DrJaffry Hassan | 30hb Mei 2.13 pagi |
DrJaffry Hassan on Monday, May 30, 2011 at 2:06am
Kalimah mukasyafa berasalnya daripada perkataan Kasyaf, membawa maksud kepada “Keluar dari Tabir” (Hijab), tabir yang paling tebal (sangat kukuh) dan paling rapat. Manusia dengan sifat sombong, ego malah dengan sifat keakuan (aku adalah aku) iaini serba aku, dirimu adalah tabir atau dirimu sendiri. Sesungguhnya hendaklah kita keluarkan sifat ini yang mungkin sudah lama bertahta dinurani dan jiwa kita. Keluarkan lah sifat dimana “aku adalah aku dan engkau adalah engkau” dan selama kita merasakan yang kita ini serba ada, serba kuat, serba mampu dari segalanya, hubud dan langsung tidak memikirkan sesuatu kepentingan untuk menjaga hati orang lain, maka anda pastinya akan diselubungi dengan tanpa disedari daripada keistimewaan MUKASYAFA.
Ketahuilah bahawa terdapat 5 perkara hijab-hijab yang terpenting apabila kita hendak mendekatkan diri kepada Allah SWT:
1) HIJAB A’YAN, yang membawa maksud hijab segala makhluk yang diciptakan Allah SWT.
2) HIJAB ILMU, yang membawa maksud mengetahui sendiri, tanpa diberitahu oleh Allah, seolah-olah ia dapat membahaskan bermacam-macam peraturan-peraturan, hakikatnya menurut Al-Quran semua manusia langsung tidak mengetahui segala sesuatu, kecuali diberitau oleh Allah SWT.
3) HIJAB HURUF, yang membawa maksud seseorang yang dihijab oleh hukum, sebagai contoh ada sesuatu larangan berupakan perintah yang mana wajib dan yang mana haram, ia akan menjauhi yang haram dan melaksanakan tuntutan yang wajib dan merasakan cukup dengan pengetahuan dirinya sendiri, tanpa perlu dengan pertolongan Allah SWT.
4) HIJAB ISIM, yang membawa pengertian seseorang yang telah dilindungi atau didindingi oleh nama-nama zat dan maksud benda, sebagai contoh apabila kita menyebutkan “makan” dan sambungan dari kata makan adalah “kenyang” ataupun apabila kita makan “ubat”, sambungan dari kata makan ubat adalah “sembuh” dan pelbagai lagi…,sesungguhnya semua ini mempunyai rahsia disebalik rahsia kata-kata kesinambungan dan apapun jisim dan duduk perkara walau sebesar zarah sekalipun datangnya dari ketentuan Allah SWT.
5) HIJAB KEJAHILAN (KEMUSYKILAN / KEBODOHAN), yang membawa kepada maksud, hijab ini tidak dapat diungkapkan, meskipun dengan pelbagai penjelasan, namun di akhirat nanti barulah sesuatu duduk perkara dan yang dihijabkan akan diperjelaskan serta dipertontonkan apakah “suasana hijab” itu, sebagai contoh apabila kita solat dengan tidak kusyuk, maka kita mengambil remeh dan merasa atau menyangkakan yang solat kita sudah sempurna, padahal hati, jiwa dan pemikirannya terbayang dan memikirkan hal-hal yang lain serta hatinya ketika itu tidak bulat atau tidak merasakan hadirnya Allah, maka solatnya yang sedemikian akan dinantikan di neraka WEL yang sangat-sangat panas, dan golongan ini mengerjakan ibadah dianggap sebagai ucapannya berlainan dengan hakikat hati. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Mereka mengucapkan dengan lidahnya apa yang tidak ada dalam hatinya” (Surah Fatah: 11).
Sesungguhnya orang yang di dalam “Hijab”, hatinya sama dengan orang yang sedang kufur nikmat Allah SWT, dan dalam keadaan beginilah sering terjadi kepincangan atau kebinasaan yang tanpa disedari. Jalan pernafasan mereka ini tidak jauh dari jalan pernafasan Fir’aun dan tentan ke akuannya serta sentiasa wujud aku adalah aku. Penawarnya hendaklah kita memahami ertikata Pertimbangan Sunnah dan juga memandang sesuatu dengan kebesaran Maha Pencipta agar dapat menghapuskan sifat ananiyahnya (sifat aku adalah aku).

No comments:
Post a Comment