dengan begitu rapi. Hazrat Mu’ az bin Jabal(radhiallah hu an) meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tidak ada sesuatu amalan yang dikerjakan oleh seseorang yang lebih menyelamatkan dirinya dari azab kubur daripada zikrullah.” (hadis riwayat imam Ahmad). |
Saturday, July 2, 2011
RAHSIA MASA DAN RUANG MASA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment