Saturday, July 2, 2011

DISEBALIK RAHSIA 7 PENCIPTAAN BINTANG / PERGERAKANNYA DAN 7 GOLONGAN


DrJaffry Hassan26hb Mei 9.43 ptg

 DrJaffry Hassan on Thursday, May 26, 2011 at 9:39pm

Segala kejadian bintang-bintang diciptakan Allah SWT pada hari “AHAD”

Firman Allah yang bermaksud:

“Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagimu, agar kamu menjadikannya petunjuk dalam kegelapan di darat dan di laut. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan tanda-tanda kebesaran Kami kepada orang-orang yang mengetahuinya.”(Al-An’am: 97)

Allah menjadikan bintang-bintang itu dalam tiga bentuk keadaan….

PERTAMA: Bintang yang dinamakan dengan Tsawabit atau bintang tetap, iaitu bintang-bintang yang tidak bergerak dan tidak terbenam. KEDUA: Bintang-bintang yang terbit dan terbenam.

KETIGA: Bintang-bintang yang beredar di tempat edarannya. Daripada tiga macam dan keadaan bintang tersebut itu, ada 7 bintang yang paling besar iaitu: ZUHAL, MUSYTARI, MARIKH, SYAMSU, ZAHROH, ATHARID DAN QOMAR. Kesemua bintang-bintang yang besar ini mempunyai tempat pengedarannya tersendiri. Qomar pada falak pertama, Atharid pada falak kedua, Zahroh pada falak ketiga, Syamsu pada falak keempat, Marikh pada falak kelima, Musytari pada falak keenam, Zuhal falak ketujuh.

Dengan demikian Allah telah menetapkan 7 falak di langit sebagai tempat beredar bagi 7 planet atau bintang tersebut, dan setiap bintang tersebut melakukan pengedarannya pada tiap-tiap 1000 tahun satu kali. Demikian pula halnya iaitu, 7 diantara para Rasul dan Nabi yang paling agong, gemilang dan mulia. Mereka adalah seperti Nabi Syaits a.s, Nabi Idris a.s, Nabi Ibrahim a.s, Nabi Musa a.s, Nabi Daud a.s, Nabi Isa a.s dan Nabi Muhammad SAW. Allah SWT memberikan keistimewaan kepada para Rasul dan Nabi tersebut dengan suhuf-suhuf dan kitab-kitab berbentuk lembaran. Nabi Syaits a.s mendapat 50 suhuf. Nabi Idris a.s mendapat 30 suhuf. Nabi Ibrahim a.s mendapat 20 suhuf. Nabi Musa a.s mendapat kitab Taurat. Nabi Daud a.s mendapat kitab Zabur. Nabi Isa a.s mendapat kitab Injil dan Nabi Muhammad SAW mendapat kitab Al-Quran.

Ketujuh-tujuh bintang tersebut tidak sama dalam zat peredarannya:

Qomar: Terbit pada falak pertama dan tinggal pada setiap buruj selama 2 ½ hari, sedangkan peredarannya mengelilingi falak seluruhnya dalam masa satu bulan.

Atharid: Terbit pada falak kedua, ia tinggal pada setiap buruj selama 15 hari, sedangkan peredarannya mengelilingi falak seluruhnya pada masa 10 bulan.

Zahroh: Terbit pada falak ketiga dan tinggal selama 25 hari pada setiap buruj dan peredarannya mengelilingi falak seluruhnya pada masa 10 bulan.

Syamsu: Terbit pada falak keempat, tempat tinggalnya pada setiap buruj selama sebulan dan beredar mengelilingi falak seluruhnya ditempuh dalam jangka setahun.

Marikh: Terbit pada falak kelima, tempat tinggalnya pada setiap buruj selama 50 hari dan beredar megelilingi falak seluruhnya selama 18 belas bulan.

Musytari: Terbit pada falak keenam dan tempat tinggalnya pada setiap buruj selama 13 tahun.

Zuhal: Terbit pada falak ketujuh falak ketujuh, tempat tinggalnya selama 2 tahun pada setiap buruj dan megelilingi falak seluruhnya dalam jangka 30 tahun.

Begitu juga umat Nabi Muhammad SAW akan terbahagi kepada 7 golongan iaitu Siddiqun, ‘Amilun, Budala’, Syuhadak, Rujjaj, Muthi’un dan ‘Ashun.

Golongan Siddiqun, akan melintasi siratulmustaqim seperti kilat.

Golongan ‘Amilun, akan melintasi seperti angin.

Golongan Budala’ akan melintasi seperti burung dalam masa yang cepat.

Golongan Syuhadak, akan melintasi seperti seekor kuda yang sedang kencang lariannya.

Golongan Hujjaj, akan melintasi dalam masa 1 hari.

Golongan Muthi’un, melintasinya dalam masa 1 bulan.

Golongan Ashun, setiap kali akan meletakkan kakinya pada Siratulmustaqim itu maka dosa-dosa yang dipikulnya menyebabkan ia hamper tergelincir ke dalam neraka. Api neraka ketika itu ingin membakarnya, namun cahaya iman yang ada dalam jiwanya dapat mengusir api neraka tersebut.

No comments:

Post a Comment