Saturday, July 2, 2011

PENGITARAN YANG TERSIRAT DILANGIT



DrJaffry Hassan23hb Mei 2.58 ptg
 DrJaffry Hassan on Monday, May 23, 2011 at 2:56pm

Tanpa kita sedari bahawa kita sebenarnya telah dilindungi ataupun telah diselamatkan dengan lapisan-lapisan ozon tertentu bagi mendapatkan kehidupan yang selamat lagi harmoni, ini semua kerana kasih sayang dan rahmat Allah yang tidak terhingga yang telah dikurniakan kepada kita.

Ayat ke 11 dalam surah at-Tariq, merujuk kepada fungsi 'pembalikan' langit;

Demi langit yang mempunyai (sistem) pengitaran. (Surah at-Tariq;11).

Perkataan yang ditafsirkan sebagai 'kitaran' dalam penterjemahan Al-Quran juga bermaksud 'menghantar balik' atau 'pengembalian'.

Seperti yang diketahui, atmosfera yang mengelilingi bumi mengandungi beberapa lapisan. Setiap lapisan memberikan tujuan penting bagi faedah kehidupan. Kajian telah menunjukkan bahawa semua lapisan ini menjalankan fungsi pemantulan material atau sinaran yang bergerak ke arahnya keluar semula ke luar angkasa atau turun kembali ke bumi. Sekarang kita akan meneliiti beberapa contoh fungsi 'pengitaran' yang dimainkan oleh lapisan-lapisan yang mengelilingi ruang langit bumi.

Troposfera, setinggi 13 hingga 15 kilometer di atas permukaan bumi membantu mengkondensasikan wap air yang naik ke udara dari permukaan bumi sebagai titisan hujan. Lapisan ozon, pada ketinggian 25 kilometer, memancarkan semula sinaran merbahaya dan cahaya ultra violet yang datang dari luar angkasa kembali ke luar.



Lapisan ionosfera memancarkan liputan gelombang radio dari bumi kembali ke bahagian lain dalam bumi, sama seperti komunikasi satelit pasif, yang menyebabkan komunikasi tanpa wayar, radio dan siaran liputan televisyen dapat dilakukan untuk jarak yang lebih jauh.



Lapisan magnetosfera pula berfungsi mengembalikan zarah radioaktif merbahaya yang dipancarkan oleh matahari dan bintang-bintang lain kembali semula ke angkasa lepas sebelum sampai ke bumi. Fakta mengenai sifat-sifat lapisan-lapisan atmosfera, yang baru diketahui baru-baru ini telah diumumkan berabad lamanya dalam Al-Quran, sekali lagi menunjukan bahawa Al-Quran sebenarnya adalah kata-kata Maha Suci Allah.

No comments:

Post a Comment