DrJaffry Hassan on Sunday, May 22, 2011 at 3:10pm Penciptaan falak atau "tempat jalan bintang-bintang" telah diciptakan khasnya pada hari Ahad. Firman Allah; "Yang telah mencipakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sesekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang?" (Al-Mulk: 3) Pada mulanya langit-langit itu masih berbentuk asap. Sebagaimana dalam firman Allah-Nya: "Kemudian Dia menuju kepada Penciptaan langit dan langit itu masih merupakan asap, lalu Dia berkata kepadanya dan kepada bumi; "Datanglah kamu keduanya menurut perintah-Ku dengan suka hati atau terpaksa." Keduanya menjawab: "Kami datang dengan suka hati." (Fushshilat: 11). Selanjutnya diriwayatkan bahawa Allah menjadikan dari asap itu menjadi tujuh bahagian. Iaitu 1) bahagian AIR, 2) EMBUN, 3) PERAK, 4) EMAS, 5) MUTIARA, 6) MIRA DELIMA DAN 7) BESI. Subhanallah.... Kemudian Allah SWT menciptakan dari satu asap, tujuh lapisan langit yang satu dengan lainnya berbeza-beza. Tetapi yang lebih unik lagi air yang diturunkan Allah dari langit yang berfungsi menghidupkan bumi yang tandus. Dari setiap titisan itu tumbuh berbagai-bagai jenis tumbuh-tumbuhan, ada yang berwarna MERAH, KUNING, HITAM, PUTIH dan lain-lainnya. Kemudian daripada tumbuh-tumbuhan itu telah menghasilkan buah yang berbeza-beza rasanya iaitu MANIS, MASAM, PAHIT dan sebagainya. Firman Allah bermaksud: "Di bumi ini terdapat bahagian-bahagian yang berdampingan, dan kebun-kebun anggur, tanam-tanaman dan pohon tamar yang bercabang disirami disirami dengan air yang sama. Kami melebihkan tanam-tanaman itu atas sebahagian yang lain tentang rasanya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir." (Ar-Ra'ad; 4)..... |
Saturday, July 2, 2011
PENCIPTAAN "FALAK" DAN PECAHAN 7 PENCIPTAAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment