|
MUDARAT TIDUR SIANG HARIby DrJaffry Hassan on Monday, May 9, 2011 at 11:04am
“Rasulullah SAW melarang tidur di waktu siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana”:
1) Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
2) Merosakkan warna kulit.
3) Melemahkan jantung.
4) Menambahkan tekanan perasaan yang meluap-luap.
5) Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
6) Melemahkan kecerdasaan akal.
Tidur di dalam kegelapan (tanpa adanya cahaya lampu) adalah tidur yang amat menyihatkan. Manakala tidur di waktu siang dan di waktu malam tetapi dengan lampu dan cahaya yang terang atau separuh terang adalah tidur yang amat memenatkan. Pelbagai penawar atau ubat dasar yang ada di dalam tubuh kita yang akan dikecapi apabila anda tidur di dalam kegelapan malam.
Penyembuhan boleh dirasai dengan tanpa adanya sebarang kesan tindak balas. Pastikan anda benar-benar dapat tidur awal dan bilik tidur anda berada di dalam kegelapan. Kegelapan bererti akan berlaku perubahan, pertukaran dan penyerapan bentuk tenaga dengan tanpa kita sedari.
INGAT ! Tidur dalam kegelapan sebenarnya adalah, anda sedang merawat diri anda dan juga merupakan terapi yang paling hebat. |
No comments:
Post a Comment