Ibn Khaldun adalah orang yang memperkenalkan sains sosial Ilm al-umran), iaitu sekitar tahun 1377. Antara cabang sains sosial adalah psikologi dan sarjana-sarjana Islam adalah antara orang yang paling awal membuat kajian dalam bidang ini. Antara sarjana-sarjana Islam yang dimaksudkan ialah Ibn Sina, Al-Ghazali dan Al-Farabi. Ibn Sina dalam bukunya, Al-Shifa’,ada membincangkan akal, kewujudannya, hubungan akal dan tubuh, perasaan dan persepsi . Menurut Ibn Sina, jiwa manusia mempunyai kemampuan secara teori dan praktikal yang membentuk kecerdikan atau kecerdasan minda.
Menurutnya lagi, jiwa itu sendiri boleh mencapai idea yang tidak disedari oleh seseorang melalui perasaan, imaginasi dan anggaran. Beliau menganggap kebolehan tersebut sebagai faktor utama kepada tingkah laku.
Al-Ghazali adalah orang yang mula-mula memberi istilah kepada kajian akal atau kelakuan manusia lima abad sebelum Rodold J. Clenues menggunakan istilah yang sama (psikologi). Al-Ghazali juga mengkaji hampir kesemua aspek dalam psikologi. Al-Ghazali menyatakan bahawa jiwa adalah suatu entiti spiritual yang mengawal fungsi fizikal dan organik manusia serta menguasai deria untuk menjalankan keperluan-keperluan badan. Walau bagaimanapun, ilmu-ilmu yang diperkenalkan oleh sarjana-sarjana Islam ini telah dikembangkan oleh cendekiawan Barat tanpa memberikan kredit kepada pengasas ilmu tersebut.
Dari perspektif Islam, personaliti dimaksudkan sebagai sahsiah atau secara umumnya akhlak. Menurutnya lagi, faktor-faktor lain yang dianggap penting dalam perkembangan personaliti manusia ialah hubungan manusia dengan Allah s.w.t., interaksi roh dan jasmani serta peranan akal. Personaliti boleh dibahagikan kepada dua iaitu akhlak terpuji dan akhlak tercela. Manusia yang berakhlak atau mempunyai personaliti positif menurut perspektif Islam adalah manusia yang melakukan kebaikan dan menyerah diri secara total (bulat hati) kepada Allah. Sarjana-sarjana Islam melihat bahawa perspektif baru dalam psikologi di bawah pengaruh Al-Quran dan hadith boleh mengisi kelompangan serta kekosongan dan juga mampu mempengaruhi perubahan sosial untuk kebaikan manusia dan masyarakat.
Islam berpendapat, pengajian berkenaan jiwa manusia merupakan aktiviti saintifik yang berguna dan patut digalakkan sepertimana ilmu pengetahuan yang lain. Penyelidikan mengenai diri manusia ternyata merupakan jalan paling singkat dan paling pasti kepada mempercayai Tuhan. Ini berpandukan maksud ayat-ayat dari Al-Quran berikut:
“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Quran itu adalah benar”
(Al-Quran: Al-Fussilat: 53)
“Dan di bumi ini terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin, dan (juga) pada dirimu sendiri”
(Al-Quran: Al-Dhariyat: 20-21).
Sesetengah ahli psikologi berpendapat bahawa psikologi telah menjadi sains yang kekurangan subjek utamanya, iaitu jiwa. Kesemua mazhab psikologi dari Barat tidak mengkaji jiwa tetapi sebaliknya memberatkan kepada kajian tingkah laku sahaja. Menurutnya lagi, dari mana asal dan bagaimana bentuk jiwa tidak dikaji oleh ahli psikologi barat.
Berbeza daripada pemikiran dan falsafah sejarah moden yang berbentuk sama ada empiris, material atau spiritual semata-mata, pemikiran dan falsafah sejarah Islam adalah hasil gabungan daripada ketiga-tiga aspek tersebut dalam bentuk bersepadu, dan dengan mengambil kira unsur-unsur teologi dan metafizik. Namun, jika ilmu psikologi Barat diketepikan keseluruhannya, mungkin juga sebahagian daripada warisan Islam itu sendiri akan hilang kerana kebanyakan ilmu tentang kejiwaan diceduk dari hasil pemikiran sarjana-sarjana Islam seperti Ibn Sina dan Imam Al-Ghazali.
ZIKIR SEBAHAGIAN ASAS ILMU PSIKOLOGI ISLAM
Di zaman penuh pancaroba ini, hati manusia sentiasa keluh kesah dengan pelbagai masalah dan ujian. Pelbagai usaha digunakan untuk mencari ketenangan jiwa. Ada yang ke panggung wayang, ada yang makan, ada yang tidur dan seribu satu macam cara lagi. Namun, Islam sebenarnya telah ada formula penenang jiwa sejak 1400 tahun dahulu. Firman Allah swt dalam surah ar-Ra’d, ayat ke-28, maksudnya dengan berzikir, hati menjadi tenang.
Mungkin ramai yang tidak mahu mengakui kuasa zikir lantaran kemampuan ‘fikir’nya yang tidak menjangkaui hal-hal ghaib. Allah menjanjikan ganjaran yang banyak kepada orang yang sentiasa membasahi lidahnya dengan zikir. Sebagai perumpamaan, ucapan dua kalimah syahadah adalah lebih berat daripada seluruh isi dunia jika diletakkan di atas timbangan. Dengan menyebut nama-nama Allah dan sifat-sifatNya, seseorang akan diangkat darjatnya di sisi makhluk-makhluk Allah, dihapuskan dosa-dosa dan dijanjikan pahala yang melimpah ruah. Zikir juga merupakan perisai kepada syaitan dan jin.Beza orang yang berzikir dengan orang yang tidak berzikir umpama orang yang hidup dan orang yang mati. Hal ini diungkap dalam salah satu hadith Nabi saw. Belum percaya? Cubalah sendiri.
Mulakan dengan memaksa diri. Lama-kelamaan, mulut akan terbiasa dan akhirnya sertakan ucapan dengan hati (mengetahui makna dan fokus). Inilah yang disarankan oleh Imam Al-Ghazali hingga akhirnya beliau sendiri menemui Tuhannya. Satu langkah kita mendekati Allah, sepuluh langkah Allah mendekati kita. Apa yang lebih indah daripada mengenal
Zikir juga adalah sebahagian asas therapy ilmu psikologi Islam kerana terdapatnya kaedah penyaluran gelombang Micro static keseluruh sel-sel pancaindera dan seterusnya terbinalah apa yang dikatakan sebagai cetusan Pancaindera ke enam. Keseragaman aliran darah di antara jantung manusia ke Otak akan sentiasa mencetus aliran gelombang Micro static secara berterusan dan lancar Maka terbinalah juga satu medan Ultra Magnetic melingkari pada tubuh manusia yang boleh pula berfungsi sebagai tranfomers dan receivers. Kebolehan Penguasaan Minda dan Pembacaan minda adalah sebahagian keberkesanan hasil dari kaedah Pengamalan zikir.
ALLAH LEBIH HAMPIR?
Kajian oleh pakar-pakar kesihatan mendapati orang yang bermeditasi meningkatkan gelombang theta dalam otak. Gelombang ini dipancarkan seseorang apabila berada dalam keadaan tenang. Bahkan meditasi dapat mengurangkan tekanan dan risiko penyakit jantung. BERZIKIR juga merupakan satu bentuk meditasi, bahkan ia lebih daripada itu kerana Allah mengurniakan ganjaran pahala kepada mereka yang menyebut nama-Nya dengan ikhlas. Cubalah sendiri, insyaAllah anda pasti merasai kesan baik yang amat menakjubkan!