Model Perubatan Hayat adalah hasil daripada pembangunan falsafah di eropah sekitar 500 tahun lampau yang memindahkan perubatan metafizik kepada perubatan saintifik. Perubahan falsafah yang berlaku antaranya adalah menerima hanya kehidupan yang bersifat material (empiricism), pemisahan antara roh dan perkara-perkara lain dalam kesihatan (secularism), dan pemecahan zat-zat fizikal ( cth: memahami sesuatu dengan cara memecahkannya kepada juzuk-juzuk yang kecil).
Watak-watak Asas Model Perubatan Hayat:
Bagaimanapun latar belakang Perubatan Hayat bertentangan dengan konsep Islam dan sunnah. Faktor kebendaan mengakibatkan sektor kesihatan dipertimbangkan sebagai satu `barangan dagangan’ yang boleh di beli dengan kuasa wang. Latar belakang kebendaan meminggirkan rasa perikemanusiaan dan mengelirukan peranan jasad manusia kerana merawat mereka seolah-olah seperti membaiki `mesin’, `alat-alatan’ atau menafsirkan gejala penyakit sebagai hanya satu fenomena fizik dan kimia. Di samping meminggirkan faktor insan, ia turut meminggirkan personaliti pesakit dengan menakrifkan pesakit sebagai kes `kaji penyakit’ dan bukan sebagai manusia. Perubatan hayat lebih mengutamakan penyakit dan bukan pengidapnya. Hubungan secara teknikal menggantikan hubungan kemanusiaan doktor dan pesakit. Pesakit tidak mendapat kepuasan emosi dan psikologi daripada doktor yang datang merawatnya walaupun penyakit `patologi’nya beransur pulih dengan agak memuaskan. Perubatan Hayat bergantung sepenuhnya kepada teori saintifik penyakit yang mengaitkan gejala-gejala khusus yang di alami pesakit sebagai satu entiti penyakit dan setiap entiti penyakit mempunyai penyebab yang unik dan juga rawatan yang unik.
No comments:
Post a Comment