Saturday, July 2, 2011

DISEBALIK RAHSIA 7 PENCIPTAAN BINTANG / PERGERAKANNYA DAN 7 GOLONGAN


DrJaffry Hassan26hb Mei 9.43 ptg

 DrJaffry Hassan on Thursday, May 26, 2011 at 9:39pm

Segala kejadian bintang-bintang diciptakan Allah SWT pada hari “AHAD”

Firman Allah yang bermaksud:

“Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagimu, agar kamu menjadikannya petunjuk dalam kegelapan di darat dan di laut. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan tanda-tanda kebesaran Kami kepada orang-orang yang mengetahuinya.”(Al-An’am: 97)

Allah menjadikan bintang-bintang itu dalam tiga bentuk keadaan….

PERTAMA: Bintang yang dinamakan dengan Tsawabit atau bintang tetap, iaitu bintang-bintang yang tidak bergerak dan tidak terbenam. KEDUA: Bintang-bintang yang terbit dan terbenam.

KETIGA: Bintang-bintang yang beredar di tempat edarannya. Daripada tiga macam dan keadaan bintang tersebut itu, ada 7 bintang yang paling besar iaitu: ZUHAL, MUSYTARI, MARIKH, SYAMSU, ZAHROH, ATHARID DAN QOMAR. Kesemua bintang-bintang yang besar ini mempunyai tempat pengedarannya tersendiri. Qomar pada falak pertama, Atharid pada falak kedua, Zahroh pada falak ketiga, Syamsu pada falak keempat, Marikh pada falak kelima, Musytari pada falak keenam, Zuhal falak ketujuh.

Dengan demikian Allah telah menetapkan 7 falak di langit sebagai tempat beredar bagi 7 planet atau bintang tersebut, dan setiap bintang tersebut melakukan pengedarannya pada tiap-tiap 1000 tahun satu kali. Demikian pula halnya iaitu, 7 diantara para Rasul dan Nabi yang paling agong, gemilang dan mulia. Mereka adalah seperti Nabi Syaits a.s, Nabi Idris a.s, Nabi Ibrahim a.s, Nabi Musa a.s, Nabi Daud a.s, Nabi Isa a.s dan Nabi Muhammad SAW. Allah SWT memberikan keistimewaan kepada para Rasul dan Nabi tersebut dengan suhuf-suhuf dan kitab-kitab berbentuk lembaran. Nabi Syaits a.s mendapat 50 suhuf. Nabi Idris a.s mendapat 30 suhuf. Nabi Ibrahim a.s mendapat 20 suhuf. Nabi Musa a.s mendapat kitab Taurat. Nabi Daud a.s mendapat kitab Zabur. Nabi Isa a.s mendapat kitab Injil dan Nabi Muhammad SAW mendapat kitab Al-Quran.

Ketujuh-tujuh bintang tersebut tidak sama dalam zat peredarannya:

Qomar: Terbit pada falak pertama dan tinggal pada setiap buruj selama 2 ½ hari, sedangkan peredarannya mengelilingi falak seluruhnya dalam masa satu bulan.

Atharid: Terbit pada falak kedua, ia tinggal pada setiap buruj selama 15 hari, sedangkan peredarannya mengelilingi falak seluruhnya pada masa 10 bulan.

Zahroh: Terbit pada falak ketiga dan tinggal selama 25 hari pada setiap buruj dan peredarannya mengelilingi falak seluruhnya pada masa 10 bulan.

Syamsu: Terbit pada falak keempat, tempat tinggalnya pada setiap buruj selama sebulan dan beredar mengelilingi falak seluruhnya ditempuh dalam jangka setahun.

Marikh: Terbit pada falak kelima, tempat tinggalnya pada setiap buruj selama 50 hari dan beredar megelilingi falak seluruhnya selama 18 belas bulan.

Musytari: Terbit pada falak keenam dan tempat tinggalnya pada setiap buruj selama 13 tahun.

Zuhal: Terbit pada falak ketujuh falak ketujuh, tempat tinggalnya selama 2 tahun pada setiap buruj dan megelilingi falak seluruhnya dalam jangka 30 tahun.

Begitu juga umat Nabi Muhammad SAW akan terbahagi kepada 7 golongan iaitu Siddiqun, ‘Amilun, Budala’, Syuhadak, Rujjaj, Muthi’un dan ‘Ashun.

Golongan Siddiqun, akan melintasi siratulmustaqim seperti kilat.

Golongan ‘Amilun, akan melintasi seperti angin.

Golongan Budala’ akan melintasi seperti burung dalam masa yang cepat.

Golongan Syuhadak, akan melintasi seperti seekor kuda yang sedang kencang lariannya.

Golongan Hujjaj, akan melintasi dalam masa 1 hari.

Golongan Muthi’un, melintasinya dalam masa 1 bulan.

Golongan Ashun, setiap kali akan meletakkan kakinya pada Siratulmustaqim itu maka dosa-dosa yang dipikulnya menyebabkan ia hamper tergelincir ke dalam neraka. Api neraka ketika itu ingin membakarnya, namun cahaya iman yang ada dalam jiwanya dapat mengusir api neraka tersebut.

GOLONGAN AHLI KUBUR


DrJaffry Hassan26hb Mei 2.46 pagi

 DrJaffry Hassan on Thursday, May 26, 2011 at 2:43am

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan dari Muaz bin Jabal r.a bermaksud:

“Jika datang hari kiamat, hari kerugian atau hari penyesalan, maka umatku akan dihalau oleh Allah SWT dari kubur mereka menjadi 12 golongan

Golongan Pertama:

Mereka dihalau dari kubur mereka dengan keadaan tidak bertangan dan berkaki, kemudian mereka dipanggil ke hadapan Allah. Mereka ini terdiri dari orang-orang yang menyakiti jiran tetangga, dan mati sebelum bertaubat. Itulah balasan untuk mereka dan tempat kembali mereka adalah neraka.

Golongan kedua:

Mereka yang dibangkitkan dari kuburnya dengan rupa binatang atau berupa babi, dihadapkan kehadapan Allah untuk diadili. Mereka yang seumpama ini ialah orang-orang yang memudah-mudahkan serta memandang ringan tuntutan sembahyang, dan mati sebelum mereka sempat bertaubat. Kembali mereka bersama dengan penduduk neraka. Firman Allah dalam sura Al-Ma’uun ayat 4 dan 5 bermaksud: “Maka celakalah bagi orang-orang yang sembahyang, iaitu orang-orang yang melalikan sembahyangnya”

Golongan ketiga:

Orang-orang yang dibangkitkan dari kuburnya dalam keadaan perut mereka besar dipenuhi degan ular dan kala jengking sebelum dipanggil kepengadilan Allah. Mereka ini termasuk dalam golongan yang tidak mahu bayar zakat, dan mati sebelum bertaubat.

Golongan keempat:

Orang-orang yang dibangkitkan dengan keadaan darah yang mengalir dari mulutnya, isi perutnya keluar dengan api yang menyala-nyala dari mulut mereka serta keluar darah yang mengalir. Mereka seterusnya dibawa kepengadilan Allah, itulah orang-orang yang berdusta dan melakukan penipuan dalam perniagaan dan mati dengan tidak bertaubat.

Golongan kelima:

Golongan kelima pula ialah orang-orang yang dibangkitkan dari kubur dalam keadaan busuk melebihi bau bangkai. Kemudian dibawa kepada pengadilan Allah. Mereka ini terdiri dari orang-orang yang cuba merahsiakan kemaksiatan dan kejahatan yang mereka lakukan seolah-olah Allah tidak mengetahuinya.

Golongan keenam:

Ialah orang-orang yang dibangkitkan dari kubur dalam keadaan lehernya yang terputus-putus, juga dibawa kepengadilan Allah SWT. Mereka adalah orang-orang yang menjadi saksi palsu dan pendusta yang mati sebelum bertaubat.

Golongan ketujuh:

Ialah orang-orang yang dibangkitkan dari kuburnya dengan keadaan tidak berlidah, mulut mereka mengalir dengan darah dan tanah. Mereka dibawa kepengadilan Allah. Inilah keadaan orang-orang yang melarang dan mencegah orang lain memperkatakan dan membuat kesaksian terhadap sesuatu kebenaran. Mereka mati dalam keadaan belum bertaubat. Firman Allah bermaksud:

“Jika kamu dalam perjalanan (dan bermuamalah tidak secara tunai) sedang kamu tidak memperolehi seorang penulis, maka hendaklah ada barang tanggungan yang dipegang. Akan tetapi jika sebahagian kamu mempercayai sebahagian yang lain, maka hendaklah yang dipercayai itu menunaikan amanah (hutangnya) dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah kamu para saksi menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya, dan Allah Mhah Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”(Al-Baqarah: 238)

Golongan kelapan:

Ialah orang-orang yang dibangkitkan dari kuburnya dalam keadaan terpusing dengan kaki ke atas kepala, sementara pada faraj (kemaluan) mereka pula keluar nanah yang panas mendidih. Dalam keadaan begini ia dibawa ke hadapan Allah untuk mendapat balasan. Mereka inilah ialah orang-orang yang melakukan zina dan mati sebelum sempat bertaubat.

Golongan kesembilan:

Ialah orang-orang yang dibangkitkan dari kuburnya dalam rupa wajah yang hitam pekat dan matanya keluar dengan perut berisi api. Mereka ini ialah orang-orang yang memakan harta anak yatim dan mati sebelum bertaubat. Firman Allah SWT bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim sebenarnya mereka itu sengaja menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka).”(An-Nisa: 10)

Golongan kesepuluh:

Ialah orang-orang yang dibangkitkan dengan keadaan kulitnya berbelang-belang dan berkudis. Mereka dibawa kehadapan Allah dengan keadaan demikian. Mereka itulah orang-orang yang menyakiti kedua ibu bapanya dan mati sebelum bertaubat. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil, dan hamba sahaya mu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-bangga diri.”(An-Nisa’: 36)

Golongan kesebelas:

Ialah orang-orang yang dibangkitkan dari kubur mereka dalam keadaan yang buruk rupa, bergigi besar, bibir terkeluar keparas dada, lidah terkeluar dan perut mereka membuncit ke paras peha. Dan mereka dihadapkan ke pengadilan Allah. Mereka inilah orang-orang yang minum arak dan mati sebelum betaubat. Inilah balasan mereka dan dimasukkan ke neraka.

Golongan kedua belas:

Ialah orang-orang yang dibangkitkan dari kuburnya dengan muka berseri-seri, melintasi siratulmustakim secepat kilat. Mereka inilah orang-orang yang mengerjakan amal soleh, melarang dari melakukan maksiat, menunaikan taubat. Balasan mereka adalah syurga dengan keampunan dan rahmat Allah serta kekal di dalamnya. Firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan “Tuhan kami ialah Allah” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan) “janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasakan sedih, dan bergembiralah dengan syurga yang telah dijanjikan kepada mu.”(Fusilat: 30).

Semoga kita tergolong kepada golongan yang kedua belas insyaAllah….

SIFAT-SIFAT KIMIA DAN FIZIK ( AIR DAN KEHIDUPAN )



DrJaffry Hassan23hb Mei 11.00 ptg
 DrJaffry Hassan on Monday, May 23, 2011 at 10:56pm

Umum mengetahui bahwa air adalah substansi kimia dengan rumusan kimianya H20, satu molekul air tersusun atas dua atom hidrogen yang terikat secara kovalen pada atom oksigen. Air bersifat tidak berwarna, tidak berasa dan tidak berbau ( air tawa / air putih ) pada keadaan “ standard ”,iaitu pada tekanan 100 kPa (1 bar) dan suhunya 273.15 ( 0 o C ). Air merupakan zat kimia dan pelarut yang sangat penting, yang mempunyai kemampuan untuk melarut, menerima, membias serta banyak lagi zat kimia yang lain, seperti setiap organisasi sel, garam, gula, asam dan beberapa jenis gas serta bermacam-macam lagi molekul organik.

Keadaan air yang berbentuk cairan merupakan suatu bentuk keadaan yang umum dalam keadaan normal, lebih-lebih lagi dengan memperhatikan hubungannya mirip seperti dalam medan oksigen pada jadual berkala.Yang mengisyaratkan bahawa air seharusnya berbentuk gas, sebagaimana hidrogen sulfida. Dengan memerhatikan juga pada jadual berkala,terlihat bahawa unsure-unsur yang mengelilingi oksigen adalah nitrogen, flor, fosforus, sulfur dan klorin. Semua elemen-elemen ini apabila berikatan dengan hidrogen akan akan menghasilkan gas pada suhu dan tekanan biasa ( standard ). Alasan mengapa hidrogen berikatan dengan oksigen membentuk fasa berkeadaan cair, adalah kerana oksigen lebih bersifat elektronegatif berbanding elemen-elemen lain tersebut ( kecuali flor ).

Tarikan atom oksigen pada elektron-elektron ikatan jauh lebih kuat daripada yang dilakukan oleh atom hidrogen,meninggalkan jumlah muatan positif pada kedua-dua atom hidrogen, dan jumlah muatan negatif pada atom oksigen. Adanya muatan pada tiap-tiap atom tersebut membuat molekul air mempunyai momen dwikutub. Gaya tarik-menarik kuasa antara molekul-molekul air akibat adanya dwikutub ini masing-masing molekul saling berdekatan ( rapat ), membuatnya sukar untuk dipisahkan dan yang pada akhirnya menaikkan titik air didih. Gaya tarik-menarik ini pula disebut sebagai ikatan hidrogen.

moga dapat memberikan manfaat kepada pelajar2 sains dan juga anda semua....dlm menyingkap sedikit tentang rahsia dan kehebatan Maha Pencipta tentang kejadian air...

PENGITARAN YANG TERSIRAT DILANGIT



DrJaffry Hassan23hb Mei 2.58 ptg
 DrJaffry Hassan on Monday, May 23, 2011 at 2:56pm

Tanpa kita sedari bahawa kita sebenarnya telah dilindungi ataupun telah diselamatkan dengan lapisan-lapisan ozon tertentu bagi mendapatkan kehidupan yang selamat lagi harmoni, ini semua kerana kasih sayang dan rahmat Allah yang tidak terhingga yang telah dikurniakan kepada kita.

Ayat ke 11 dalam surah at-Tariq, merujuk kepada fungsi 'pembalikan' langit;

Demi langit yang mempunyai (sistem) pengitaran. (Surah at-Tariq;11).

Perkataan yang ditafsirkan sebagai 'kitaran' dalam penterjemahan Al-Quran juga bermaksud 'menghantar balik' atau 'pengembalian'.

Seperti yang diketahui, atmosfera yang mengelilingi bumi mengandungi beberapa lapisan. Setiap lapisan memberikan tujuan penting bagi faedah kehidupan. Kajian telah menunjukkan bahawa semua lapisan ini menjalankan fungsi pemantulan material atau sinaran yang bergerak ke arahnya keluar semula ke luar angkasa atau turun kembali ke bumi. Sekarang kita akan meneliiti beberapa contoh fungsi 'pengitaran' yang dimainkan oleh lapisan-lapisan yang mengelilingi ruang langit bumi.

Troposfera, setinggi 13 hingga 15 kilometer di atas permukaan bumi membantu mengkondensasikan wap air yang naik ke udara dari permukaan bumi sebagai titisan hujan. Lapisan ozon, pada ketinggian 25 kilometer, memancarkan semula sinaran merbahaya dan cahaya ultra violet yang datang dari luar angkasa kembali ke luar.



Lapisan ionosfera memancarkan liputan gelombang radio dari bumi kembali ke bahagian lain dalam bumi, sama seperti komunikasi satelit pasif, yang menyebabkan komunikasi tanpa wayar, radio dan siaran liputan televisyen dapat dilakukan untuk jarak yang lebih jauh.



Lapisan magnetosfera pula berfungsi mengembalikan zarah radioaktif merbahaya yang dipancarkan oleh matahari dan bintang-bintang lain kembali semula ke angkasa lepas sebelum sampai ke bumi. Fakta mengenai sifat-sifat lapisan-lapisan atmosfera, yang baru diketahui baru-baru ini telah diumumkan berabad lamanya dalam Al-Quran, sekali lagi menunjukan bahawa Al-Quran sebenarnya adalah kata-kata Maha Suci Allah.

PENCIPTAAN "FALAK" DAN PECAHAN 7 PENCIPTAAN



DrJaffry Hassan22hb Mei 3.21 ptg
 DrJaffry Hassan on Sunday, May 22, 2011 at 3:10pm

Penciptaan falak atau "tempat jalan bintang-bintang" telah diciptakan khasnya pada hari Ahad. Firman Allah; "Yang telah mencipakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sesekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang?" (Al-Mulk: 3) 

Pada mulanya langit-langit itu masih berbentuk asap. Sebagaimana dalam firman Allah-Nya: 

"Kemudian Dia menuju kepada Penciptaan langit dan langit itu masih merupakan asap, lalu Dia berkata kepadanya dan kepada bumi; "Datanglah kamu keduanya menurut perintah-Ku dengan suka hati atau terpaksa." Keduanya menjawab: "Kami datang dengan suka hati." (Fushshilat: 11). 

Selanjutnya diriwayatkan bahawa Allah menjadikan dari asap itu menjadi tujuh bahagian. Iaitu 1) bahagian AIR, 2) EMBUN, 3) PERAK, 4) EMAS, 5) MUTIARA, 6) MIRA DELIMA DAN 7) BESI. Subhanallah.... 



Kemudian Allah SWT menciptakan dari satu asap, tujuh lapisan langit yang satu dengan lainnya berbeza-beza. Tetapi yang lebih unik lagi air yang diturunkan Allah dari langit yang berfungsi menghidupkan bumi yang tandus. Dari setiap titisan itu tumbuh berbagai-bagai jenis tumbuh-tumbuhan, ada yang berwarna MERAH, KUNING, HITAM, PUTIH dan lain-lainnya. Kemudian daripada tumbuh-tumbuhan itu telah menghasilkan buah yang berbeza-beza rasanya iaitu MANIS, MASAM, PAHIT dan sebagainya. 

Firman Allah bermaksud: 

"Di bumi ini terdapat bahagian-bahagian yang berdampingan, dan kebun-kebun anggur, tanam-tanaman dan pohon tamar yang bercabang disirami disirami dengan air yang sama. Kami melebihkan tanam-tanaman itu atas sebahagian yang lain tentang rasanya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir." (Ar-Ra'ad; 4).....

PENYEMBUHAN MUTLAK DALAM HIKMAH PERTIMBANGAN SUNNAH



DrJaffry Hassan22hb Mei 1.55 pagi
 DrJaffry Hassan on Sunday, May 22, 2011 at 1:52am

Firman Allah S.W.T

"Dan apabila aku sakit Dialah(Allah) yang menyembuhkan".

Penyakit sebenarnya "makhluk" yang diciptakan oleh Allah untuk menguji hamba-hambanya. Oleh itu penyakit datangnya dari Allah dan hanya Allahl sahajalah yang menghilangkan serta menyembuhkannya.Salah satu Asma' Allah adalah "Ad-Dhor" maknanya Yang Maha Memberi Mudhorat," An-Nafe' " maknanya Yang Maha Memberi Manfaat dan "As-Shafi " maknanya Yang Maha Penyembuh. Oleh yang demikian penyakit datangnya dari Allah pencipta sekian alam dan kesembuhannya juga datangnya dari Allah juga. Hakikatnya, di dalam ilmu perubatan Islam sebagaimana yang diwahyukan kepada Rasuluullah S.A.W dan Firman Allah S.W.T yang bermaksud: " Dan sesungguhnya Kami (Allah dan para malaikat) telah menurunkan Al-Quran sebagai Syifa (penyembuh) dan Rahmat kepada orang-orang Beriman...", melalui bukti / dalil inilah kita seharusnya menjadikan Al-Quran sebagai perantara dan perintah Allah dalam merawat penyakit dan kesembuhannya itu sendiri daripada Allah S.W.T.

Perubatan Kesufian Islam menerangkan penyakit atau kesihatan tubuh manusia bermula dari Rohnya.Seorang yang sihat adalah seorang yang tidak memiliki penyakit-penyakit rohani yakni sifat-sifat mazmumah / tercela ( seperti; syirik, nifaq, riya’, ujub, takabur, hubbud dunia,dll) dan juga tidak memiliki penyakit fizikal / lahiriah (seperti melakukan amalan mengikut hawa nafsu kerana hasutan syaitan,melakukan bida’ah dan perbuatan sia-sia dll).Di zaman kehidupan Rasullullah S.A.W dan Para Sahabat adalah merupakan zaman kemajuan perubatan Islam.Mereka merupakan pengamal-pengamal perubatan Islam yang paling pakar.Di zaman itu semua para sahabat dan sahabiah merupakan orang-orang yang sihat.

Sumber kekuatan sesuatu penyembuhan adalah daripada Zat Allah. Allah merupakan Tabib Yang Haqiqi. Allah merupakan Zat Yang Maha Kuasa lagi Maha Kaya. Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.Maha Mendengar lagi Maha Melihat.Maha Menghidupkan lagi Maha Mematikan.Maha Pemelihara lagi Maha Gagah. Allah memiliki segala sifat kesempurnaan. Oleh yang demikian tumpuan kita sudah sepatutnyalah, hanya kepada Allah untuk memperolehi sebarang penyembuhan.

Di zaman Rasullullah S.A.W semua jenis penyakit dapat disembuhkan dengan hanya perantaaraan Al-Quran dan doa yang diajarkan oleh Rasullullah SAW sendiri kepada para Sahabat r.a.

Ubai bin Kaab r.ahu meriwayatkan

" Sewaktu kami bersama Rasullullah S.A.W datang seorang badwi kepada baginda S.A.W seraya berkata:" Ya Rasullullah saya mempunyai seorang saudara yang ditimpa penyakit."Baginda bertanya: "Penyakit apa "?Jawabnya: "Sejenis gila" Rasulullah S.A.W meminta orang tersebut membawa saudaranya kepada Baginda. Maka Baginda telah membacakan Ayat-ayat Al-Quran. Kemudian pesakit itu pun terus bangun dan pergi dari situ.Pesakit itu telah sembuh dari penyakitnya”.

Begitulah penghayatan dan pengamatan serta kemuliaan cara baginda Nabi SAW menangani sesuatu permasalahan dan penyakit dengan menitik beratkan “Hukum Pertimbangan Sunnah”.

PENYAKIT DAN DEFINASINYA / HUKUM PERTIMBANGAN SUNNAH

 DrJaffry Hassan on Sunday, May 22, 2011 at 1:17am

"Pertimbangan Sunnah” bermaksud merawat penyakit mengikut kaedah kemuliaan Al-Quran dan kebijaksanaan cara dan Sunnah Nabi SAW menyelesaikan segala permasalahan dan penyakit.



Pengamalan perubatan Hayat(khususnya perubatan moden) menyatakan bahawa suatu penyakit adalah berpunca sama ada disebabkan oleh kegagalan sistem anatomi atau kerosakan sistem fisiologi. Mereka menganggap punca segala penyakit adalah akibat daripada gangguan ketidakseimbangan dalam badan dan tujuan objektif perubatan dan perawatan adalah hanya memfokuskan bagaimana untuk mengembalikan ketidakseimbangan tersebut. Perubatan Hayat tidak menerima punca sesuatu penyakit sekiranya dikatakan bahawa penyakit berasal daripada luar anatomi dan gangguan fisiologi. Oleh itu perubatan hayat(moden) hanya memfokuskan diagnosisnya khusus kepada penilaian jasmani. Ia tidak menimbangkan lagi kaedah-kaedah lain seperti rohaniah di dalam menerangkan serta menentukan jenis dan punca sebenar sesuatu penyakit. 



Akademi Minda Holistik AMH percaya bahawa penyakit juga adalah suatu bentuk tenaga, selain daripada gangguan-gangguan yang lain. Prinsip atau hukum tenaga menyatakan bahawa "tenaga berada dimana-mana, ianya tidak boleh dicipta dan dimusnahkan, malah tenaga boleh di tukarkan kepada bentuk yang lain", dengan kata lain tenaga boleh dialihkan atau diubahkan kepada bentuk ruang atau tempoh hayatnya kepada keadaan realiti serta selamat. Setiap apa pun keadaan zat maupun jisim kejadian daripada Allah SWT, semuanya mempunyai hikmah, manfaat atau kebaikan kepada setiap makhluknya. Begitu juga dengan kejadian alam maya yang sangat tersusun, harmoni dan penuh dengan keseimbangan serta kestabilannya.

AMH telah mengambil pendekatannya tentang teori “ruangmasa” dan tenaga dalam simbolik “miracle” dengan rahsia “Pertimbangan Sunnah” sebagai konsep atau kaedah dalam menangani segala permasalahan dan bukanlah hanya kepada kegagalan kepada sistem anatomi maupun kerosakan kepada sisitem fisiologi, baik dari segi penyakit, segala tekanan dan juga masalah kerohanian.

Di dalam kerukunan atau tertib sesuatu apa pun kejadian jisim, ia pasti bermulanya daripada titik keseimbangan(ruang) dan akhirnya berbalik juga kepada keadaan kestabilan atau keharmonian(masa), begitu jua lah keadaan jaringan-jaringan elektron yang akan mencari pasangan-pasangan protonnya, kestabilan graviti dan cas-cas positif dan negatif. Inilah rahsia hukum pantulan atau pembalikan dan hukum keseimbangan alam fizikal semulajadi ataupun di panggil Undang-undang “Thermodynamic” atau “Hukum Pertimbangan Sunnah”.



“MASA" / HUKUM TENAGA MENGUASAI PENYAKIT

Secara jelasnya untuk kita memahami tentang hukum tenaga suatu penyakit yang boleh diubah kepada suatu tenaga yang harmoni dan selamat ialah sepertimana yang tercatat di dalam “Qadar” iaitu “Takdir Mu’allaq” bermaksud “Takdir yang belum pasti”. Umpamanya, jika seseorang itu usianya 60thn (ruang), tetapi jika ianya menghubungkan siraturrahim (masa) yang sudah terputus, maka umurnya ditambahkan 30 tahun lagi, ataupun ianya telah ditetapkan seseorang itu dimasukkan ke dalalm neraka (ruang), tetapi jika ia banyak “berdoa” (masa) kepada Allah agar dijauhkan daripada api neraka, maka ia akan dimasukkan ke dalam syurga Allah.

Begitu jugalah keadaannya kepada sesuatu musibbah, penyakit dan juga sebarang tekanan, sekiranya kita banyak berdoa dengan tawajjuh dan rendah hati.

Di dalam Al-Quran Allah BerFirman;

“Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan (apa yang Dia kehendaki) dan disisi-Nya terdapat Ummul Kitab ( Luh Mahfuzh )”(Ar-Ra"ad, 39).

Merujuk kepada Tafsir Qurtubi, semua takdir Allah yang telah tertulis di Luh Mahfuzh itu boleh dihapuskan oleh Allah jika Ia menghendakinya, ataupun Allah tetapkan saja sesuai dengan kehendak-Nya.

Kemudian yang dapat merubah takdir yang tertulis dalam Luh Mahfuzh itu adalah “doa” dan “perbuatan baik”. 

Nabi SAW bersabda;

“Tiada yang boleh menolak takdir selain doa, dan tiada yang boleh memanjangkan umur kecuali perbuatan baik”.(Riwayat Tirmizi)

Begitu jugalah menghubungkan sirraturrahim boleh juga mengubahkan takdir. Umur yang pendek boleh dipanjangkan oleh Allah, rezeki yang sukar akan dimudahkan ole Allah SWT.

Dari Anas bin Malik beliau berkata, Bersabda Rasulullah SAW;

“Barangsiapa yang suka banyak rezekinya dan lambat datang ajalnya maka hendaklah ia menghubungkan sirraturrahim.”(Riwayat Bukhari dan Muslim). Sesungguhnya “Qadha” iaitu hukum Allah tentang mewujudkan sesuatu dengan segala sifat sesuatu itu. Sedangkan “Qadar” iaitu ilmu Allah di zaman

( sebelum terjadi sesuatu ) tentang sifat-sifat dan ketentuan-Nya