Sunday, April 24, 2011

RAHSIA SOLAT 5 WAKTU


DrJaffry Hassan24hb April 11.02 ptg
by DrJaffry Hassan on Sunday, April 24, 2011 at 10:54pm

Ali bin Abi Talib r.a. berkata,

Sewaktu Rasullullah saw duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata, 'Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.

' Lalu Rasullullah saw bersabda, 'Silakan bertanya.'

Berkata orang Yahudi, 'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.'

Sabda Rasullullah saw, 'Sembahyang Zohor jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya.

Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi.

Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam a.s. Maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas dan kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.

Sembahyang Isyak itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul sebelumku.

Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari. Ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya setiap orang kafir.' Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah saw, lalu mereka berkata, 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad.

Katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang.

Rasullullah saw bersabda, 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan.

Sembahyang Zohor, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.'

Sabda Rasullullah saw lagi, 'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.'

Selepas itu Rasullullah saw membaca ayat yang bermaksud, 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan. Sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam a.s. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah, maka Allah akan perkenankan.'

Sabda Rasullullah saw, 'Sembahyang Isyak (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isyak berjamaah, Allah SWT haramkan dirinya daripada terkena nyala api neraka dan diberikan kepadanya cahaya untuk menyeberangi Titian Sirath.'

Sabda Rasullullah saw seterusnya, 'Sembahyang Subuh pula, seseorang mukmin yang mengerjakan sembahyang Subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberikan kepadanya oleh Allah SWT dua kebebasan iaitu:

a) Dibebaskan daripada api neraka.

b) Dibebaskan dari nifaq.

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan daripada Rasullullah saw, maka mereka berkata,

'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (saw). Kini katakan pula kepada kami semua, kenapakah Allah SWT mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?'

Sabda Rasullullah saw, 'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon khuldi yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam a.s. selama 30 hari. Kemudian Allah SWT mewajibkan ke atas keturunan Adam a.s. berlapar selama 30 hari. Sementara diizin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah SWT kepada makhluk-Nya.'

Kata orang Yahudi lagi,'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu.

Kini terangkan kepada kami mengenai ganjaran pahala yang diperolehi daripada berpuasa itu.'

Sabda Rasullullah saw, 'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada

Allah SWT, dia akan diberikan oleh Allah SWT 7 perkara:

a) Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh daripada makanan yang haram).

b) Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.

c) Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.

d) Dijauhkan daripada merasa lapar dan dahaga.

e) Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang amat mengerikan).

f) Diberikan cahaya oleh Allah SWT pada hari Kiamat untuk menyeberang titian sirath.

g) Allah SWT akan memberinya kemudian di syurga.'

Kata orang Yahudi, 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu di antara semua para nabi.'

Sabda Rasullullah saw, 'Seorang nabi menggunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat kepada umat saya di hari kiamat).'

Kata orang Yahudi, 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan engkau utusan Allah).'

Peringatan !!!

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (Surah Al-Baqarah: ayat 155) "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya." (Surah Al-Baqarah: ayat 286)

RAHSIA AIR DAN SIFATNYA

DrJaffry Hassan19hb April 5.48 ptg




Air adalah sumber tenaga hayat bagi semua hidupan di alam ini. Tanpa air, maka tidak ada satu makhluk pun boleh hidup. Di mana-mana sahaja di alam ini terdapat air, di situlah adanya hidupan. Tidak kira sama ada hidupan itu makhluk seperti manusia, haiwan dan tumbuhan, hinggalah kepada hidupan yang sehalus-halusnya seperti bakteria, semuanya memerlukan air untuk hidup. Tiada air, maka tiadalah kehidupan. Telah diketahui umum bahawa air menguasai 3/4 ruang di dalam tubuh, sama dengan nisbah 3/4 air yang wujud di ruang permukaan bumi.

Kepentingan pada hidupan ini bukan sahaja kewujudannya di dunia, malah juga di akhirat Al-Quran telah mengambarkan syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai madu, susu dan air jernih. Walaupun manusia di akhirat tidak akan mati sampai bila-bila namun air itu sendiri adalah sebagai simbol knimatan dan keharmonian segala kehidupan di alam baqa'. Hinggakan ahli neraka sendiri merayu-rayu penghuni syurga hanya ingin minum walaupun hanya seteguk air.

Daripada sudut saintifik, sifat-sifat air boleh dibahagikan kepada 3 iaitu: 

1) SIFAT FIZIK

2) SIFAT KIMIA

3) SIFAT BIOLOGI......Bersambung.....

AIR MENURUT "SIFAT FIZIK".

Daripada sudut fiziknya, air ialah satu cecair yang boleh berubah-ubah bentuk daripada gas (wap) kepada cecair dan juga kepada pepejal (ais). Walaupun ia boleh berubah-ubah namun unsur kimianya tetap tidak berubah iaitu....2H+=0=H20....

Keunikan yang terdapat pada air ialah warnanya yang tidak berwarna (jernih) atau lutsinar. Oleh kerana ianya lutsinar, maka ia mampu membias, menyekak dan memecahkan cahaya. Ciri-ciri yang terdapat pada air ini sama dengan kristal. Walaupun komposisi air dan kristal adalah berbeza daripada segi sifat-sifat kimianya iaitu kristal terdiri daripada atom-atom karbon manakala air pula terdiri daripada atom-atom hidrogen dan oksigen namun hubungan kedua-dua entiti ini (air dan kristal) dengan tindak balas cahaya adalah sama. Dengan ini bolehlah dikatakan bahawa air itu sendiri adalah kristal dalam bentuk cecair.



AIR MENURUT "SIFAT KIMIA "

Daripada sudut kimia, air adalah yang tersangat-sangat baik. Air mampu melarutkan mineral seperti gula dan garam malah air juga mampu melarutkan logam-logam tertentu seperti besi, kalium, natrium dan sebagainya. Air juga adalah sangat versatile dan peka pada keadaan sesekelilingnya. Air tidak mempunyai rasa namun boleh diubahkan rasanya melalui bahan-bahan tertentu. Air berupaya menjadi penawar dalam masa yang sama ia juga mampu menjadi racun yang berbisa.



AIR MENURUT "SIFAT BIOLOGI"

Daripada sudut biologi pula, air adalah sumber tenaga bagi semua jenis hidupan. Manusia sanggup mencari kewujudan air di planet-planet di angkasa raya semata-mata untuk memastikan bahawa di sana terdapat hidupan. Kulat hanya akan hidup pada roti yang lembab--tidak pada roti yang kering. Telah terbukti sejak berzaman-zaman di mana-mana tempat yang ada air maka di situlah letaknya bandar-bandar besar dan mempunyai penduduk yang paling ramai.

Semoga dengan info yang ringkas ini memberi manfaat pada semua terutama pelajar-pelajar sains...

RAHSIA SISTEM DAN PERANAN KEDERIAAN MELALUI JARI-JEMARI

Djaffry Hassan19hb April 10.45 pagi
by Djaffry Hassan on Thursday, March 24, 2011 at 5:06pm

IBU JARI-(Keutamaan adalah rahsia kepada Maha zat Pencipta) rahsia bahagian otak, sistem tubuh (otot,tulang dan saraf). Rahsia waktu subuh-untuk pergerakan laju dan komunikasi. Kederiaan dan membantu rangsangan utk otot jantung, paru-paru dan bahagian tengkuk sebagai pengawalan denyutan jantung dan nadi dan juga sistem di bawah sedar atau pusat kawalan.

JARI HANTU-rahsia bahagian paru-paru iaitu sistem pernafasan, pengawalan bahagian hidung. Rahsia waktu zohor. Mewakili level tarikat.(deria hidung)

JARI KELINGKING-rahsia untuk sistem fizikal pada organ seksual dan peredaran darah. Rahsia waktu asar.kederiaan dan rangsangan utk sistem buah pinggang, kawasan kesuburan dan peredaran darah.mewakili level makrifat.(deria lidah).

JARI MANIS- rahsia untuk sistem metabolisma, pencernaan dan penghadaman. Rahsia waktu maghrib.Kederiaan dan rangsangan kepada sistem perut, hati,hempedu, pankreas dan usus. Mewakili level hakikat.(deria mata).

JARI TELUNJUK-rahsia untuk sistem imunisasi, antibodi dan hormon iaitu pusat kawalan. Rahsia waktu isyak dan untuk kerehatan dan tidur. Kederiaan dan rangsangan kepada semangat, akal fikiran, kretiviti, tumpuan, alahan,naluri dan suhu tubuh. Mewakili level syariat(deria telinga).

HAKIKAT SUSUNAN SIFAT KEJADIAAN 7 PENCIPTAAN.

DrJaffry Hassan20hb April 3.56 ptg


by DrJaffry Hassan on Monday, March 21, 2011 at 1:25am
.

Firman Allah SWT bermaksud;



"Sesungguhnya kamu melalui tingkat demi tingkat (dalam kehidupan). Mengapa mereka tidak mahu beriman."(Al-Insyiqaq; 19-20)



Para ulama' berpendapat bahawa kebaikan itu dibahagikan kepada 7 bahagian iaitu...kehalusan, keelokan, sinar, cahaya terang, kegelapan, kelembutan dan kebersihan.



Ketika Allah menciptakan alam semesta, maka Allah membahagi-bahagikan kebaikan dan kemurnian terhadap penciptaannya.

1)Kehalusan diberikan Allah kepada syurga.

2)Keelokkan diberikan Allah kepada bidadari.

3)Sinar diberikan Allah kepada matahari.

4)Nur atau cahaya diberikan kepada bulan.

5)Kegelapan Allah berikan kepada malam.

6)Kelembutan Allah berikan kepada air,

7)Kebersihan Allah berikan kepada udara.



Demikian jugalah Nabi Adam dan Hawa Allah ciptakan dengan hiasan kehalusan pada rohnya, keelokkan pada pipinya, sinar pada mukanya, manakala cahaya pada matanya, kegelapan pada rambutnya, kelembutan pada hatinya dan kebersihan pada sanubarinya.



Sesungguhnya penciptaan Maha Agong Allah SWT juga kepada sifat kejadian alam semula jadi dan manusia mempunyai sifat atau pasangannya yang amat tersusun dengan turutan yang sempurna. Umpamanya, 

1)Jika langit mempunyai qatrah (titisan hujan) dan manusia pula mempunyai abrah (air mata).

2)Jika dilangit ada suara petir, maka pada diri manusia pula ada suara bersin.

3)Jika bumi ada kestabilannya, maka pada diri manusia juga ada ketenangannya.

4)Jika di bumi ada sungai-sungainya, maka pada diri manusia ada laluan urat-uratnya, sedangkan rambut bagaikan rumput-rumputnya, dan pelbagai lagi hakikat kebesaran dan kehebatan penciptaan dari yang Maha Esa.

RAHSIA GETARAN DOA DAN 4 FAKTA ASAS DALAM SOLAT SEBAGAI "PENAWAR".

DrJaffry Hassan21hb April 2.16 pagi


by DrJaffry Hassan on Thursday, April 21, 2011 at 2:08am
.

Sesungguhnya perbuatan atau amalan mesti seiring atau selari dengan niat yang dirakamkan. Tubuh atau seluruh anggota akan lebih bertenaga apabila isyarat niat dapat digetarkan secara berperingkat-peringkat. Umpamanya seseorang yang melakukan ibadah solat tetapi dihantui dengan dilema untuk mencari kekhusyukan. Semakin ia cuba mencari tumpuan maka semakin kuat gangguan yang mendatang sehingga boleh memecahkan keutuhan iman. 

InsyaAllah jika amalan untuk mendapatkan kekhusyukan disusuli dengan 4 fakta asas seperti yang akan dijelaskan nanti, akan membantu kesatuan diri untuk melakukan ibadah suci apabila kita hendak menghadap tuhan yang Maha Agong. 4 fakta asas yang semestinya sedia ada sebelum, semasa dan sesudah beribadah tersebut ialah:

1) Keheningan / khusyuk

a) Kepercayaan yang telus dan tidak berbelah bagi disertai satu semangat yang tinggi sehingga berdebar menunggu masuknya waktu solat atau ibadah yang seterusnya.

b) Menjaga hukum dan peraturan yang boleh membatalkan solat.

c) Menjaga ketertiban setiap pergerakan agar dapat mencapai nikmat dan kelazatan dalam ibadah solat.

2) Kesabaran

a) Rasa cinta dengan penuh kasih sayang sehingga terasa berdebar dan dapat menikmati sebaik dan kesayuan didada betapa kerdilnya kita berhadapan dengan Maha Suci Allah.

b) Dilakukan secara tidak tergesa-gesa dengan mengambil tempat masa yang amat manis dan harmonis.

c) Pastikan tidak ada masa keduniaan yang menunggu untuk mendesak anda, supaya cuba mencuri walau sesaat pun masa dalam ibadah solat ini.

d) Ibadah yang dilakukan secara lemah lembut kerana kasih sayang ada pada diri anda yang sedang berdepan dengan Maha Suci Allah.

3) Keikhlasan

a) Benarkah anda melakukan ibadah ini kerana anda ikhlas atau anda hanya berpura-pura, dan takut balasan di akhirat.

b) Rasa malu jika orang lain mengetahui pada diri anda mungkin tidak dihormati.

c) Anda ingin menunjuk-nunjuk pada orang lain yang anda cukup alim.

d) Anda lakukan kerana anda mengerti hikmahnya atau kerana ia hanya satu tanggungjawab yang wajib dilaksanakan.

4) Kesyukuran

a) Akhirnya anda harus berdoa dengan mengucapkan kesyukuran pada setiap apa yang telah dilalui yang mana telah mengikut ketentuan dan ketetapan.

b) Anda ketika itu yang masih dapat bernafas dengan menerima penuh redha atas segala apa yang dikecapi.

c) Selepas itu anda terus berdoa secara tidak berlebih-lebihan atau melampaui batas.

d) Pastikan doa itu berpadan dan dapat menyaingi ikhtiar atas usaha anda.

e) Doa yang melampaui batas tanpa diiringi dengan usaha yang tinggi hanya akan menyulitkan keadaan dan menabahkan kekeliruan minda anda.

f) Yang terpenting sekali anda kena sentiasa dalam keadaan bersyukur atas apa pun pemberian dan nikmat yang telah dikurniakan.

Kesimpulan

Sekiranya keempat-empat fakta di atas tidak bersatu dan diterapkan secara berperingkat-peringkat semasa melakukan ibadah tersebut, maka doa anda tidak mempunyai getaran kelajuan yang secukupnya. Begitulah sebaliknya rahsia iman dalam niat yang begitu unik dan suci yang bersatu di dalam diri manusia yang berpeluang mengecapinya berbanding makhluk yang lainnya. Mencari kekhusyukan di dalam solat itu adalah perbuatan yang sia-sia selagi anda tidak mengenal erti sebenar kebesaran Maha Pencipta yang ada di sekeliling diri anda.

Moga kita mendapat manfaat bersama....

ADAP DAN CARA TIDUR NABI SAW

DrJaffry Hassan22hb April 1.59 pagi

.by DrJaffry Hassan on Friday, April 22, 2011 at 1:28am.Rasulullah s.a.w bersabda: Maksudnya:

“Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu, lalu kamu berdoa “Ya Allah, aku serahkan diriku kepadamu dan aku serahkan urusanku kepadamu, serta aku memohon perlindunganmu dan mengharapkan pahalamu. Tiada tempat untuk berlindung adan tiada jalan selamat selain kembali kepadamu. Ya Allah,aku beriman kepada kitabmu yang telah engkau turunkan dan kepada Nabi yang telah engkau utus”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadith disebut, sesiapa yang tidur dalam keadaan berwuduk, malaikat tidur bersamanya. Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda,

“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci’”

Tidur mengiring ke kiri tidak elok kerana jantung kita ketika itu dihimpit oleh paru-paru kanan yang lebih besar dari paru kiri. Pengamalan tidur sebegini akan menyebabkan gangguan kepada sistem pengaliran darah daripada jantung (alteri) terganggu, mengganggu sistem perut (pencernaan), penyahtinjaan terganggu (pembuangan air besar / sembelit), menyebabkan keletihan dan lesu apabila bangun pagi dan ilham terganggu serta banyak lagi mudaratnya.....

KALIMAH SUCI YANG MERINGANKAN APA SAHAJA BEBANAN

DrJaffry Hassan22hb April 5.14 ptg

.by DrJaffry Hassan on Friday, April 22, 2011 at 5:07pm.Ali r.a. meriwayatkan bahawa ada 4 malaikat yang memikul 'Arasy. Setiap malaikat memiliki 4 wajah. Tapak kaki mereka di bumi ke 7 (bawah) sejauh 500 tahun perjalanan. Abdullah bin Abbas r.a. pula meriwayatkan: Setelah mencipta 'Arasy, Allah SWT memerintahkan para malaikat memikulnya. Oleh kerana dirasai berat, mereka diperintahkan membaca SUBHAANALLAH. Ternyata dengan membaca tasbih itu berat beban mereka terasa berkurangan. Tasbih itu terus-menerus dibaca sehinggalah sampai terciptanya Nabi Adam a.s.

Ketika itu roh dimasukkan ke jasadnya, Adam a.s. membaca ALHAMDULILLAH yang dijawab oleh Allah SWT dengan kalimah YARHAMUKALLAH.

Mendengar Tahmid Adam a.s. itu, para malaikat pendukung 'Arasy berkata, kalimah itu adalah kalimah yang mulia dan tidak patut ditinggalkan. Dan sejak itu mereka mengucapkan SUBHAANALLAAH WALHAM-DULILLAAH. Lalu mereka merasakan berat beban mereka semakin berkurangan lagi.

Ketika mengutuskan Nabi Nuh, Allah SWT telah memerintahkan Nuh menyeru kaumnya membaca kalimah LAAILAAHA ILLALLAAH. Nuh a.s. adalah Nabi pertama diwahyukan supaya melaksanakan penyampaian zikir itu. Mendengar kalimah itu, para malaikat pendukung 'Arasy berkat: inilah kalimah ketiga yang harus disambung pada dua kalimah terdahulu SUBHAANALLAAHU WALHAMDULILLAAH. Sejak itu mereka pun mengucapkan kalimah itu bersambung-sambung menjadi SUBHAANALLAAHU WALHAMDULILLAAHI WALAA ILAAHA ILLALLAH sehinggalah diperintahkan Nabi Ibrahim menyembelih puteranya, Ismail, sebagai qurban.

Ketika melihat malaikat datang membawa seekor kibas untuk qurban sebagai gantikan Ismail, Nabi Ibrahim mengucapkan kalimah ALLAHU AKBAR. mendengar ucapan Nabi Ibrahim itu, para malaikat pendukung 'Arasy pun berkata Inilah kalimah keempat yang patut disambung pada tiga kalimah yang telah diucapkan. Maka mulai saat mereka pun mengucapkan kalimah SUBHAANALLAAHU WALHAMDU LILLAAHI WALAA ILAAHA ILLALLAAHU WALLAAHU AKBAR.

Ketika Jibrail a.s. menceritakan perkara itu kepada Nabi Muhammad, Nabi SAW pun mengucapkan kalimah LAAHAULA WALAA QUWWATA ILLAABILLAAHIL 'ALIYIL 'AZIM. Mendengarkan ucapan Nabi SAW itu, Jibrail segera berkata, ucapapan itu patut disambungkan kepada empat kalimah yang telah pun disambung dan dibaca oleh malaikat-malaikat pendukung 'Arasy. Sejak itu maka "terciptalah" kalimah.....SUBHAA NALLAAHU WALHAMDU LILLAHI WALAA ILAAHA ILLAALLAAHU AKBAR LAAHAULA WALAAQUWWATA ILLAABILLAAHIL 'ALIYIL 'AZIM...dan terus-menerus menjadi bacaan malaikat-malaikat pendukung 'Arasy yang menjadikan segala beban mereka mendukung 'Arasy menjadi ringan.

Hadis riwayat Abu Hurairah pula menyatakan bahawa Nabi SAW bersabda: "Tatkala menciptakan makhluk Allah Ta'ala telah menulis dalam buku yang tersimpan di 'Arasy "Sesungguhnya rahmat (kasih sayang)-Ku lebih besar daripada murka-Ku."

Semoga dengan mengamalkan kalimah suci ini,semakin ringanlah apa pun bebanan yang kita tanggung...