Friday, March 11, 2011

Siri 3: Perubatan Sunnah



Perubatan Hayat menyatakan bahawa penyakit-penyakit adalah berpunca sama ada disebabkan oleh kecacatan anatomi2 atau kerosakan sistem fisiologi3. Ia menganggap punca-punca menyakit mengakibatkan gangguan keseimbangan dalam badan dan tujuan serta objektif perubatan dan perawatan adalah untuk mengembalikan keseimbangan tersebut. Perubatan Hayat tidak menerima punca sesuatu penyakit sekiranya dikatakan ianya berasal diluar daripada kerangka anatomi dan gangguan fisiologi. Oleh itu perubatan hayat hanya memfokuskan diagnosisnya khusus kepada penilaian jasmani4. Ia tidak menimbangkan lagi kaedah-kaedah lain di dalam menerangkan serta menentukan jenis dan punca penyakit.
Definisi ketidaknormalan manusia dalam perubatan hayat adalah tidak mencukupi kerana ia hanya memfokuskan kepada faktor biologi dan mengabaikan budaya dan jiwa manusia. Perubatan hayat tidak mempunyai kriteria yang tetap untuk membezakan normal atau tidaknya struktur dan fungsi badan. Ia bergantung kepada ukuran statistik untuk mendefinisikan normal atau tidaknya sesuatu struktur atau fungsi. Ia terpaksa mengambil kira nilai hujung pada keseimbangan sebagai normal. Di sebalik pengakuan penggunaan sains yang bersifat objektif, model perubatan hayat tidak selalunya dapat beroperasi tanpa pengaruh-pengaruh yang bersifat subjektif di dalam pengamalannya. Sifat-sifat subjektif tidak dapat dielak di dalam mendiagnosa dan menentukan jenis rawatan. Kenyataan bermula daripada titik permulaan. Perubatan Hayat tidak bersepadu.Perubatan hayat mengabaikan budaya setempat, masyarakat, unsur rohani dan aspek kejiwaan sesuatu penyakit dan hanya memberi tumpuan kepada aspek yang dapat dirasa oleh deria. Tidak ada penekanan diberikan kepada kesejahteraan dan kebajikan sebaliknya hanya tumpuan sempit diberikan kepada kecacatan anatomi dan fisiologi. Perubatan hayat gagal menangani masalah kecelaruan mental yang tidak jelas punca anatomi dan fisiologinya. Di dalam pendekatannya, model perubatan hayat seolah-olah meminggirkan alam sekeliling dan tingkah laku yang menjadi tabiat pesakit. Perubatan hayat menyamakan keuzuran sebagai penyakit. Istilah keuzuran adalah lebih luas dan menyeluruh maknanya dibanding dengan istilah penyakit. Keuzuran boleh berpunca daripada faktor yang dapat di rasa oleh deria juga faktor yang tidak dapat dirasa oleh deria tetapi penyakit secara keseluruhannya adalah diakibatkan oleh faktor yang dapat dirasa oleh deria. Seorang tua mungkin kelihatan uzur tetapi dia mungkin tiada sebarang penyakit yang khusus. Dalam masa yang sama seorang yang berpotensi mengidap penyakit yang serius mungkin masih tidak sedar tentang keadaan tersebut atau tidak ambil kisah dan merasakan mereka berada di dalam kesihatan yang baik.
Perubatan hayat gagal membezakan keuzuran dengan penyakit kerana mereka hanya bertumpu kepada anggota tubuh tetapi tidak perasaan dan fikiran. Ia menolak gabungan minda dan jasad yang telah diterima secara tradisi oleh kelompok manusia sepanjang sejarah. Ia turut menolak gabungan nyawa dan jasad yang menjadi karakter unik seorang manusia.
Adaptasi daripada teks inggeris Prof Dr Omar Hassan KasuleKompilasi : Ishak Mas’ud KBMC, KHIM

No comments:

Post a Comment