Akademi Minda Holistik
Kehidupan yang HARMONI dalam TERTIB Ruang Masa Pertimbangan Sunnah
Monday, July 9, 2012
Saturday, February 25, 2012
Saturday, February 18, 2012
Program Pembangunan Usahawan AMH
Assalamualaikum dan salam sejahtera.Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan sahabat baginda.Akademi Minda Holistik berbesar hati untuk berkongsi ilmu dengan masyarakat umumnya dengan mengadakan program khas :
Program Pembangunan Usahawan AMH
Kursus Intensif Pra Diploma Perubatan Energy dalam Hukum Pertimbangan Sunnah
Tarikh : 23,24&25 Mac 2012
Apa yang anda pelajari?
1. Mengenali Tubuh - anatomi & fisiologi
2. Mengenali Personaliti - Psikologi
3. Mengenali Penyakit - Akut & Kronik
4. Mendiagnosa - Apllied Kenesiologi
5. Mengenali Penawar - Farmakologi
Anda akan diajar dengan 5 tajuk utama diatas, yang mana dengan ini akan membolehkan anda merawat diri sendiri, keluarga, rakan-rakan dan sekaligus membolehkan anda MEMBUAT DUIT LEBIH dengan menjadi usahwan AMH sebagai perawat perubatan komplimentari.
Apa yang anda dapat?
1. Ilmu yang cukup bermanfaat, insyaAllah sangat berguna sepanjang hidup.
2. Buku nota yang lengkap, boleh menjadi rujukan bila-bila masa diperlukan.
3. Sijil penyertaan/ Sijil Pra Diploma
4. Formula bernilai RM 500! Boleh digunakan terus untuk merawat.
5. Penginapan sepanjang kelas
6. Makan dan minum 4 kali sehari
Yuran : RM 2000.
RM 1500 jika mendaftar sebelum 1 Mac 2012
Hubungi - Fyrol Ikram Othman 013 388 2726 untuk info lanjut
Siapa Yang Perlu Hadir?
1. Pengamal perubatan moden dan alternatif, jururawat dan paramedik yang ingin menambah ilmu perubatan khususnya perubatan energy.
2. Guru, Pensyarah, Pelajar dan Ustaz yang ingin menghayati ilmu pertimbangan sunnah.
3. Orang awam yang ingin menambah ilmu dan pendapatan.
4. Penggiat MLM/ Direct Selling Produk kesihatan untuk skil mengesan penyakit, mengenali personaliti dan lain-lain.
Saturday, September 17, 2011
Doktor..saya tak nak meninggal...
Alhamdulillah syukur yang amat tak terhingga kepada Allah s.w.t kerana semua pesakit yang dibedah oleh pasukan kami, yang juga melibatkan tangan saya menunjukkan pemulihan yang positif, tiada 'wound brakedown' (masalah luka selepas pembedahan yang dijangkiti kuman). Ini menjadikan saya merasa sungguh gembira dan berjanji untuk bekerja dengan lebih baik lagi kerana Allah ta'ala. Alahmdulillah, dengan keadaan pesakit yang terkawal, dapatlah saya pergi masjid lebih awal untuk solat jumaat. Selepas solat jumaat, dapat pula memenuhi jemputan jamuan hari raya di jabatan lain dan kemudian untuk hari-hari yang tidak sibuk, dapatlah balik jam 5 petang seperti orang lain, dapatlah saya berehat dirumah setelah seharian bekerja di hospital getus saya didalam hati. Ternyata hari ini adalah hari yang penuh dengan rasa syukur.
Namun, hari berkenaan tidak berakhir dengan begitu sahaja. Setibanya di rumah, pager saya bergegar, seiring dengan telefon saya. Ternyata panggilan dari hospital, menyatakan ada kes kecemasan daripada CRW (cardiac rehablitation ward). Minggu berkenaan saya merupakan 1st 'oncall'. Seawal ini mereka memanggil saya, sudah tentu ini bukan kes biasa. Kesnya ialah seorang perempuan Melayu Islam, berumur 22 tahun yang mengalami ketumbuhan pada dadanya. Kes ini menjadi kritikal apabila ketumbuhan itu sudah terlalu besar sehingga tekanannya mengakibatkan air terkumpul pada kantung jantung.
Jantung kita mempunyai karung @ kantung yang dipanggil 'Pericardium'.Pada manusia normal, disitu memang terdapat sedikit cecair(sangat-sangat sedikit) yang bertindak sebagai pelincir supaya jantung dapat berdegup dengan lancar didalam karung tersebut. Oleh yang demikian mereka yang mengalami lebihan air di pericardium dipanggil sebagai 'pericardial effussion'.
Masalah yang berlaku ialah apabila air yang terkumpul didalam karung jantung pesakit muda ini terlampau banyak, lebih sepuluh kali ganda daripada manusia normal. Maka setelah saya mendapat sedikit sebanyak berkenaan pesakit ini(sekadar untuk tahu betapa kritikalnya kes berkenaan), saya terus menunaikan solat asar, menghidupkan enjin kereta dan terus memecut ke hospital yang jarak antara rumah ke hospital dalam linkungan hanya 5km. Habis semua lampu merah saya langgar,lampu kecemasan dihidupkan dengan harapan supaya kereta lain memberi laluan. Alhamdulillah semua kereta ternyata memberi lalaun, seolah-olah faham akan keadaan saya. Sesampai sahaja di hospital, saya terus berlari ke dewan bedah. Masa dirasakan semakin suntuk, amanah Allah dan juga fator nyawa manusia memaksa saya berlari bersungguh-sungguh, bukan sekadar berlari anak.
Ini kerana jantung, apabila air terlampau banyak terkumpul dalam 'pericardium', jantung seolah-olah kelemasan didalam kolam. Bayangkan kita berenang dikolam atau pun laut, berapa lamakah kita boleh bertahan? Begitu juga dengan jantung, dan komplikasinya sangat besar sehingga pesakit boleh mati...itulah yang bermain didalam fikiran saya sejak menerima panggilan tadi.
Alhamdulillah saya sampai didewan bedah tepat pada waktunya dan kebetulan pesakit baru sahaja ditolak masuk ke dalam bilik pembedahan. Situasi memang amat sibuk dengan pakar bius bertungkus lumus memasang 'line' bagi tujuan memasukkan ubatan bius terus ke saluran darah. Dan kami, (pasukan pembedahan) berbincang bagaimanakah cara dan kaedah yang terbaik yang akan diguna pakai untuk melakukan pembedahan berdasarkan laporan hitam putim yangg kami terima. Satu kaedah telah di muktamadkan. Open chest!(belah dada), dan buat pericardial window (satu lubang bersama tiub supaya lebihan cecair yang berada dalam karung jantung boleh keluar).
Setelah pasukan bius siap memasang 'line', kami terpaksa menunggu untuk 5 minit lagi sebelum pesakit dibius(ditidurkan). Ini kerana kami terpaksa menunggu darah 'back up' untuk pesakit ini yang mengambil masa sehingga 5 minit untuk tiba. Pada masa itu pesakit masih sedar lagi. Ketika itulah pesakit berkenaan bersuara dan berkata dengan amat lemah sekali, penuh pengharapan yg amat sangat........
"doktor, saya tak nak meninggal"...............................
Kami semua terkejut. Kami memandang antara satu sama lain. Pakar saya yang mengetuai pembedahan ini lantas berkata.. "jangan risau, insyaALLAH kami akan buat yang terbaik..."
Ok, darah dah sampai! pakar bius lantas memberi isyarat untuk mula membius pesakit. Kami menyuruh supaya pesakit berselawat dan mengucap kalimah syahadah. Maka....setelah pesakit ditidurkan melalui bius, tiba-tiba pakar bius menjeret "WE CANNOT BAGGING THE LUNG"....(maksudnya, paru-paru pesakit tidak boleh kembang akibat daripada ketumbuhan yang menekan saluran pernafasan yang utama. Secara klinikalnya, apabila paru-paru tak kembang, paru-paru tidak boleh menyerap oksigen, dan apabila oksigen tak dapat, otak manusia hanya boleh bertahan selama 4 minit sahaja, lebih daripada itu, sel otak akan mati)
SubhanAllah, pada masa tu, Allah sahaja yang tahu betapa terkejutnya kami..hati saya dah mula terasa tidak sedap dan secara jujurnya hati saya mula menangis..
Dengan sepantas kilat, kami terus memulakan proses membelah dada pesakit berkenaan supaya kami dapat membuka ruang salur pernafasan utama yangg tersekat oleh ketumbuhan yang besar. Semasa proses membelah tu, darah tidak behenti-henti keluar dan memancut kerana kami hanya menggunakan pisau (blade).(biase kami guna pisau elektrik, supaya tissu yang terdapat salur darah halus @ besar yang terpotong dapat dibakar, dan seterusnya memberhentikan pendarahan) kami tidak menggunakan pisau elektrik kerana kami tiada masa. kami cuma ada 4 minit sahaja!
Keadaan pada masa tu amatlah genting, pakar saya bagaikan bersilat gayanya. 3 minit 45 saat kemudian, kami berjaya 'open chest' dan paru-paru pesakit mula kembang dan berfungsi sepertt biasa.. Alhamdulillah.. dari raut wajah semua menunjukan kelegaan walaupun operasi utama pembedahan sebenarnya masih belum berjalan(pericardial window). Maka selesailah satu masalah yang tak terjangka oleh kami semua.
Seterusnya, kami pun memulakan proses membuat 'pericardial window', memasang tiub dan akhir sekali 'close chest'. Pembedahan hanya selesai tepat jam 8.40 malam.
Pesakit kemudiannya ditolak keluar untuk dihantar ke ICU. Semasa dalam perjalanan kesana, sekali lagi ketumbuhan tersebut telah menekan saluran darah yang menyebabkan jantung turut terhenti..Kali ini kami tidak dapat berbuat apa-apa..
Akhirnya pesakit itu pun pergi buat selama-lamanya..Ternyata Allah lebih menyanyanginya..
Esok.. genap seminggu arwah pergi, walaupun saya tidak mengenalinya, tetapi dia tetap pesakit saya..saya telah melatih diri saya untuk mengangap setiap pesakit bagaikan saudara saya agar saya sentiasa memberi yang terbaik untuk mereka...dan saya masih teringat kata-kata terakhirnya..
"doktor, sy tak nak meninggal"........
'saya' dalam watak diatas merupakan seorang Penolong Pegawai Perubatan yang bertugas di Jabatan Pembedahan Jantung dan Paru-paru Hospital Pulau Pinang.
Rencana ini adalah sebahagian rencana yang menyertai untuk diterbitkan dalam buku Inspirasi dan Motivasi untuk Rakyat Malaysia. Jika anda mempunyai cerita-cerita tentang perjuangan rakyat Malaysia, yang memberikan inspirasi kepada orang lain sila emailkan kepada mofibio@gmail.com.
Cerita pendek hendaklah asli. Mengandungi 800-1500 patah perkataan.Terbuka kepada anak muda dalam lingkungan 17-35 tahun. Contoh cerita seperti perjuang kemerdekaan yang ditulis oleh anda sendiri, tentang polis atau pegawai bomba yang bertungkus lumus menyelamatkan harta/orang awam dan lain-lain lagi.
Saturday, July 2, 2011
ILMU PSIKOLOGI MENURUT ISLAM
Ibn Khaldun adalah orang yang memperkenalkan sains sosial Ilm al-umran), iaitu sekitar tahun 1377. Antara cabang sains sosial adalah psikologi dan sarjana-sarjana Islam adalah antara orang yang paling awal membuat kajian dalam bidang ini. Antara sarjana-sarjana Islam yang dimaksudkan ialah Ibn Sina, Al-Ghazali dan Al-Farabi. Ibn Sina dalam bukunya, Al-Shifa’,ada membincangkan akal, kewujudannya, hubungan akal dan tubuh, perasaan dan persepsi . Menurut Ibn Sina, jiwa manusia mempunyai kemampuan secara teori dan praktikal yang membentuk kecerdikan atau kecerdasan minda.
Menurutnya lagi, jiwa itu sendiri boleh mencapai idea yang tidak disedari oleh seseorang melalui perasaan, imaginasi dan anggaran. Beliau menganggap kebolehan tersebut sebagai faktor utama kepada tingkah laku.
Al-Ghazali adalah orang yang mula-mula memberi istilah kepada kajian akal atau kelakuan manusia lima abad sebelum Rodold J. Clenues menggunakan istilah yang sama (psikologi). Al-Ghazali juga mengkaji hampir kesemua aspek dalam psikologi. Al-Ghazali menyatakan bahawa jiwa adalah suatu entiti spiritual yang mengawal fungsi fizikal dan organik manusia serta menguasai deria untuk menjalankan keperluan-keperluan badan. Walau bagaimanapun, ilmu-ilmu yang diperkenalkan oleh sarjana-sarjana Islam ini telah dikembangkan oleh cendekiawan Barat tanpa memberikan kredit kepada pengasas ilmu tersebut.
Dari perspektif Islam, personaliti dimaksudkan sebagai sahsiah atau secara umumnya akhlak. Menurutnya lagi, faktor-faktor lain yang dianggap penting dalam perkembangan personaliti manusia ialah hubungan manusia dengan Allah s.w.t., interaksi roh dan jasmani serta peranan akal. Personaliti boleh dibahagikan kepada dua iaitu akhlak terpuji dan akhlak tercela. Manusia yang berakhlak atau mempunyai personaliti positif menurut perspektif Islam adalah manusia yang melakukan kebaikan dan menyerah diri secara total (bulat hati) kepada Allah. Sarjana-sarjana Islam melihat bahawa perspektif baru dalam psikologi di bawah pengaruh Al-Quran dan hadith boleh mengisi kelompangan serta kekosongan dan juga mampu mempengaruhi perubahan sosial untuk kebaikan manusia dan masyarakat.
Islam berpendapat, pengajian berkenaan jiwa manusia merupakan aktiviti saintifik yang berguna dan patut digalakkan sepertimana ilmu pengetahuan yang lain. Penyelidikan mengenai diri manusia ternyata merupakan jalan paling singkat dan paling pasti kepada mempercayai Tuhan. Ini berpandukan maksud ayat-ayat dari Al-Quran berikut:
“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Quran itu adalah benar”
(Al-Quran: Al-Fussilat: 53)
“Dan di bumi ini terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin, dan (juga) pada dirimu sendiri”
(Al-Quran: Al-Dhariyat: 20-21).
Sesetengah ahli psikologi berpendapat bahawa psikologi telah menjadi sains yang kekurangan subjek utamanya, iaitu jiwa. Kesemua mazhab psikologi dari Barat tidak mengkaji jiwa tetapi sebaliknya memberatkan kepada kajian tingkah laku sahaja. Menurutnya lagi, dari mana asal dan bagaimana bentuk jiwa tidak dikaji oleh ahli psikologi barat.
Berbeza daripada pemikiran dan falsafah sejarah moden yang berbentuk sama ada empiris, material atau spiritual semata-mata, pemikiran dan falsafah sejarah Islam adalah hasil gabungan daripada ketiga-tiga aspek tersebut dalam bentuk bersepadu, dan dengan mengambil kira unsur-unsur teologi dan metafizik. Namun, jika ilmu psikologi Barat diketepikan keseluruhannya, mungkin juga sebahagian daripada warisan Islam itu sendiri akan hilang kerana kebanyakan ilmu tentang kejiwaan diceduk dari hasil pemikiran sarjana-sarjana Islam seperti Ibn Sina dan Imam Al-Ghazali.
ZIKIR SEBAHAGIAN ASAS ILMU PSIKOLOGI ISLAM
Di zaman penuh pancaroba ini, hati manusia sentiasa keluh kesah dengan pelbagai masalah dan ujian. Pelbagai usaha digunakan untuk mencari ketenangan jiwa. Ada yang ke panggung wayang, ada yang makan, ada yang tidur dan seribu satu macam cara lagi. Namun, Islam sebenarnya telah ada formula penenang jiwa sejak 1400 tahun dahulu. Firman Allah swt dalam surah ar-Ra’d, ayat ke-28, maksudnya dengan berzikir, hati menjadi tenang.
Mungkin ramai yang tidak mahu mengakui kuasa zikir lantaran kemampuan ‘fikir’nya yang tidak menjangkaui hal-hal ghaib. Allah menjanjikan ganjaran yang banyak kepada orang yang sentiasa membasahi lidahnya dengan zikir. Sebagai perumpamaan, ucapan dua kalimah syahadah adalah lebih berat daripada seluruh isi dunia jika diletakkan di atas timbangan. Dengan menyebut nama-nama Allah dan sifat-sifatNya, seseorang akan diangkat darjatnya di sisi makhluk-makhluk Allah, dihapuskan dosa-dosa dan dijanjikan pahala yang melimpah ruah. Zikir juga merupakan perisai kepada syaitan dan jin.Beza orang yang berzikir dengan orang yang tidak berzikir umpama orang yang hidup dan orang yang mati. Hal ini diungkap dalam salah satu hadith Nabi saw. Belum percaya? Cubalah sendiri.
Mulakan dengan memaksa diri. Lama-kelamaan, mulut akan terbiasa dan akhirnya sertakan ucapan dengan hati (mengetahui makna dan fokus). Inilah yang disarankan oleh Imam Al-Ghazali hingga akhirnya beliau sendiri menemui Tuhannya. Satu langkah kita mendekati Allah, sepuluh langkah Allah mendekati kita. Apa yang lebih indah daripada mengenal
Zikir juga adalah sebahagian asas therapy ilmu psikologi Islam kerana terdapatnya kaedah penyaluran gelombang Micro static keseluruh sel-sel pancaindera dan seterusnya terbinalah apa yang dikatakan sebagai cetusan Pancaindera ke enam. Keseragaman aliran darah di antara jantung manusia ke Otak akan sentiasa mencetus aliran gelombang Micro static secara berterusan dan lancar Maka terbinalah juga satu medan Ultra Magnetic melingkari pada tubuh manusia yang boleh pula berfungsi sebagai tranfomers dan receivers. Kebolehan Penguasaan Minda dan Pembacaan minda adalah sebahagian keberkesanan hasil dari kaedah Pengamalan zikir.
ALLAH LEBIH HAMPIR?
Kajian oleh pakar-pakar kesihatan mendapati orang yang bermeditasi meningkatkan gelombang theta dalam otak. Gelombang ini dipancarkan seseorang apabila berada dalam keadaan tenang. Bahkan meditasi dapat mengurangkan tekanan dan risiko penyakit jantung. BERZIKIR juga merupakan satu bentuk meditasi, bahkan ia lebih daripada itu kerana Allah mengurniakan ganjaran pahala kepada mereka yang menyebut nama-Nya dengan ikhlas. Cubalah sendiri, insyaAllah anda pasti merasai kesan baik yang amat menakjubkan!
HIKMAH DAN KEISTIMEWAAN 10 SURAH
m
1. SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan akan dijauhi daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t.
2. SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Quran ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Quran. Barang siapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Quran seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.
3. SURAH AT-DHUHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.
4. SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.
5. SURAH AL-KHAUTHAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.
6. SURAH AL-KHAAFIRUUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.
7. SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Quran iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur..
8. SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Quran.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Quran sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya. ” Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”
9. SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.
10. SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Quran. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati

TUBUH DAN PERSPEKTIF WARNA
Apabila sesuatu sel pada tubuh manusia disukat getarannya, bacaannya ialah di dalam julat antara 0 nanometer hingga ke 780 nanometer. Bacaan ini adalah menyamai dengan bacaan warna yang boleh dilihat (kecuali pink nak ke putih yang cuma boleh dikenalpasti melalui pigmen warna sahaja).
Warna terjadi daripada “cahaya sinar putih” yang tidak kelihatan yang memecahkan tenaganya secara pecahan berdua-dua (Hukum Kejadian Berpasangan) hingga terjadi lapisan-lapisan warna tertentu. Sebenarnya terdapat berbilion-bilion warna yang boleh dilihat. Namun cuma 9 daripadanya yang diberikan nama yang asas manakala hanya 7 daripadanya yang kelihatan pada warna pelangi.
Jika diambil kiraan keseluruhan warna yang boleh dihasilkan, terdapat lebih 58 bilion lapisan warna. Bermaksud jika julat tenaga sel manusia berada di dalam 0 nanometer (sinar, biasanya paling rendah ialah 300 nanometer) hingga 780 nanometer (lebih daripada 780 nenometer ialah gelombang infra red) terdapat lebih 58 bilion lapisan warna. Tetapi daripada jumlah tersebut, ia cuma dibahagikan kepada 20 lapisan sahaja.

Subscribe to:
Posts (Atom)