Akademi Minda Holistik

Kehidupan yang HARMONI dalam TERTIB Ruang Masa Pertimbangan Sunnah


Saturday, May 7, 2011

Mini Seminar Perubatan Sunnah - Perubatan Islam adalah Perubatan Moden


Sebuah seminar yang akan mendedahkan kaedah dan tertib serta etika perubatan sunnah yang diamaalkan dan dianjurkan oleh al-quran, as-Sunnah, para sahabat dan ulama'

Adakah Perubatan Islam sekadar mengubati masalah jiwa? Hanya melawan jin, saka dan santau?

Adakah perubatan Islam menolak sains dan kaedah moden?
...
Adakah kita wajib untuk berubat dengan perubatan Islam dan apakah hukumnya berubat dengan kaedah lain?


Dengan seminar ini, segala persoalan diatas akan terjawab dan anda akan dapat Memahami serta membezakan diantara Perubatan Sunnah dan Perubatan Al- Quran serta Perubatan Islam yang lain.

Selain itu anda juga akan dapat memahami kaedah perubatan yang dianjurkan dan diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Ketahuilah bahawa nabi tdak pernah sakit...

Siapa yang perlu hadir?
Pelajar, Pengamal Perubatan moden mahupun alternatif, Jururawat, Ibu-bapa, ustaz, ustazah, guru, orang awam yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan prubaan sunnah.

Sertai sekarang....

Penceramah : Fyrol Ikram Othman
Prof Jaffry Hassan

Tempat : Tempat : No 18-3
jalan delima 11,wangsa maju
Kuala Lumpur
(sebaris CIMB, berdepan Wangsa Walk)


Masa : 9.00pg - 1.00ptg

Yuran : RM 50.00

No akaun Maybank : 158 284 031 700

Hubungi Fyrol Ikram Othman. 013-3882726 untuk pendaftaran (100 peserta terawal sahaja)

http://amh-edu.webs.com/
http://akademimindaholistik.blogspot.com/

Posted by Akademi Minda Holistik 013-3882726 at 11:35 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, May 6, 2011

ADAP DAN CARA TIDUR NABI SAW

DrJaffry Hassan01hb Mei 1.27 pagi
by DrJaffry Hassan on Friday, April 15, 2011 at 12:14am

Rasulullah s.a.w bersabda: Maksudnya:

“Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu, lalu kamu berdoa “Ya Allah, aku serahkan diriku kepadamu dan aku serahkan urusanku kepadamu, serta aku memohon perlindunganmu dan mengharapkan pahalamu. Tiada tempat untuk berlindung adan tiada jalan selamat selain kembali kepadamu. Ya Allah,aku beriman kepada kitabmu yang telah engkau turunkan dan kepada Nabi yang telah engkau utus”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadith disebut, sesiapa yang tidur dalam keadaan berwuduk, malaikat akan tidur bersamanya. Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda,

“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci’”

Tidur mengiring ke kiri tidak elok kerana jantung kita ketika itu dihimpit oleh paru-paru kanan yang lebih besar dari paru kiri. Pengamalan tidur sebegini akan menyebabkan gangguan kepada sistem pengaliran darah daripada jantung (alteri) terganggu, mengganggu sistem perut (pencernaan), penyahtinjaan terganggu (pembuangan air besar / sembelit), menyebabkan keletihan dan lesu apabila bangun pagi dan ilham terganggu serta banyak lagi mudaratnya.....
Posted by Akademi Minda Holistik 013-3882726 at 7:31 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

PENCIPTAAN "FALAK" DAN PECAHAN 7 PENCIPTAAN


DrJaffry Hassan01hb Mei 2.31 pagi
by DrJaffry Hassan on Sunday, May 1, 2011 at 2:26am

Penciptaan falak atau "tempat jalan bintang-bintang" telah diciptakan khasnya pada hari Ahad. Firman Allah; "Yang telah mencipakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sesekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang?" (Al-Mulk: 3)

Pada mulanya langit-langit itu masih berbentuk asap. Sebagaimana dalam firman Allah-Nya:

"Kemudian Dia menuju kepada Penciptaan langit dan langit itu masih merupakan asap, lalu Dia berkata kepadanya dan kepada bumi; "Datanglah kamu keduanya menurut perintah-Ku dengan suka hati atau terpaksa." Keduanya menjawab: "Kami datang dengan suka hati." (Fushshilat: 11).

Selanjutnya diriwayatkan bahawa Allah menjadikan dari asap itu menjadi tujuh bahagian. Iaitu 1) bahagian AIR, 2) EMBUN, 3) PERAK, 4) EMAS, 5) MUTIARA, 6) MIRA DELIMA DAN 7) BESI. Subhanallah....

Kemudian Allah SWT menciptakan dari satu asap, tujuh lapisan langit yang satu dengan lainnya berbeza-beza. Tetapi yang lebih unik lagi air yang diturunkan Allah dari langit yang berfungsi menghidupkan bumi yang tandus. Dari setiap titisan itu tumbuh berbagai-bagai jenis tumbuh-tumbuhan, ada yang berwarna MERAH, KUNING, HITAM, PUTIH dan lain-lainnya. Kemudian daripada tumbuh-tumbuhan itu telah menghasilkan buah yang berbeza-beza rasanya iaitu MANIS, MASAM, PAHIT dan sebagainya.

Firman Allah bermaksud:

"Di bumi ini terdapat bahagian-bahagian yang berdampingan, dan kebun-kebun anggur, tanam-tanaman dan pohon tamar yang bercabang disirami disirami dengan air yang sama. Kami melebihkan tanam-tanaman itu atas sebahagian yang lain tentang rasanya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir." (Ar-Ra'ad; 4).....
Posted by Akademi Minda Holistik 013-3882726 at 7:30 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Mengenal Personaliti Diri Melalui “Pertimbangan Sunnah”


DrJaffry Hassan01hb Mei 12.08 ptg
by DrJaffry Hassan on Wednesday, April 13, 2011 at 9:51pm

Manfaat Mengenal Unsur ( Personaliti ) Diri.......

Mengenal personaliti dalam Pertimbangan Sunnah dan unsur atau asas kejadian manusia serta mengkaji sedikit tentang potensi perwatakan diri, semakin menggambarkan keadaan seseorang itu kepada rasa semakin hening, rasa sabar, rasa keikhlasan dan ketelusan serta semakin rasa bersyukur kepada Maha Pencipta akan kebesaran penciptaan sekelian makhluk-Nya.

Firman Allah SWT bermaksud;

“Sesungguhnya kamu melalui tingkat demi tingkat (dalam kehidupan). Mengapa mereka tidak mahu beriman.”

( Al-Insyiqaq; 19-20)

Sebahagian ulama mengatakan bahawa tujuh anggota tubuh manusia itu adalah daripada susunan dan tingkatan kejadian otak, urat, saraf, tulang belulang, daging, darah dan kulit. Pandangan ulama yang lain juga mengatakan bahawa susunan-susunan kebaikan itu dibahagikan kepada tujuh bahagian lagi, iaitu kehalusannya, keelokan, sinar, cahaya terang, kegelapan, kelembutan dan kebersihannya.

Sesungguhnya ketika Allah SWT menciptakan alam semesta, maka Allah membahagikan-bahagikan kebaikan terhadap keindahan penciptaan-Nya. Kehalusan diberikan Allah kepada syurga, keelokan diberikan Allah kepada bidadari, sinar diberikan Allah kepada matahari. Nur dan cahaya diberikan Allah kepada bulan.

Firman Allah bermaksud;

“Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya.”

(Yunus; 5)

Kemudian kegelapan Allah berikan kepada malam, kelembutan Allah berikan kepada air, kebersihan Allah berikan kepada udara. Demikian juga Adam Hawa Allah ciptakan dengan dihiasi kehalusan pada rohnya, manakala keelokannaya Allah ciptakan pada pipinya, sinar pula pada mukanya. Cahaya pada matanya, kegelapan pada rambutnya, dan akhirnya kelembutan pada hatinya dan kebersihan pada sanubarinya.

Manusia adalah ciptaan (binaan) Allah yang paling sempurna, kukuh dan yang terkumpul pada diri manusia itu segala sesuatu yang ada pada keseimbangan alam ini. Kesempurnaan keseimbangan kejadian suatu penciptaan itu, menandakan kebesaran yang Maha Agong keatas susunan penciptan-Nya yang maha adil dan saksama.

Keseimbangan ini adalah seperti berikut;

1) Jika angkasa mempunyai matahari dan bulan maka manusia mempunyai dua buah mata.

2) Jika diangkasa juga mempunyai deretan bintang-bintang maka manusia juga mempunyai susunan gigi yang sangat rapi.

3) Jika keadaan langit mempunyai qatrah (titisan hujan), maka pada mata manusia juga mempunyai abrah (air mata)

4) Jika dilangit mempunyai suara petir, maka pada diri manusia juga ada sura bersin.

5) Jika dibumi ada kestabilan, maka pada diri manusia juga mempunyai ketenangan.

6) Jika dibumi ada sungai-sungai, maka pada diri manusia ada urat-uratnya, sedangkan rerambut bagaikan rumput-rumput serta pelbagai lagi kejadian keseimbangan Allah kepada seluruh penciptaan-Nya.

Mengenal diri atau personaliti kita dalam Pertimbangan Sunnah bermakna kita semakin mengenal Maha Pencipta. Semakin kita mengenali diri kita maka semakin dekatlah kita mengenali Allah. Mengenali diri dengan ragam, perangai, tingkah laku, cara berfikir, perasaan, semangat, perlakuan dan tindak tanduk setiap individu.
Posted by Akademi Minda Holistik 013-3882726 at 7:29 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

JAWAPAN YANG TELUS


DrJaffry Hassan02hb Mei 11.11 ptg
by DrJaffry Hassan on Thursday, January 6, 2011 at 2:11am

Di kala kita sedang mencari sesuatu jawapan yg pasti dan tepat, selalunya kita akan di bayangi oleh pelbagai persepsi, mengapakah ini sering terjadi? sesungguhnya jawapan dan rahsianya terletak d waktu kita sering/sdg bersujud dgn kusyuk d waktu solat khususnya d waktu tengah malam(sujud terakhir yg lama), kerana dgn cara sebegini pengaliran darah dan oksigennya akan berlaku dgn baik drpd medulla hinggalah ke ubun-ubun(pineal gland) dan ketika ini jugalah berlakunya peleraian kpd gas-gas lengai dan karbon dioksida yg menganggu sistem perut serta byk lagi kebaikannya. Di samping itu semangat, keyakinan serta keceriaan semakin terserlah dan ketika itulah apabila kita mencari atau memberi jawapan bukannya dgn persepsi akan tetapi dari ILHAM yang sangat hening dan insyaAllah tepat. Semoga anda semua d berkati Allah. AMIN
Posted by Akademi Minda Holistik 013-3882726 at 7:26 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

GEMA BUNYI AIR LAUT

DrJaffry Hassan03hb Mei 2.00 pagi
by DrJaffry Hassan on Tuesday, May 3, 2011 at 1:53am
Seperti juga cahaya, bunyi juga boleh dipantulkan. Bunyi yang dipantulkan dari sesuatu permukaan dikenali sebagai gema. Penyerap bunyi yang paling baik adalah air. Pemantul bunyi yang paling cekap adalah garam. Apabila garam dan air bersatu berlakulah satu gema bunyi yang anda tidak mampu untuk mendengarnya. Pernahkah anda menyelam ke dalam air laut dan mendengar bunyi gema yang dikeluarkan? Telinga anda akan dapat mengesan gema bunyi garam yang ditapis atau disaring oleh air laut yang sebenarnya akan menjadi terapi getaran semula jadi yang menakjubkan. Inilah rahsia dan Sunnah terapi berenang dalam Pertimbangan Sunnah. 

Benarkah suatu masa nanti seluruh semenanjung Tanah Arab dijangka akan menjadi sebuah kawasan yang amat subur? Ini berdasarkan teori Pencairan Ais dan berlakulah banjir besar dan Laut Mati yang didapati berada di bawah paras laut akan tenggelam sepenuhnya. Teori ini juga membuktikan bahawa apabila ais bertemu garam maka terjadi kesuburan yang sangat luar biasa. Sebaliknya seluruh persekitaran dunia yang lain akan menjadi kemarau dan kering kontang. Mungkin manusia berhijrah dan bersatu atau bertemu di kawasan ini yang digambarkan kawasan yang paling subur dan amat luas.
Posted by Akademi Minda Holistik 013-3882726 at 7:25 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

10 CARA MENCINTAI ALLAH

DrJaffry Hassan06hb Mei 11.06 pagi
by DrJaffry Hassan on Sunday, April 17, 2011 at 11:12pm

Bismillahirrahmanirrahim...................

Semoga kita senantiasa mendapatkan kecintaan Allah, itulah yang seharusnya dicari setiap hamba dalam setiap detak jantung dan setiap nafasnya.

Sesungguhnya setiap orang pasti ingin mendapatkan rasa kecintaan dari Allah SWT. Lalu bagaimanakah caranya untuk mendapatkan kecintaan tersebut. Ibnul Qayyim rahimahullah menyebutkan beberapa hal untuk mendapatkan maksud CINTA tersebut dalam kitab beliau Madarijus Salikin.

Pertama, membaca Al Quran dengan merenungi dan memahami maknanya. Hal ini boleh dilakukan sebagaimana seseorang memahami sebuah buku iaitu dia menghafal dan harus mendapat penjelasan terhadap isi buku tersebut. Ini semua dilakukan untuk memahami apa yang dimaksudkan oleh si penulis buku. Maka begitu pula jua yang dapat dilakukan terhadap Al Quran.

Kedua, mendekatkan diri kepada Allah dengan mengerjakan ibadah yang sunnah, setelah mengerjakan ibadah yang wajib. Dengan inilah seseorang akan mencapai tingkat yang lebih mulia iaitu menjadi orang yang mendapatkan kecintaan Allah dan bukan hanya sekedar menjadi seorang pecinta.

Ketiga, terus-menerus mengingat Allah dalam setiap keadaan, baik dengan hati dan lisan atau dengan amalan dan keadaan dirinya. Ingatlah, kecintaan pada Allah akan diperoleh sekadar dengan keadaan berzikir kepada-Nya.

Keempat, lebih mendahulukan kecintaan pada Allah daripada kecintaan pada dirinya sendiri ketika dia dikuasai hawa nafsunya. Begitu pula dia selalu ingin meningkatkan kecintaan kepada-Nya, walaupun harus menempuh berbagai kesulitan.

Kelima, merenungi, memperhatikan dan mengenal kebesaran nama dan sifat Allah. Begitu pula hatinya selalu berusaha memikirkan nama dan sifat Allah tersebut berulang kali. Barangsiapa mengenal Allah dengan benar melalui nama, sifat dan perbuatan-Nya, maka dia pasti mencintai Allah. Oleh karena itu, mu’athilah, fir’auniyah, jahmiyah (yang kesemuanya keliru dalam memahami nama dan sifat Allah), jalan mereka dalam mengenal Allah telah terputus (karena mereka menolak nama dan sifat Allah tersebut).

Keenam, memperhatikan kebaikan, nikmat dan karunia Allah yang telah Dia berikan kepada kita, baik nikmat lahir maupun batin. Inilah faktor yang mendorong untuk mencintai-Nya.

Ketujuh, -inilah yang begitu istimewa, iaitu menghadirkan hati secara keseluruhan tatkala melakukan ketaatan kepada Allah dengan merenungkan makna yang terkandung di dalamnya.

Kelapan, menyendiri dengan Allah (bertahajud) di saat Allah turun ke langit dunia pada sepertiga malam yang terakhir untuk beribadah dan bermunajat kepada-Nya serta membaca kalam-Nya (Al Quran). Kemudian mengakhirinya dengan istighfar dan taubat kepada-Nya.

Kesembilan, duduk bersama orang-orang yang mencintai Allah dan bersama para shidiqin. Kemudian memetik perkataan mereka yang seperti buah yang begitu nikmat. Kemudian dia pun tidaklah mengeluarkan kata-kata kecuali apabila jelas maslahatnya dan diketahui bahwa dengan perkataan tersebut akan menambah kemanfaatan baginya dan juga bagi orang lain.

Kesepuluh, menjauhi segala sebab yang dapat mengahalangi antara dirinya mencintai Allah SWT. 

Semoga kita senantiasa mendapatkan kecintaan Allah, itulah yang seharusnya dicari setiap hamba dalam setiap detak jantung dan setiap nafasnya. Ibnul Qayyim mengatakan bahwa kunci untuk mendapatkan itu semua adalah dengan mempersiapkan jiwa (hati) dan membuka mata hati

Moga Allah mencintai kita lebih daripada kita mencintai-Nya…..
Posted by Akademi Minda Holistik 013-3882726 at 7:23 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

HAKIKAT SUSUNAN SIFAT KEJADIAAN 7 PENCIPTAAN


DrJaffry Hassan30hb April 11.25 pagi
by DrJaffry Hassan on Monday, March 21, 2011 at 1:25am
Firman Allah SWT bermaksud;

"Sesungguhnya kamu melalui tingkat demi tingkat (dalam kehidupan). Mengapa mereka tidak mahu beriman."(Al-Insyiqaq; 19-20)

Para ulama' berpendapat bahawa kebaikan itu dibahagikan kepada 7 bahagian iaitu...kehalusan, keelokan, sinar, cahaya terang, kegelapan, kelembutan dan kebersihan.

Ketika Allah menciptakan alam semesta, maka Allah membahagi-bahagikan kebaikan dan kemurnian terhadap penciptaannya.

1)Kehalusan diberikan Allah kepada syurga.

2)Keelokkan diberikan Allah kepada bidadari.

3)Sinar diberikan Allah kepada matahari.

4)Nur atau cahaya diberikan kepada bulan.

5)Kegelapan Allah berikan kepada malam.

6)Kelembutan Allah berikan kepada air,

7)Kebersihan Allah berikan kepada udara.

Demikian jugalah Nabi Adam dan Hawa Allah ciptakan dengan hiasan kehalusan pada rohnya, keelokkan pada pipinya, sinar pada mukanya, manakala cahaya pada matanya, kegelapan pada rambutnya, kelembutan pada hatinya dan kebersihan pada sanubarinya.

Sesungguhnya penciptaan Maha Agong Allah SWT juga kepada sifat kejadian alam semula jadi dan manusia mempunyai sifat atau pasangannya yang amat tersusun dengan turutan yang sempurna. Umpamanya, 

1)Jika langit mempunyai qatrah (titisan hujan) dan manusia pula mempunyai abrah (air mata).

2)Jika dilangit ada suara petir, maka pada diri manusia pula ada suara bersin.

3)Jika bumi ada kestabilannya, maka pada diri manusia juga ada ketenangannya.

4)Jika di bumi ada sungai-sungainya, maka pada diri manusia ada laluan urat-uratnya, sedangkan rambut bagaikan rumput-rumputnya, dan pelbagai lagi hakikat kebesaran dan kehebatan penciptaan dari yang Maha Esa.
Posted by Akademi Minda Holistik 013-3882726 at 7:22 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

INDAHNYA PERGAULAN NABI SAW


DrJaffry Hassan26hb April 12.51 pagi
by DrJaffry Hassan on Tuesday, April 26, 2011 at 12:44am

Rasulullah saw. memberi salam kepada sesiapa sahaja yang ditemui diperjalanan. Selalunya ia mendahului memberi salam. Apabila Baginda saw. mengirim utusan kepada seseorang ia mengiringinya dengan ucapan salam. Begitu juga apabila ia menerima perutusan, ia akan mengucapkan salam kepada kedua –dua pengirim dan utusan.

Apabila ia melintasi kumpulan kanak-kanak , Nabi SAW mengangkat tangan sebagai tanda hormat. Begitu juga apabila ia melintasi kumpulan wanita.

Nabi saw. mengucapkan salam kepada setiap orang di dalam rumah ketika hendak meninggalkan mereka begitu juga ketika masuk. Baginda bersalam dengan sahabat-sahabat dan memeluk mereka bahkan kadang-kadang mencium dahi mereka. Apabila berjabat tangan ia tidak akan menarik tangannya sehingga orang lain melepaskannya terlebih dahulu.

Di dalam majlis, Rasulullah saw memilih tempat duduk di penjuru. Nabi SAW tidak akan melangkah orang lain untuk pergi ke hadapan.

Nabi saw. pernah bersabda, “Aku duduk seperti mana seorang hamba patut duduk”. Baginda saw. tidak membenarkan orang lain bangun untuk menghormatinya. Apabila seseorang datang menziarahinya, beliau menghamparkan sehelai kain untuk diduduki tetamu itu dan tidak meninggalkannya bersendiriian. Beliau melayani setiap tetamu yang datang dengan sopan walaupun orang itu berperangai buruk.

Pada sesetengah waktu Rasulullah saw. bersembang dengan sahabat-sahabat menceritakan kisah –kisah lama sebelum Islam dan Baginda saw. ikut ketawa apabila ada perkara-perkara lucu diceritakan. Apabila Rasulullah saw. mendapati wajah pendengarnya tidak berminat dengan tajuk perbicaraannya Nabi SAW akan mengubah ke topik cerita yang lain. Rasulullah saw. memberi perhatian kepada orang yang bercakap dengannya walaupun kadang-kadang tajuk perbualan itu tidak digemarinya. Kemudian ia memberi nasihat secara umum kepada orang itu.

Apabila Nabi saw. menziarahi seseorang , ia akan memberi salam dan meminta izin . Sekiranya waktu malam Baginda akan memberi salam secara yang dapat didengar oleh orang yang jaga dan tidak mengannggu orang yang tidur. Sekira beliau tidak menerima jawapan ia kembali tanpa merasa hampa.

Rasulullah saw sangat mengambil berat menziarahi orang sakit. Nabi saw. duduk disisinya , bertanya khabar tentang kesihatannya, melatakkan tangannya di atas dahi pesakit. Baginda saw. akan menenangkan pesakit dengan kata-kata “ InsyaAllah kamu akan sembuh segera. ” Kadang-kadang Rasulullah saw berdoa untuk pesakit yang diziarahinya. Nabi saw. juga menziarahi pesakit yang bukan Islam. Pernah Nabi saw. menziarahi seorang kanak-kanak Yahudi yang sakit. Kemudiannya budak Yahudi itu memeluk islam. Jikalau orang yang sakit itu hendak makan sesuatu, Rasulullah saw. akan mengirim makanan tersebut.

Terlalu banyak sifat terpuji Rasulullah saw. untuk digambarkan. Apa yang penting, pada diri Rasulullah saw itu adalah contoh tauladan yang sangat baik untuk kita mengikutinya.....
Posted by Akademi Minda Holistik 013-3882726 at 7:20 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

SIFAT-SIFAT NABI MUHAMMAD SAW

DrJaffry Hassan25hb April 5.46 ptg
by DrJaffry Hassan on Monday, April 25, 2011 at 5:32pm

Fizikal Nabi

Telah dikeluarkan oleh Ya'kub bin Sufyan Al-Faswi dari Al-Hasan bin Ali ra. katanya: Pernah aku menanyai pamanku (dari sebelah ibu) Hind bin Abu Halah, dan aku tahu baginda memang sangat pandai mensifatkan perilaku Rasulullah SAW, padahal aku ingin sekali untuk disifatkan kepadaku sesuatu dari sifat beliau yang dapat aku mencontohinya, maka dia berkata: Adalah Rasulullah SAW itu seorang yang agung yang senantiasa diagungkan, wajahnya berseri-seri layak bulan di malam purnamanya, tingginya cukup tidak terialu ketara, juga tidak terlalu pendek, dadanya bidang, rambutnya selalu rapi antara lurus dan bergelombang, dan memanjang hingga ke tepi telinganya, lebat, warnanya hitam, dahinya luas, alisnya lentik halus terpisah di antara keduanya, yang bila baginda marah kelihatannya seperti bercantum, hidungnya mancung, kelihatan memancar cahaya ke atasnya, janggutnya lebat, kedua belah matanya hitam, kedua pipinya lembut dan halus, mulutnya tebal, giginya putih bersih dan jarang-jarang, di dadanya tumbuh bulu-bulu yang halus, tengkuknya memanjang, berbentuk sederhana, berbadan besar lagi tegap, rata antara perutnya dan dadanya, luas dadanya, lebar antara kedua bahunya, tulang belakangnya besar, kulitnya bersih, antara dadanya dan pusatnya dipenuhi oleh bulu-bulu yang halus, pada kedua teteknya dan perutnya bersih dari bulu, sedang pada kedua lengannya dan bahunya dan di atas dadanya berbulu pula, lengannya panjang, telapak tangannya lebar, halus tulangnya, jari telapak kedua tangan dan kakinya tebal berisi daging, panjang ujung jarinya, rongga telapak kakinya tidak menyentuh tanah apabila baginda berjalan, dan telapak kakinya lembut serta licin tidak ada lipatan, tinggi seolah-olah air sedang memancar daripadanya, bila diangkat kakinya diangkatnya dengan lembut (tidak seperti jalannya orang menyombongkan diri), melangkah satu-satu dan perlahan-lahan, langkahnya panjang-panjang seperti orang yang melangkah atas jurang, bila menoleh dengan semua badannya, pandangannya sering ke bumi, kelihatan baginda lebih banyak melihat ke arah bumi daripada melihat ke atas langit, jarang baginda memerhatikan sesuatu dengan terlalu lama, selalu berjalan beriringan dengan sahabat-sahabatnya, selalu memulakan salam kepada siapa yang ditemuinya.

Kebiasaan Nabi

Kataku pula: Sifatkanlah kepadaku mengenai kebiasaannya!Jawab pamanku: Adalah Rasulullah SAW itu kelihatannya seperti orang yang selalu bersedih, senantiasa banyak berfikir, tidak pernah beristirshat panjang, tidak berbicara bila tidak ada keperluan, banyak diamnya, memulakan bicara dan menghabiskannya dengan sepenuh mulutnva, kata-katanya penuh mutiara mauti manikam, satu-satu kalimatnya, tidak berlebih-lebihan atau berkurang-kurangan, lemah lembut tidak terlalu kasar atau menghina diri, senantiasa membesarkan nikmat walaupun kecil, tidak pernah mencela nikmat apa pun atau terlalu memujinya, tiada seorang dapat meredakan marahnya, apabila sesuatu dari kebenaran dihinakan sehingga dia dapat membelanya.

Dalam riwayat lain, dikatakan bahwa baginda menjadi marah kerana sesuatu urusan dunia atau apa-apa yang bertalian dengannya, tetapi apabila baginda melihat kebenaran itu dihinakan, tiada seorang yang dapat melebihi marahnya, sehingga baginda dapat membela kerananya. Baginda tidak pernah marah untuk dirinya, atau membela sesuatu untuk kepentingan dirinya, bila mengisyarat diisyaratkan dengan semua telapak tangannya, dan bila baginda merasa takjub dibalikkan telapak tangannya, dan bila berbicara dikumpulkan tangannya dengan menumpukan telapak tangannya yang kanan pada ibu jari tangan kirinya, dan bila baginda marah baginda terus berpaling dari arah yang menyebabkan ia marah, dan bila baginda gembira dipejamkan matanya, kebanyakan ketawanya ialah dengan tersenyum, dan bila baginda ketawa, baginda ketawa seperti embun yang dingin.

Berkata Al-Hasan lagi: Semua sifat-sifat ini aku simpan dalam diriku lama juga. Kemudian aku berbicara mengenainya kepada Al-Husain bin Ali, dan aku dapati ianya sudah terlebih dahulu menanyakan pamanku tentang apa yang aku tanyakan itu. Dan dia juga telah menanyakan ayahku (Ali bin Abu Thalib ra.) tentang cara keluar baginda dan masuk baginda, tentang cara duduknya, malah tentang segala sesuatu mengenai Rasulullah SAW itu.

Rumah Nabi

Berkata Al-Hasan ra. lagi: Aku juga pernah menanyakan ayahku tentang masuknya Rasulullah SAW lalu dia menjawab: Masuknya ke dalam rumahnya bila sudah diizinkan khusus baginya, dan apabila baginda berada di dalam rumahnya dibagikan masanya tiga bagian. Satu bagian khusus untuk Allah ta'ala, satu bagian untuk isteri-isterinya, dan satu bagian lagi untuk dirinya sendiri. Kemudian dijadikan bagian untuk dirinya itu terpenuh dengan urusan di antaranya dengan manusia, dihabiskan waktunya itu untuk melayani semua orang yang awam maupun yang khusus, tiada seorang pun dibedakan dari yang lain.

Di antara tabiatnya ketika melayani ummat, baginda selalu memberikan perhatiannya kepada orang-orang yang terutama untuk dididiknya, dilayani mereka menurut kelebihan diri masing-masing dalam agama. Ada yang keperluannya satu ada yang dua, dan ada yang lebih dari itu, maka baginda akan duduk dengan mereka dan melayani semua urusan mereka yang berkaitan dengan diri mereka sendiri dan kepentingan ummat secara umum, coba menunjuki mereka apa yang perlu dan memberitahu mereka apa yang patut dilakukan untuk kepentingan semua orang dengan mengingatkan pula: "Hendaklah siapa yang hadir menyampaikan kepada siapa yang tidak hadir. Jangan lupa menyampaikan kepadaku keperluan orang yang tidak dapat menyampaikannya sendiri, sebab sesiapa yang menyampaikan keperluan orang yang tidak dapat menyampaikan keperluannya sendiri kepada seorang penguasa, niscaya Allah SWT akan menetapkan kedua tumitnya di hari kiamat", tiada disebutkan di situ hanya hal-hal yang seumpama itu saja.

Baginda tidak menerima dari bicara yang lain kecuali sesuatu untuk maslahat ummatnya. Mereka datang kepadanya sebagai orang-orang yang berziarah, namun mereka tiada meninggalkan tempat melainkan dengan berisi. Dalam riwayat lain mereka tiada berpisah melainkan sesudah mengumpul banyak faedah, dan mereka keluar dari majelisnya sebagai orang yang ahli dalam hal-ihwal agamanya.

Luaran Nabi

Berkata Al-Hasan r.a. lagi: Kemudian saya bertanya tentang keadaannya di luar, dan apa yang dibuatnya? Jawabnya: Adalah Rasulullah SAW ketika di luar, senantiasa mengunci lidahnya, kecuali jika memang ada kepentingan untuk ummatnya. Baginda selalu beramah-tamah kepada mereka, dan tidak kasar dalam bicaranya. Baginda senantiasa memuliakan ketua setiap suku dan kaum dan meletakkan masing-masing di tempatnya yang layak. Kadang-kadang baginda mengingatkan orang ramai, tetapi baginda senantiasa menjaga hati mereka agar tidak dinampakkan pada mereka selain mukanya yang manis dan akhlaknya yang mulia. Baginda selalu menanyakan sahabat-sahabatnya bila mereka tidak datang, dan selalu bertanyakan berita orang ramai dan apa yang ditanggunginya. Mana yang baik dipuji dan dianjurkan, dan mana yang buruk dicela dan dicegahkan.

Baginda senantiasa bersikap pertengahan dalam segala perkara, tidak banyak membantah, tidak pernah lalai supaya mereka juga tidak suka lalai atau menyeleweng, semua perkaranya baik dan terjaga, tidak pernah meremehkan atau menyeleweng dari kebenaran, orang-orang yang senantiasa mendampinginya ialah orang-orang paling baik kelakuannya, yang dipandang utama di sampingnya, yang paling banyak dapat memberi nasihat, yang paling tinggi kedudukannya, yang paling bersedia untuk berkorban dan membantu dalam apa keadaan sekalipun.

Majlis Nabi

Berkata Al-Hasan ra. lagi: Saya lalu bertanya pula tentang majelis Nabi SAW dan bagaimana caranya ? Jawabnya: Bahwa Rasulullah SAW tidak duduk dalam sesuatu majelis, atau bangun daripadanya, melainkan baginda berzikir kepada Allah SWT baginda tidak pernah memilih tempat yang tertentu, dan melarang orang meminta ditempatkan di suatu tempat yang tertentu. Apabila baginda sampai kepada sesuatu tempat, di situlah baginda duduk sehingga selesai majelis itu dan baginda menyuruh membuat seperti itu. Bila berhadapan dengan orang ramai diberikan pandangannya kepada semua orang dengan sama rata, sehingga orang-orang yang berada di majelisnya itu merasa tiada seorang pun yang diberikan penghormatan lebih darinya. Bila ada orang yang datang kepadanya kerana sesuatu keperluan, atau sesuatu masliahat, baginda terus melayaninya dengan penuh kesabaran hinggalah orang itu bangun dan kembali.

Baginda tidak pemah menghampakan orang yang meminta daripadanya sesuatu keperluan, jika ada diberikan kepadanya, dan jika tidak ada dijawabnya dengan kata-kata yang tidak mengecewakan hatinya. Budipekertinya sangat baik, dan perilakunya sungguh bijak. Baginda dianggap semua orang seperti ayah, dan mereka dipandang di sisinya semuanya sama dalam hal kebenaran, tidak berat sebelah. Majelisnya semuanya ramah-tamah, segan-silu, sabar menunggu, amanah, tidak pemah terdengar suara yang tinggi, tidak dibuat padanya segala yang dilarangi, tidak disebut yang jijik dan buruk, semua orang sama kecuali dengan kelebihan taqwa, semuanya merendah diri, yang tua dihormati yang muda, dan yang muda dirahmati yang tua, yang perlu selalu diutamakan, yang asing selalu didahulukan.

Berkata Al-Hasan ra. lagi: Saya pun lalu menanyakan tentang kelakuan Rasulullah SAW pada orang-orang yang selalu duduk-duduk bersama-sama dengannya? Jawabnya: Adalah Rasulullah SAW selalu periang orangnya, pekertinya mudah dilayan, seialu berlemah-lembut, tidak keras atau bengis, tidak kasar atau suka berteriak-teriak, kata-katanya tidak kotor, tidak banyak bergurau atau beromong kosong segera melupakan apa yang tiada disukainya, tidak pernah mengecewakan orang yang berharap kepadanya, tidak suka menjadikan orang berputus asa. Sangat jelas dalam perilakunya tiga perkara yang berikut. Baginda tidak suka mencela orang dan memburukkannya. Baginda tidak suka mencari-cari keaiban orang dan tidak berbicara mengenai seseorang kecuali yang mendatangkan faedah dan menghasilkan pahala.

Apabila baginda berbicara, semua orang yang berada dalam majelisnya memperhatikannya dengan tekun seolah-olah burung sedang tertengger di atas kepala mereka. Bila baginda berhenti berbicara, mereka baru mula berbicara, dan bila dia berbicara pula, semua mereka berdiam seribu basa. Mereka tidak pernah bertengkar di hadapannya. Baginda tertawa bila dilihatnya mereka tertawa, dan baginda merasa takjub bila mereka merasa takjub. Baginda selalu bersabar bila didatangi orang badwi yang seringkali bersifat kasar dan suka mendesak ketika meminta sesuatu daripadanya tanpa mahu mengalah atau menunggu, sehingga terkadang para sahabatnya merasa jengkel dan kurang senang, tetapi baginda tetap menyabarkan mereka dengan berkata: "Jika kamu dapati seseorang yang perlu datang, hendaklah kamu menolongnya dan jangan menghardiknya!". Baginda juga tidak mengharapkan pujian daripada siapa yang ditolongnya, dan kalau mereka mau memujinya pun, baginda tidak menggalakkan untuk berbuat begitu. Baginda tidak pernah memotong bicara sesiapa pun sehingga orang itu habis berbicara, lalu barulah baginda berbicara, atau baginda menjauh dari tempat itu.

Diamnya Nabi

Berkata Al-Hasan r.a. lagi: Saya pun menanyakan pula tentang diamnya, bagaimana pula keadaannya? Jawabnya: Diam Rasulullah SAW bergantung kepada mempertimbangkan empat hal, yaitu: Kerana adab sopan santun, kerana berhati-hati, kerana mempertimbangkan sesuatu di antara manusia, dan kerana bertafakkur. Adapun sebab pertimbangannya ialah kerana persamaannya dalam pandangan dan pendengaran di antara manusia. Adapun tentang tafakkurnya ialah pada apa yang kekal dan yang binasa. Dan terkumpul pula dalam peribadinya sifat-sifat kesantunan dan kesabaran. Tidak ada sesuatu yang boleh menyebabkan dia menjadi marah, ataupun menjadikannya membenci. Dan terkumpul dalam peribadinya sifat berhati-hati dalam empat perkara, iaitu: Suka membuat yang baik-baik dan melaksanakannya untuk kepentingan ummat dalam hal-ehwal mereka yang berkaitan dengan dunia mahupun akhirat, agar dapat dicontohi oleh yang lain. Baginda meninggalkan yang buruk, agar dijauhi dan tidak dibuat oleh yang lain. Bersungguh-sungguh mencari jalan yang baik untuk maslahat ummatnya, dan melakukan apa yang dapat mendatangkan manfaat buat ummatnya, baik buat dunia ataupun buat akhirat.
Posted by Akademi Minda Holistik 013-3882726 at 7:19 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

KEISTIMEWAAN AIR SEJUK (DINGIN)

DrJaffry Hassan27hb April 11.36 pagi
by DrJaffry Hassan on Wednesday, April 27, 2011 at 11:30am

Satu kajian mendedahkan cara paling berkesan untuk menurunkan suhu badan, tekanan atau kelesuan adalah dengan mandi menggunakan Air Sejuk. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius. Mandi Air Sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan juga meningkatkan gula dalam darah. 

Ais dan Air Sejuk adalah terapi yang amat popular dan berkesan serta mujarab sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. Air Sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh. Adalah makruh mengambil air sembahyang (wudhu') pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.

Air Sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin dan syaitan atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat. Air Sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi diperkayai dengan unsur-unsur yang bisa membangkitkan keharmonian. Air Sejuk bagus untuk menguatkan tulang bayi bahkan juga tulang sekalian umat manusia dari semua peringkat usia.

Air Sejuk akan meningkatkan Sistem Imun yang Luar Biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan. Air Sejuk dalam rahsia Ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan (Berlian).

Air Sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sebagai sistem penghantaran tenaga yang paling cekap dan efektif sehingga ke dasar sel yang paling jauh dan dalam secara menyeluruh. Air Sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar. Mandi Air Sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan asid urik akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

Air Sejuk lebih stabil molekul atomnya.

Air Sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwudhu'. Air Sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah dengan lebih stabil. Air Sejuk sesuai dijadikan air penawar (air terapi) kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

Air kelapa muda yang bersifat sejuk adalah amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. Oksigen dan Hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan pada waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk atau lebih baik segelas Air Sejuk pada waktu awal pagi kerana ia akan menguatkan perut kita.

Sementara bagi mereka yang mengalami masalah imsonia atau memiliki masalah tidur elok merendamkan kaki di dalam Air Sejuk. Malah, kaedah ini baik bagi mereka yang mengalami lelah, pendarahan hidung, selesema dan sembelit. Air Sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.

Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini. Liputan Ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. Kombinasi di bahagian dasar bumi yang panas dan di bahagian permukaan bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya. Ais atau Air Sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

Benarkan dan galakkan anak kita termasuk diri kita sendiri untuk mengunyah Ais kerana ini akan menguatkan gigi kita dan benarkan dan galakkan anak kita juga diri kita memakan Ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuk kita hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.

Membiasakan diri mengunyah Ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan. Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. Air Sejuk atau Ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.
Posted by Akademi Minda Holistik 013-3882726 at 7:16 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

BUKTI CINTA DAN KASIH ALLAH PADA HAMBANYA


DrJaffry Hassan27hb April 2.55 ptg
by DrJaffry Hassan on Wednesday, April 27, 2011 at 2:52pm

Bukti cinta Allah kepada hamba-Nya adalah diturunkan Al-Quran. Allah SWT, Al Khaliq pastinya tidak akan membiarkan hamba-Nya yang dikasihi kebingungan dan keresahan di dalam menjalani kehidupan. Allah SWT menurunkan Al-Quran sebagai pelita dan panduan hidup, agar kita dapat meraih kebahagiaan dan kemenangan di dunia dan akhirat. Firman Allah, ”Kitab ini tidak ada keraguan padanya; (merupakan) petunjuk bagi mereka yang bertakwa.” ( Al Baqarah 2 : 2).

Dr Quraish Shihab mencatat ada tiga petunjuk penting yang diberikan Al-Quran.

PERTAMA, petunjuk akidah yang tersimpul dalam keimanan akan keesaan Allah dan kepercayaan akan kepastian hari pembalasan. KEDUA, petunjuk mengenai ahlak yang murni dengan jalan menerangkan norma-norma keagamaan dan moral, baik yang berkait dengan kehidupan peribadi maupun sosial. KETIGA, petunjuk mengenai syariat dan hukum(Pertimbangan Sunnah), iaitu dengan jalan menerangkan dasar-dasar hukum dalam hubungannya dengan Allah dan sesama manusia.

Mengutus para rasul

Secara fitrah, setiap manusia amat memerlukan panduan yang boleh dijadikan

rujukan. Untuk memenuhi keperluan tersebut, Allah mengutus para Rasul. Dalam surah (Al An’am 6 ayat 48), Allah SWT berfirman, ”Dan tidaklah Kami mengutus para rasul itu melainkan untuk memberi kabar gembira dan memberi peringatan. Barang siapa yang beriman dan mengadakan kebaikan, maka tak ada kekhuwatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” Inilah bukti kecintaan Allah yang kedua. Dia tidak membiarkan manusia

berjalan “sendirian”. Dia mengaruniakan “teman terbaik” yang akan menemani manusia menuju jalan kebahagiaan, mengenalkan manusia kepada Tuhannya, sekaligus menjadi model manusia yang sesuai dengan kehendak Allah SWT.

FirmanNya, “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah” (Al Ahzab 33:21).

Diciptakannya alam semesta

Allah SWT tidaklah menciptakan alam semesta tanpa maksud. Dia menjadikan semua yang ada di bumi dan di langit untuk memenuhi kebutuhan manusia. Difirmankan, Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu, kemudian Dia menuju langit, lalu Dia menyempurnakannya menjadi tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu (Al Baqarah 2: 29).

Seluruh potensi yang ada di dalam dan permukaan bumi dihamparkan untuk diambil manfaatnya oleh manusia. Tidak ada satu pun makhluk di alam ini yang tidak bermanfaat. Walaupun seekor nyamuk maupun kulat dan hama, semuanya memberikan manfaat kepada manusia dan diantara makhluk yang lainnya.

Luasnya Pengampunan Allah

Bukti keempat adalah luasnya ampunan Allah SWT. Sebanyak apa pun dosa manusia, Allah pasti akan mengampuni, asalkan ia betul-betul bertaubat. Allah SWT telah berjanji dalam Al-Quran, ”Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertobat kepadaNya. (Jika kamu, mengerjakan yang demikian), niscaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberi kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya.” (Hud 11: 3)

Pengampunan Allah terbuka luas setiap saat bagi orang-orang yang mau bertaubat. Rasulullah SAW bersabda, “Allah membentangkan tanganNya di malam hari agar orang yang berbuat keburukan di siang hari bertaubat, dan membentangkan tangan-Nya di siang hari agar orang yang berbuat keburukan di malam hari bertaubat. (Ini akan terus berlaku) hingga matahari terbit dari arah Barat (HR Muslim).

Dia akan mengampuni semua dosa, sekalipun dosanya sepenuh isi bumi, “Wahai manusia, sekiranya kamu datang kepada-Ku dengan membawa dosa seisi bumi kemudian kamu bertemu Aku dengan dalam kedaan tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu apa pun, nescaya Aku datang kepadamu dengan membawa ampunan seisi bumi pula,” demikian bunyi sebuah hadis qudsi yang diriwayatkan (Imam Tirmidzi).

Memberikan rezeki

Allah adalah Al Razzaq, Dzat Maha Pemberi Rezeki. Setiap makhluk diberiNya rezeki agar mereka dapat hidup dan beribadah kepada Allah SWT. Tidak ada satu pun makhluk yang tidak diberi rezeki, termasuk manusia. FirmanNya, “Katakanlah, ‘Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hambaNya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendakiNya)’. Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia-lah sebaik-baik pemberi rezeki.” (Saba 34: 39).

Inilah tanda bukti cinta Allah yang kelima. Setiap kita telah diberi bagian rezeki. Yang perlu dilakukan adalah ikhtiar menjemput rezeki itu. Allah memberi kasih sayang-Nya yang tak terbatas agar kita bersyukur. Dan syukur yang paling utama adalah mengabdi dengan tidak menyekutukan-Nya dengan apa pun.

semoga kita dapat melahirkan rasa syukur atas nikmat dan keinsafan terhadap Allah SWT.
Posted by Akademi Minda Holistik 013-3882726 at 7:15 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

WAP-WAP AIR DAN HUKUM PERTEMBUNGAN

DrJaffry Hassan27hb April 3.16 ptg
by DrJaffry Hassan on Friday, April 8, 2011 at 11:56pm

Manusia yang kerap mandi akan mengimbangi wap-wap airdi persekitaran dirinya yang dikenali sebagai aura. Itulah rahsia mengambil air sembahyang sebanyak 5 kali sehari yang bertepatan dengan konsep basah kering secara berulang-ulang. Mandi air panas dan berulang semula dengan air sejuk silih berganti kini menjadi satu rawatan yang amat luar biasa di negara-negara eropah.Di jepun misalnya, aktiviti mandi di kolam air panas dan bertukar ke air sejuk juga begitu popular. Sebenarnya di situlah terletaknya rahsia kejadian getaran yang boleh memudaratkan apabila wujudnya pertembungan "thermodinamic" kepada dua keadaan yang berbeza-beza.

Begitulah rahsia angin puting beliung yang menurunkan hujan dan salji yang sejuk. Sebelum menjadikan tenaga dalam bentuk putaran ia memerlukan pertembungan udara panas dan lembab dengan udara sejuk dan kering dari kawasan tinggi. Pertembungan itu biasanya terjadi di kawasan tekanan rendah. Maka di titik kawasan itulah terjadi getaran yang memberhaya.

Pusat getaran di dalam tubuh manusia ialah di bahagian solar plexus (usus kecil yang menghadamkan pemakanan untuk menjadikan tenaga). Perut atau mana-mana organ sistem penghadaman yang lain biasanya akan mengalami tekanan yang rendah jika berlaku pertembungan kimia dalam pemakanan yang bersifat sejuk atau panas yang amat bertentangan. Dari rahsia tersebut, jelaslah bahawa mengikut sains fizik keseimbangan suhu badan akan tidak terkawal. Bagi orang yang sakit, sejuk itu merupakan sesuatu yang panas dan panas itu merupakan sesuatu yang sejuk. Maka konsep ini juga perlu menjadikan amalan untuk merawat pelbagai penyakit misteri dan kronik.
Posted by Akademi Minda Holistik 013-3882726 at 7:13 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

RAHSIA DAN FAKTA YANG PERLU ANDA KETAHUI


DrJaffry Hassan27hb April 10.45 ptg
by DrJaffry Hassan on Wednesday, April 27, 2011 at 10:38pm
Keseimbangan Air, Ais Dan Air Suam (Sejuk Dan Panas)

Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur dapat mengembalikan kenikmatan tidur seperti biasa. Apabila kita tidur di dalam keadaan udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka masa panjang. Ruang udara yang panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan sangat cepat membiak dalam cuaca atau keadaan yang panas. Rahsia liputan ais di Antartika (daerah khutub selatan) dan Artik (daerah khutub utara) adalah kadar pengimbang dasar bumi yang amat panas.

"KOMBINASI DALAM BUMI YANG PANAS DAN LUARAN BUMI YANG SEJUK ADALAH RAHSIA KESEIMBANGAN TEKANAN SEMULAJADI ALAM YANG MENGAWAL GRAVITI DAN PERGERAKAN BUMI PADA PAKSINYA".

Tubuh manusia khususnya adalah sebagai medan magnet dan juga terdiri daripada khutub utara (dibahagian kepala) dan khutub selatan (daripada perut kebawah). Tahap hening, sejuk atau dingin yang menguasai dibahagian kepala adalah amat bertentangan jika terdedah daripada sinaran atau udara panas yang berlebihan.

Berikut adalah beberapa fakta yang perlu anda ketahui.....

A) Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasa dihidapi ole kanak-kanak yang mempunyai potensi mengidap penyakit sawan. Begitu juga dengan atelit sukan apabila berlakunya kecederaan yang tidak dijangkakan.

B) Ais dan air sejuk atau mengunyah ais dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

C) Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. Air sejuk adalah dalam rahsia Nitrogen yang sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia mampu menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

D) Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.

E) Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan semulajadi berbagai penyakit alahan dan jangkitan. Ketumpatan air sejuk atau ais juga memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras, kedudukan atomnya sangat stabil, umpama intan.

F) Air sejuk juga mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang kesedaran seperti pengsan, gila dan koma, InsyaAllah kembali sedar perlahan-lahan.

G) Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk. Air sejuk juga sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman (berdoa dalam hati) yang disertakan dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

H) Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semula jadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. Hanya tubuh yang mati sahaja bersifat sejuk kerana kekurangan dan ketiadaan Oksigen.

I) Oksigen dan Hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang bersifat panas. Mulakanlah dan minumlah seteguk air sejuk atau dingin di awal pagi kerana dengan cara begini akan menguatkan perut. Cara beginilah yang dicontohi atau diamalkan oleh junjungan besar kita Nabi SAW tiap hari diawal pagi Rasulullah SAW akan minum dulu dengan air sejuk, dingin (bukan air suam atau air panas.

Semoga kita mendapat manfaat bersama...InsyaAllah
Posted by Akademi Minda Holistik 013-3882726 at 7:11 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Cahaya Boleh Menghilangkan Pandangan Mata

DrJaffry Hassan28hb April 8.58 ptg
by DrJaffry Hassan on Thursday, April 14, 2011 at 10:35pm

Memang benarlah bahawa cahayalah sebagai refleks, pembias, pemantulan untuk kita dapat melihat sesuatu benda, rupa bentuk atau sesuatu objek dengan ditentukan oleh warna-warna yang berbagai. Tetapi cahaya jugalah yang boleh membutakan terus penglihatan mata kita.

Mata boleh tertipu pada cahaya seperti yang dilakukan oleh pemain silap mata yang dapat memperlahankan kelajuan cahaya atau gelombang yang hari ini disangkakan itu adalah sihir. Sebenarnya, itulah rahsia cahaya yang sebenarnya terkandung di dalam berbagai frekuensi gelombang mengikut tingkat-tingkat kelajuan cahaya yang boleh digunakan dengan berbagai tujuan yang berfaedah atau sebaliknya.

Akan tetapi hari ini telah disalah gunakan bagi tujuan riak serta menunjuk-nunjuk agar manusia yang kurang berilmu mudah tertipu dan kagum dengan kebolehan seseorang manusia biasa yang berkebolehan menggunakan ilmu gelombang dalam rahsia cahaya.

Sebenarnya silap mata tersebut adalah penggunaan teknik cahaya melalui pandangan yang boleh memancarkan gelombang frekuensi bunyi yang melambatkan gerakan cahaya dan akhirnya sesuatu objek yang sebenarnya wujud tetapi hilang (kejap ada, kejap tiada). Sebenarnya getaran objek itu masih tetap ada dan tidak bergerak sedikit pun.

Itulah fakta dan bukti zat tenaga atau zat di dalam cahaya yang tidak boleh dihapuskan terus di dalam alam yang masih dipenuhi cahaya.

Melihat cahaya yang menggunakan penglihatan mata adalah sesuatu yang amat terbatas, akan tetapi melihat cahaya dengan menggunakan penglihatan cahaya hati, maka ia dapat menembusi perkara dan imej yang abstrak di dalam alam

Hebatnya kelajuan cahaya dalam rahsia bunyi maka saya percaya inilah suatu medium yang paling unik yang dapat menerobos atau menembusi mana-mana sempadan atau dinding yang terkunci.

“Ingatlah bahawa iman dan kepercayaan telah diperjelaskan di awal-awal penciptaan alam maya ini dan diakhiri masa kebinasaannya, adalah dari rahsia zat cahaya bunyi yang membina dan zat cahaya bunyi yang membinasakan”
Posted by Akademi Minda Holistik 013-3882726 at 7:10 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

MANDIAN AIR SUAM

DrJaffry Hassan29hb April 1.24 pagi
by DrJaffry Hassan on Friday, April 29, 2011 at 1:19am

Kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan atau minum dan mandi dengan air suam atau air panas (heater) sangat kurang memberikan manfaat jangka masa panjang, malah ianya hanya memberikan kesan yang sementara dan amat sementara. Tidak digalakkan mandi dengan air suam kerana sifat air suam adalah kekurangan oksigennya. Sehinggakan apabila kita menyiram pokok bunga sebagai contoh akan menyebabkan pokok bunga tersebut akan cepat layu dan mati.

Mandi air suam juga akan menyebabkan sistem metabolisma akan menjadi kurang cekap dan ini akan menyebabkan sistem penghadaman seperti perut dan usus mengeluarkan banyak gas dan jus gastrik. 

Gara-gara mandi air suam juga akan menyebabkan sistem kederiaan akan menjadi kurang cekap menyesuaikan diri dengan persekitan. Mandi air suam yang kerap akan memecahkan cakra atau tenaga dalaman dan aura akan menjadi pudar atau hambar. Mandi air suam sama seperti anda yang terkena hujan panas yang boleh menyebabkan sakit kepala dan mudah demam. Bagi anak-anak yang bersekolah waktu pagi amatlah tidak digalakkan mandi dengan menggunakan air suam (heater) kerana air suam jelasnya sangatlah kurang ketumpatan oksigennya dan akan membuatkan anak-anak anda mudah merasa ngantuk, letih, mudah stress kerana pengaliran darah menjadi perlahan. Tanpa kita sedari dalam jangka panjang apabila kita kerap mandi air suam ianya akan mengendurkan urat dan menyebabkan berlakulah tanda-tanda kebas dan kekejangan serta seri pada wajah akan semakin pudar dan secara langsung akan menampakkan wajah semakin nampak tua daripada usia sebenar. Perumpamaan ini jelas boleh dilihat kepada tumbuh-tumbuhan, kerana tumbuh-tumbuhan akan lebih segar selepas musim sejuk yang membekukan tanah. Segala jenis tumbuhan akan berguguran daunnya selepas mengalami musim panas yang telah ditetapkan.

Secaranya Sunnah atau fitrah alam semula jadi adalah sekiranya Allah SWT tidak menjadikan kawasan Antartika sebagai pusat ais atau boleh dikatakan pusat kawalan suhu (dingin) bagi alam dunia atau bumi maka percayalah bukan hanya manusia yang tidak bertahan lama malah akan luput lah tumbuh-tumbuhan serta sebarang kehidupan kerana segala kehidupan tidak akan kekal lama dengan keadaan yang kurang oksigen.
Posted by Akademi Minda Holistik 013-3882726 at 7:09 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Doa-Doa Penawar Dari Hadis Nabi SAW

DrJaffry Hassan29hb April 11.45 pagi
by DrJaffry Hassan on Wednesday, April 6, 2011 at 1:41am
Antara koleksi doa-doa penawar dari hadis nabi :

Doa Malaikat Jibril ke atas Rasulullah S.A.W setelah baginda mengadu kerana disihirkan oleh Labid bin Al-A’shom (yahudi) :

بِاسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ يُؤْذِيكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْ عَيْنِ حَاسِدٍ اللَّهُ يَشْفِيكَ بِاسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ 

Maksudnya : “Dengan nama Allah aku mendinding kamu daripada setiap sesuatu yang menyakiti kamu yang datang daripada setiap kejahatan jiwa atau mata orang yang hasad (dengki), semoga Allah menyembuhkan kamu dengan nama Allah aku mendinding kamu.”

(Hadis riwayat Imam Muslim dalam Sahihnya)

2. Doa ketika menghadapi sakit atau demam :

بِسْمِ اللَّهِ الْكَبِيرِ أَعُوذُ بِاللَّهِ الْعَظِيمِ مِنْ شَرِّ كُلِّ عِرْقٍ نَعَّارٍ وَمِنْ شَرِّ حَرِّ النَّارِ 

Maksudnya : “Dengan nama Allah Yang Maha Besar, Aku berrlindung daripada kejahatan setiap peluh yang meruap-ruap dan daripada kejahatan setiap kepanasan api.”

(Hadis riwayat Imam Al-Tirmizi dalam Sunannya)

3. Doa ketika menziarahi orang yang sakit :

أَسْأَلُ اللَّهَ الْعَظِيمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ أَنْ يَشْفِيَكَ 

Maksudnya : “Aku bermohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Yang Memiliki ‘Arasy yang Agung, agar menyembuhkan kamu (dibaca sebanyak 7 kali).”

(Hadis riwayat Imam Abu Daud dalam Sunannya)

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ مُذْهِبَ الْبَاسِ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شَافِيَ إِلَّا أَنْتَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا

Maksudnya : “Ya Allah, tuhan sekalian manusia, penghilang segala kesusahan, sembuhkanlah kerana sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penyembuh, tiada sesiapa yang dapat menyembuhkan (penyakit) melainkan Engkau sahaja yang dapat mengubati dan menghilangkan sakit.”

(Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dalam Sahihnya)

4. Doa mohon berlindung daripada gangguan syaitan dan sekutunya :

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّةٍ

Maksudnya : “Aku mohon berlindung dengan kalimah-kalimah Allah (Al-Quran atau asma’ Allah dan sifatNya) yang sempurna daripada setiap syaitan dan binatang berbisa yang boleh membunuh serta berlindung daripada setiap pandangan mata yang boleh mendatangkan kejahatan.”

(Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)

Amin dapat kita amalkan.....
Posted by Akademi Minda Holistik 013-3882726 at 7:07 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Ketua Akademik AMH

Ketua Akademik AMH
Fyrol Ikram Othman DMA

Program Akademik AMH

1. Diploma Perubatan Energy dalam Hukum Pertimbangan Sunnah.

2. Pra Diploma Perubatan Energy dalam Hukum Pertimbangan Sunnah (Program khas Pembangunan Usahawan AMH)

3. Pra Diploma Akupunktur
(Program khas Pembangunan Usahawan AMH)

4. Sijil Reflexsiologi

5. Sijil Bekam

Carian nota dalam blog ini

Jadual Akademik 2011 Program Perubatan Sunnah Akademi Minda Holistik (AMH)

Jadual Akademik 2011 Program Perubatan Sunnah Akademi Minda Holistik (AMH)

AKADEMI MINDA HOLISTIK

AKADEMI MINDA HOLISTIK
ILMU PERUBATAN ENERGY DALAM HUKUM PERTIMBANGAN SUNNAH

Pusat Rawatan al-Ikram

Pusat Rawatan al-Ikram
PERUBATAN ENERGY DALAM HUKUM PERTIMBANGAN SUNNAH Ingin mendapatkan rawatan? Klik sini untuk info lanjut

Akademi Minda Holistik

Kami akan mengajar ANDA bagaimana mahu mencorak dan mewarnai semula kehidupan ANDA dibawah konsep Pertimbangan Sunnah..

Kami akan DEDAHKAN kepada ANDA tentang RAHSIA didalam RAHSIA..Selama ini mugkin ANDA ada mempelajari RAHSIA kejayaan dan kekayaan, atau apa jua RAHSIA motivasi, tapi tanpa disedari RAHSIA yang diselongkar sebenarnya masih tidak sepenuhnya, samaada mereka masih menyimpan RAHSIA tersebut atau mereka sendiri tidak mengetahui RAHSIA sebenarnya..

Disini ANDA akan diDEDAHkan dengan RAHSIA didalam RAHSIA berdasarkan KONSEP RUANG MASA PERTIMBANGAN SUNNAH!

Inilah RAHSIA sebenar KEJAYAAN, KETENANGAN dan KEHARMONIAN..Rahsia yang tidak ternilai dengan wang ringgit..

Senarai Tajuk Motivasi Diri Ruang Masa Pertimbangan Sunnah anjuran Holistic Mind

1. Ruang & Masa
(Kehidupan manusia dan Alam)

2.Fitrah Hukum Fizik dan Keseimbangan

3.Rahsia Kegelapan Cahaya dan Kehebatan Bunyi yang tak didengar
( Masa dalam Masa)

4.Antara Firasat dan Akal dalam Rahsia Ruang dan Masa

5.Kehebatan (ROH) Zat dalam Rahsia Masa

6.Nutrisi dalam konsep Pertimbangan Sunnah

7. Mengenal Allah, Alam & Adam (Manusia/diri)

8. Memajukan bisnes/diri dengan hukum Energy dalam Pertimbangan Sunnah

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME (CPD)

Akademi Minda Holistik akan menganjurkan siri ceramah perubatan bagi meningkatkan ilmu perubatan dikalangan Pengamal Perubatan Komplimentari, Alternatif, Tradisional, Akupunture dan Hemopathy.

Siri ceramah ini akan dikelolakan oleh Pakar Bertauliah dan setiap peserta akan mendapat mata kredit(point) serta sijil.

Mata kredit ini akan digunakan untuk menghidupkan Sijil Amalan Pengamal Perubatan Komplimentari, Alternatif, Tradisional, Akupunture dan Hemopathy dengan pihak KKM apabila akta dikuatkuasakan kelak.

Hubungi kami untuk perkhidmatan:

Dibawakan Khas Oleh :

Akademi Minda Holistik
Training, Motivation & Consultation
No 16,
Lorong Naluri Sukma 8/25A,
Shah Alam 2,Bandar Puncak Alam,
42300, Selangor.

NO TEL : 013-3882726

holisticmind99@gmail.com

Followers

Blog Archive

  • ►  2012 (3)
    • ►  July (1)
    • ►  February (2)
  • ▼  2011 (129)
    • ►  September (1)
    • ►  July (35)
    • ►  June (3)
    • ▼  May (17)
      • Mini Seminar Perubatan Sunnah - Perubatan Islam ad...
      • ADAP DAN CARA TIDUR NABI SAW
      • PENCIPTAAN "FALAK" DAN PECAHAN 7 PENCIPTAAN
      • Mengenal Personaliti Diri Melalui “Pertimbangan S...
      • JAWAPAN YANG TELUS
      • GEMA BUNYI AIR LAUT
      • 10 CARA MENCINTAI ALLAH
      • HAKIKAT SUSUNAN SIFAT KEJADIAAN 7 PENCIPTAAN
      • INDAHNYA PERGAULAN NABI SAW
      • SIFAT-SIFAT NABI MUHAMMAD SAW
      • KEISTIMEWAAN AIR SEJUK (DINGIN)
      • BUKTI CINTA DAN KASIH ALLAH PADA HAMBANYA
      • WAP-WAP AIR DAN HUKUM PERTEMBUNGAN
      • RAHSIA DAN FAKTA YANG PERLU ANDA KETAHUI
      • Cahaya Boleh Menghilangkan Pandangan Mata
      • MANDIAN AIR SUAM
      • Doa-Doa Penawar Dari Hadis Nabi SAW
    • ►  April (52)
    • ►  March (7)
    • ►  February (12)
    • ►  January (2)
  • ►  2010 (3)
    • ►  December (3)

About Me

My photo
Akademi Minda Holistik 013-3882726
Menawarkan khidmat nasihat dan rundingcara dalam bidang perubatan komplimentari dan aktiviti motivasi berasaskan pertimbangan sunnah. Untuk maklumat lanjut sila hubungi 013-3882726
View my complete profile
Picture Window theme. Powered by Blogger.