Friday, June 3, 2011

HAKIKAT IMAN YANG SUCI

DrJaffry Hassan 10hb Mei 12.37 pagi
HAKIKAT IMAN YANG SUCIby DrJaffry Hassan on Tuesday, May 10, 2011 at 12:29am
Sesungguhnya dalam menuju dan mendapatkan hakikat sebenar iman yang suci dan murni, perlulah kita mengenal atau memahami syariat (peraturan) dan kehalusan tertib agar hakikat iman yang suci akan sentiasa diberi petunjuk dari Allah yang Maha Esa.

PERTAMA:

Setiap saat kita beribadah dan beramal perlulah dengan sikap ketekunan dan hadirkanlah Allah dihati kita. Sambil berdoa "Wahai Allah engkaulah yang ku maksudkan dan redha-Mu yang kutuntut."

KEDUA:

Sentiasa merasakan "Tiada daya dan upayaku selain dari-Mu ya Allah". Haruslah kita merasakan LEMAH dan sangat memerlukan himpunan daya Allah, merasakan TULI dan memerlukan himpunan dengan pendegaran Allah, merasakan BUTA dan sangat-sangat memerlukan himpunan penglihatan Allah, merasakan FAKIR dan DHAIF dan sentiasa memerlukan himpunan kekayaan, kemewahan serta kekuatan dari Allah. Lemah dan hinanya kita untuk mentaati perintah Allah, pabila kita menghadapi sebarang permasalahan Allah sahajalah satu-satunya penolong dan penyelamat yang paling sempurna. Pertolongan Allah itulah yang paling sempurna dan mutlak sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Fatihah ayat 5: "Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan"

KETIGA:

Merasakan penuh kusyuk, iaini mata hati kita melihat Allah. Sesungguhnya yang menjadi penggerak dalam ibadah adalah "nikmat" Allah yang berhimpun pada ROH dan JASAD kita dan juga sebagai kekuatan atau pemangkin kepada beribadah. Jika berpisahnya hubungan kita dengan Allah SWT, umpama Roh keluar dari JASAD yang kaku dan kelu, maka dengan ini haruslah kita menunaikan HAK kepentingan agama dalam segala hal. Sesungguhnya dengan cara inilah menjadi pemangkin dan akan menimbulkan rasa taat, rendah hati dan kusyuk.

KEEMPAT:

Akur dan menerima dengan hati yang sangat terbuka akan hakikat kenabian. Sesungguhnya Rasulullah SAW dizahirkan Allah dengan 2 keadaan. Pertama jasad dan sifat Nabi SAW adalah sebagai contoh tauladan yang sangat sempurna. Kedua Nur Nabi SAW yang menjadi cahaya dan sebagai nadi penggerak dalam melakukan ibadah serta penyelamat umat seluruh alam. Oleh yang demikian haruslah kita mencontohi rasulullah SAW dan perbanyakkan berselawat kepada Nabi SAW.

KELIMA:

Menuju AHAD (Allah yang satu). Allah berfirman dalam hadis Qudsi: "Hendaklah kamu berjalan menuju kepada-Ku, Akulah yang menjadi penuntunmu, laluilah semua rintangan, langkahlah semua gangguan, hati-hatilah jangan engkau berhenti bersama dirimu, nescaya engkau binasa."

Dengan ini marilah kita dengan tekad yang satu, hanya Allah sahajalah yang Maha berkuasa dan makhluk langsung tidak berkuasa dan memberi manfaat. Hanya Allah sahajalah yang terpahat serta bertahta dihati kita.wallahhualam....

MUDARAT TIDUR SIANG HARI

DrJaffry Hassan09hb Mei 11.06 pagi
MUDARAT TIDUR SIANG HARIby DrJaffry Hassan on Monday, May 9, 2011 at 11:04am
“Rasulullah SAW melarang tidur di waktu siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana”:

1) Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.

2) Merosakkan warna kulit.

3) Melemahkan jantung.

4) Menambahkan tekanan perasaan yang meluap-luap.

5) Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.

6) Melemahkan kecerdasaan akal.

Tidur di dalam kegelapan (tanpa adanya cahaya lampu) adalah tidur yang amat menyihatkan. Manakala tidur di waktu siang dan di waktu malam tetapi dengan lampu dan cahaya yang terang atau separuh terang adalah tidur yang amat memenatkan. Pelbagai penawar atau ubat dasar yang ada di dalam tubuh kita yang akan dikecapi apabila anda tidur di dalam kegelapan malam.

Penyembuhan boleh dirasai dengan tanpa adanya sebarang kesan tindak balas. Pastikan anda benar-benar dapat tidur awal dan bilik tidur anda berada di dalam kegelapan. Kegelapan bererti akan berlaku perubahan, pertukaran dan penyerapan bentuk tenaga dengan tanpa kita sedari.



INGAT ! Tidur dalam kegelapan sebenarnya adalah, anda sedang merawat diri anda dan juga merupakan terapi yang paling hebat.

Rahsia Pemakanan Dalam Psikologi Kesihatan.​..

Rahsia Pemakanan Dalam Psikologi Kesihatan (oksigen/Perasaan)by DrJaffry Hassan on Tuesday, February 15, 2011 at 12:02am
Sumber atau unsur pemakanan yang paling semula jadi adalah faktor ketaatan (Sunnah) dan keharmonian di dalam memelihara perasaan (oksigen) d bahagian pernafasan yang menguasai oksigen sebanyak 65%. Salah satu sebab tercemarnya darah adalah berpunca dari penambahan kandungan nutrien dalam darah.

 

Penambahan ini menyebabkan pembiakan bakteria dan pertumbuhan kulat mikroorganisma yang pesat. Ini mengurangkan kandungan oksigen (mikroorganisma menggunakan oksigen dan membebaskan karbon dioksida) dalam darah lalu menyebabkan sel-sel tubuh tercemar (mati).

 

Oleh itu sebahagian penjagaannya dari segi psikologi adalah perlunya sifat, Tambah dan tinggikan sifat  "SABAR" dalam menghadapi segala situasi.Semoga anda semua di dalam rahmat Allah.

DrJaffry Hassan 09hb Mei 12.43 pagi
Rahsia Pemakanan Dalam Psikologi Kesihatan (oksigen/Perasaan)by DrJaffry Hassan on Tuesday, February 15, 2011 at 12:02am
Sumber atau unsur pemakanan yang paling semula jadi adalah faktor ketaatan (Sunnah) dan keharmonian di dalam memelihara perasaan (oksigen) d bahagian pernafasan yang menguasai oksigen sebanyak 65%. Salah satu sebab tercemarnya darah adalah berpunca dari penambahan kandungan nutrien dalam darah.



Penambahan ini menyebabkan pembiakan bakteria dan pertumbuhan kulat mikroorganisma yang pesat. Ini mengurangkan kandungan oksigen (mikroorganisma menggunakan oksigen dan membebaskan karbon dioksida) dalam darah lalu menyebabkan sel-sel tubuh tercemar (mati).



Oleh itu sebahagian penjagaannya dari segi psikologi adalah perlunya sifat, Tambah dan tinggikan sifat "SABAR" dalam menghadapi segala situasi.Semoga anda semua di dalam rahmat Allah.