Sunday, March 27, 2011

Siri Kursus Perubatan Sunnah


Tajuk : Cahaya dan Tenaga
Pengajar : Prof Dr Jaffry Hassan.
Tarikh : 2. April 2011
Masa : 9pg - 5ptg
Tempat : Wangsa Maju, KL
Bayaran : RM 350.00
(sila masukan kedalam akaun maybank 158 284 031 700 - Mohd Fyrolikram Othman)
Hubungi - Fyrol Ikram Othman - 013- 388 2726
http://amh-edu.webs.com/

Friday, March 11, 2011

Siri 3: Perubatan Sunnah



Perubatan Hayat menyatakan bahawa penyakit-penyakit adalah berpunca sama ada disebabkan oleh kecacatan anatomi2 atau kerosakan sistem fisiologi3. Ia menganggap punca-punca menyakit mengakibatkan gangguan keseimbangan dalam badan dan tujuan serta objektif perubatan dan perawatan adalah untuk mengembalikan keseimbangan tersebut. Perubatan Hayat tidak menerima punca sesuatu penyakit sekiranya dikatakan ianya berasal diluar daripada kerangka anatomi dan gangguan fisiologi. Oleh itu perubatan hayat hanya memfokuskan diagnosisnya khusus kepada penilaian jasmani4. Ia tidak menimbangkan lagi kaedah-kaedah lain di dalam menerangkan serta menentukan jenis dan punca penyakit.
Definisi ketidaknormalan manusia dalam perubatan hayat adalah tidak mencukupi kerana ia hanya memfokuskan kepada faktor biologi dan mengabaikan budaya dan jiwa manusia. Perubatan hayat tidak mempunyai kriteria yang tetap untuk membezakan normal atau tidaknya struktur dan fungsi badan. Ia bergantung kepada ukuran statistik untuk mendefinisikan normal atau tidaknya sesuatu struktur atau fungsi. Ia terpaksa mengambil kira nilai hujung pada keseimbangan sebagai normal. Di sebalik pengakuan penggunaan sains yang bersifat objektif, model perubatan hayat tidak selalunya dapat beroperasi tanpa pengaruh-pengaruh yang bersifat subjektif di dalam pengamalannya. Sifat-sifat subjektif tidak dapat dielak di dalam mendiagnosa dan menentukan jenis rawatan. Kenyataan bermula daripada titik permulaan. Perubatan Hayat tidak bersepadu.Perubatan hayat mengabaikan budaya setempat, masyarakat, unsur rohani dan aspek kejiwaan sesuatu penyakit dan hanya memberi tumpuan kepada aspek yang dapat dirasa oleh deria. Tidak ada penekanan diberikan kepada kesejahteraan dan kebajikan sebaliknya hanya tumpuan sempit diberikan kepada kecacatan anatomi dan fisiologi. Perubatan hayat gagal menangani masalah kecelaruan mental yang tidak jelas punca anatomi dan fisiologinya. Di dalam pendekatannya, model perubatan hayat seolah-olah meminggirkan alam sekeliling dan tingkah laku yang menjadi tabiat pesakit. Perubatan hayat menyamakan keuzuran sebagai penyakit. Istilah keuzuran adalah lebih luas dan menyeluruh maknanya dibanding dengan istilah penyakit. Keuzuran boleh berpunca daripada faktor yang dapat di rasa oleh deria juga faktor yang tidak dapat dirasa oleh deria tetapi penyakit secara keseluruhannya adalah diakibatkan oleh faktor yang dapat dirasa oleh deria. Seorang tua mungkin kelihatan uzur tetapi dia mungkin tiada sebarang penyakit yang khusus. Dalam masa yang sama seorang yang berpotensi mengidap penyakit yang serius mungkin masih tidak sedar tentang keadaan tersebut atau tidak ambil kisah dan merasakan mereka berada di dalam kesihatan yang baik.
Perubatan hayat gagal membezakan keuzuran dengan penyakit kerana mereka hanya bertumpu kepada anggota tubuh tetapi tidak perasaan dan fikiran. Ia menolak gabungan minda dan jasad yang telah diterima secara tradisi oleh kelompok manusia sepanjang sejarah. Ia turut menolak gabungan nyawa dan jasad yang menjadi karakter unik seorang manusia.
Adaptasi daripada teks inggeris Prof Dr Omar Hassan KasuleKompilasi : Ishak Mas’ud KBMC, KHIM

Siri 2: Perubatan Sunnah



Model Perubatan Hayat adalah hasil daripada pembangunan falsafah di eropah sekitar 500 tahun lampau yang memindahkan perubatan metafizik kepada perubatan saintifik. Perubahan falsafah yang berlaku antaranya adalah menerima hanya kehidupan yang bersifat material (empiricism), pemisahan antara roh dan perkara-perkara lain dalam kesihatan (secularism), dan pemecahan zat-zat fizikal ( cth: memahami sesuatu dengan cara memecahkannya kepada juzuk-juzuk yang kecil).
Watak-watak Asas Model Perubatan Hayat:
Bagaimanapun latar belakang Perubatan Hayat bertentangan dengan konsep Islam dan sunnah. Faktor kebendaan mengakibatkan sektor kesihatan dipertimbangkan sebagai satu `barangan dagangan’ yang boleh di beli dengan kuasa wang. Latar belakang kebendaan meminggirkan rasa perikemanusiaan dan mengelirukan peranan jasad manusia kerana merawat mereka seolah-olah seperti membaiki `mesin’, `alat-alatan’ atau menafsirkan gejala penyakit sebagai hanya satu fenomena fizik dan kimia. Di samping meminggirkan faktor insan, ia turut meminggirkan personaliti pesakit dengan menakrifkan pesakit sebagai kes `kaji penyakit’ dan bukan sebagai manusia. Perubatan hayat lebih mengutamakan penyakit dan bukan pengidapnya. Hubungan secara teknikal menggantikan hubungan kemanusiaan doktor dan pesakit. Pesakit tidak mendapat kepuasan emosi dan psikologi daripada doktor yang datang merawatnya walaupun penyakit `patologi’nya beransur pulih dengan agak memuaskan. Perubatan Hayat bergantung sepenuhnya kepada teori saintifik penyakit yang mengaitkan gejala-gejala khusus yang di alami pesakit sebagai satu entiti penyakit dan setiap entiti penyakit mempunyai penyebab yang unik dan juga rawatan yang unik.

Siri 1: Perubatan Sunnah



Pengenalan:
Perbandingan antara model Perubatan Bersepadu Sunnah dan Perubatan Perawatan Hayat (Biomedicine) di dalam praktik perubatan kadang-kadang mendapat gambaran yang salah apabila ianya seolah-olah dibezakan oleh penggunaan teknologi dan alat-alatan yang berbeza di antara keduanya. Sebenarnya perbezaan antara keduanya adalah pada asasnya berdasarkan kepada `paradigma’ yang diguna pakai, falsafah asas yang menjadi tunjang pemikiran serta tabiat dan nilai.
Teknologi yang digunakan mungkin serupa di dalam kedua-dua model tetapi kesantunan di dalam penggunaan, kesan rawatan dan kesembuhan kesihatan secara keseluruhannya mungkin berbeza di antara dua pendekatan ini. Tulisan ini akan membicarakan konsep dan praktik Perubatan Hayat (Biomedicine), dan kemudiannya akan memaparkan konsep sunnah dimana kesepaduan praktik boleh didasarkan kepada konsep sunnah terhadap kehidupan, kesihatan, penyakit, rawatan dan pencegahan penyakit. Perbandingan antara kedua-dua model perubatan dan perawatan akan dibincangkan dan cadangan-cadangan untuk mempraktikkan kesepaduan falsafah perubatan didalam perawatan akan dikemukakan.
Model Perubatan Hayat (Biomedicine)
Latar belakang falsafah:
Memahami asas model Perubatan Hayat adalah perlu untuk menilai polisi alternatif kesihatan. Praktik perubatan pada masa kini adalah berasaskan model Perubatan Hayat. Perubatan Hayat telah memperoleh pencapaian yang membanggakan di dalam pencegahan dan rawatan banyak penyakit tetapi menempuh cabaran yang getir terhadap penyakit tidak berjangkit dan menanggung kenaikan kos yang tinggi untuk perawatan penyembuhan tanpa disertai oleh peningkatan kesihatan yang sewajarnya…

Jadual Akademik Program Perubatan Sunnah Akademi Minda Holistik (AMH)


APRIL
23 April 2011 - Kursus Asas - Menangani Penyakit dan Permasalahan dalam Konsep Pertimbangan Sunnah dalam Rahsia Masa dalam Masa
Kuala Lumpur
Hubungi
Fyrol Ikram 013-388 2726

3 April 2011 - Seminar Percuma Perubatan Sunnah
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)



2 April 2011  - Cahaya & Tenaga
Kuala Lumpur
Hubungi  Fyrol Ikram 013-388 2726

MAC
26 Mac 2011 -  Kursus Asas - Menangani Penyakit dan Permasalahan dalam Konsep Pertimbangan Sunnah dalam Rahsia Masa dalam Masa
(Hotel Selesa, Johor Baharu)
Hubungi  Fyrol Ikram 013-388 2726 / Pn. Norlida 017 749 6119

12&13 Mac 2011 - Kerelatifan dan Keseimbangan Dalam Hukum Pertimbangan Sunnah
(Wangsa Walk Mall)
Hubungi  Fyrol Ikram 013-388 2726

FEBRUARI
5.2.2011 - Kursus Asas - Menangani Penyakit dan Permasalahan dalam Konsep Pertimbangan Sunnah dalam Rahsia Masa dalam Masa
(Kota Kemuning, Shah Alam.)
Hubungi  Fyrol Ikram 013-388 2726

25,26 & 27 . 2. 2011
 Program Khas Pembangunan Usahawan Perubatan Komplementari
Kursus Intensif Pra- Diploma Perubatan Sunnah
(Hotel De Palma, Ampang)
Hubungi  Fyrol Ikram 013-388 2726

Wednesday, March 9, 2011

Penciptaan Manusia Melalui Rahsia Jisim Dan Pernomboran

Oleh : Prof. Dr Jaffry Hassan
Penciptaan Manusia
Melalui Rahsia Jisim Dan Pernomboran

Angka atau susunan kiraan atom adalah rahsia sesebuah jisim dan pernomboran yang begitu sistematik adalah mewakili kecenderungan pada unsur atom yang tertentu sebagaimana kesesuaiannya.....sebagai contoh.....

Unsur NITROGEN no.atomnya adalah "7", kecenderungan kpd unsur angin(spiritual) pasangan kesesuaiannya no.atomnya adalah "0".

Unsur OKSIGEN no.atomnya adalah "8", kecenderungan kpd unsur api(emosi) pasangan kesesuaiannya no.atom "2" dan "3".

Unsur HIDROGEN no.atomnya adalah "1", kecenderungan kpd air(mental) pasangan kesesuaiannya no.atom "9".

Unsur KARBON no.atomnya adalah "6", kecenderungan kpd tanah(fizikzl) pasangan kesesuaiannya no.atom "4" dan "5".

Susunan kegemilangan nombor 786 adalah rahsia sifat Pengasih dan Penyayang.

"NUMEROLOGY" - Iilmu Pernomboran
1) Ilmu nombor adalah ilmu yang telah / sudah teruji dan telah melalui pengalaman yang panjang.
2)Pengaruh-pengaruh planet dan kehidupan d dunia ini amat mempengaruhi nombor.
3)Amat kuat pengaruh kerana bumi dikelilingi oleh seluruh cakerawala.
4)Pergerakan planet mempunyai pengaruh setiap ketetapan, perancangan penciptaan seluruh alam.
5)Rahsia nombor dengan pengaruh moral atau akhlak.
6)Ilmu nombor ada hubungannya dengan astrologi(perbintangan) dan ZODIAK.

SEMOGA KITA SEMAKIN MENGENAL ALLAH DAN KEAJAIBAN HUKUM ILMU PERNOMBORANNYA.

Monday, March 7, 2011

Kursus Terkini - Mac

1.Modul Lanjutan Kursus Perubatan Sunnah

Tajuk : Kursus Kerelatifan Masa dan Keseimbangan dalam Hukum Pertimbangan Sunnah

Tarikh : 12 & 13 Mac 2011

Tempat : Wangsa Maju, Kuala Lumpur

2. Kursus Asas Perubatan Sunnah

Tajuk : Menangani Penyakit dan Masalah dalam Hukum Pertimbangan Sunnah dalam Rahsia Masa dalam Masa

Tarkh : 26 Mac 2011

Tempat : Hotel Selesa Johor Bahru

Sebarang pertanyaan sila hubungi  Fyrol Ikram Othman 013- 388 2726

Untuk Pendaftaran sila masukan deposit RM 200.00 ke akaun Maybank 158 284 031 700