Saturday, July 2, 2011

CAHAYA DAN RIAKSI SEL






Cahaya matahari waktu pagi terutama bermula dari waktu subuh akan meningkatkan tenaga nukleus sel. Namun ketika maghrib, tenaga akan diserap keluar apabila terdedah kepada pancaran matahari ketika itu.

Begitu juga dengna cahaya bulan mengambang penuh yang menghasilkan ion-ion positif untuk keperluan tubuh manusia.

Sel-sel sentiasa bergertar dengan harmoni bagi mewujudkan keseimbangan kepada seluruh sistem dan tubuh. Getaran ini mewujudkan gema dengan frekuensi rendah. Jesteru, sel memerlukan pancaran cahaya sebagai tenaga yang sesuai untuk keseimbangannya.

Nukleus sel memegang rahsia spiritual dan emosional (ion positif) manakala ruangan sel adalah rahsia mental (ion negatif), Ia boleh ditakrifkan sebagai karbon yang bertaindak sebagai penapis yang sangat halus supaya tidak menyerap karacunan. Kedua-dua ion positif dan negatif perlu diseimbangkan di dalam sel menurut keseimbangan asalnya yang bersifat berpasangan. Ion-ion positif dan negatif ini mempunyai "range" atau julatnya yang sama ada tinggi atau rendah. Kadar julat yang tinggi menghasilkan suhu dan frekuensi tinggi yang tidak sesuai untuk tubuh.

Sel-sel tidak akan ditembusi oleh sebarang jisim seperti dadah dan kuman kecuali getaran atau gema sesuatu jisim itu sahaja kerana kulit atau dinding sel sangat halus dan hanya membenarkan gelombang bunyi sahaja yang boleh melaluinya.

Pencemaran sel di dalam tubuh biasanya adalah disebabkan oleh mineral berat yang mengganggu tenaga pada nukleus sel yang turut menjejaskan spiritual, emosional dan mental seseorang. Mineral berat yang berlebihan akan mencipta pergerakan zarah-zarah yang perlahan yang mengganggu keseimbangan sel.

Kerja-kerja sel yang tersendiri dan begitu rapi penciptaannya seharusnya berada di dalam keadaan sejuk dan ia takan lebih fokus apabila tidur di dalam gelap.

Penyakit diistilahkan sebgai cas-cah positif di dalam nukleus menjadi tidak seimbang atau terkeluar tenaganya daripada kedudukan asal. Formula AMH adalah bercaj positif sebagai input menggantikan cas yang terkeluar itu.

Perkara-perkara kejutan atau hentaman kuat juga sebenarnya membuatkan tenaga atau gema di dalam nukleus tersebar keluar dan berlaku reaksi pada gelagat sel yang tidak menentu seterusnya mencipta penyakit. Ini adalah kerana kuman atau zarah tenaga sentiasa berinterasi bersama sistem tenaga yang lain yang terdapat di dalam seluruh tingkat penciptaan.

Air sejuk atau ais akan mengembalikan tenaga nukleus kepada keadaan asalnya. Pergerakan di dalam ais adalah bergerakan tenaga abadi yang sentiasa wujud.

KA'ABAH DAN KELAMBU HITAM






Ka'abah yang diselimuti dengan kain hitam berfungsi untuk menyerap berbagai gelombang getaran cahaya dalaman bahantara yang melakukan gerakan dari arah kanan mengelilingi ka'abah. Pada ketika itu keheningan dan ketenangan dapat dirasai lebih menyelubungi tahap kerohanian. Adalah amat tidak meragukan untuk diterima akal apabila ramai yang melakukan "ibadah tawaf" di ka'abah didapati berada di dalam keadaan yang cukup sihat dan bertenaga.

Disisi ka'abah terdapat air zam-zam yang mengandungi cas-cas positif yang boleh mengeluarkan tenaga mekanik. Air zam-zam bertekanan tinggi dan bersifat alkali. Wap-wap air terbentuk di sekitar ka'abah dan berlakulah tekanan tinggi di sekitarnya. Apabila diminum secara berdiri ia akan bergerak mengalir lurus membujur dan masuk ke dalam tubuh dan bercahaya lurus tanpa ada sebarang halangan. Ketika itulah penguraian akan berlaku, nafas akan menghasilkan karbon dioksida dan ia bertukar menjadi cahaya. Pada ketika itulah pembersihan sebenar akan berlaku.

Batu Hajarulaswad ( Batu Hitam) berfrekuensi 3.5Hz-berfungsi memerangkap segala tenaga buruk dan menyerap radikal-radikal bebas yang ada pada wajah, bulu roma, kulit malah pada gema hati manusia yang menguasai sistem kederiaan serta bunyi abadi. Batu hitam adalah simbol jasad kenyal. Dari segi saintifik, semua satelit di ruang angkasa bumi didapati bertumpu ke bahagian batu hitam yang berada di Ka'abah untuk penyebaran gelombang komunikasi yang paling hebat. Ka'abah dan ruang udaranya mempunyai gelombang bertekanan tinggi yang tidak ada di lain-lain tempat. Keistimewaan ini meletakkan ka'abah sebagai Pusat Bumi dan sekali gus merupakan Pusat Tatasuria bukannya matahari.

Keindahan bentuk 4 segi, ka'abah adalah rahsia pembentukan dan pergerakan mengelilinginya adalah rahsia tanah, berlakunya geseran ketika berjalan (bertawaf) menghasilkan pembersihan (penguraian / penyucian). Tujuh kali tawaf adalah rahsia satu tenaga (kesatuan asas) dan juga memegang rahsia kebesaran, kelengkapan dan kesempurnaan Maha Pencipta.

Inilah hakikat pergerakan yang berlaku dalam pergerakan dari kiri ke kanan secara konsisten dengan penuh keheningan dan ia boleh mewujudkan tenaga amplitud yang maksima. Perlakuan tawaf yang mengelilingi ka'abah ini adalah secara langsung merupakan terapi penguraian (Nuclear Fission) yang mampu membersihkan segala sifat kecelaan dalaman dan luaran tubuh bagaikan bayi yang baru dilahirkan. Pada perlakuan dan kesempatan ini segala doa yang kita pohonkan akan termakbul.InsyaAllah....

WUDUK PENGHAPUS DOSA





Inilah rahsia penyucian deria mata ketiga

Terlalu banyak hadith-hadith menunjukkan bahawa dosa-dosa yang dilakukan oleh mata, kaki, telinga dari anggota-anggota yang telah dibasuh atau disapu dan diusapkan, akan gugur ketika berwuduk atau pada akhir titisan wuduk. Al Imam Abu Hanifah pernah diperlihatkan oleh Allah, air yang mengalir dari anggota ketika berwuduk, adalah sama dengan darah kotor.

Sabda Rasululullah SAW ;

“Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwuduk, lalu ia mencuci wajahnya, maka akan keluar dari wajahnya setiap dosa yang ia lihat (yang haram) bersamaan dengan air atau bersama titisan air terakhir, bila ia mencuci kedua tangannya, keluar dosa-dosa yang dilakukan kedua kakinya bersamaan dengan air atau bersamaan dengan titisan air terakhir hingga ia keluar dalam keadaan bersih dari dosa” (Riwayat Muslim)”

Dalam satu hadith, berkata Abdullah As Sunabihi r.a. Rasulullah SAW bersabda, apabila seorang hamba mukmin berwuduk, (dengan) memasuk air ke mulut keluarlah dosa-dosa dari mulutnya, apabila ia menyedut air ke hidung dengan menghembuskannya, keluarlah dosa-dosa dari hidungnya, apabila ia basuh mukanya, keluarlah dosa-dosa dari mukanya sehingga ke bawah kelopak dua matanya.

Apabila ia membasuh kedua-dua tangan (tangan sehingga melebihi siku) keluarlah dosa-dosa dari kedua-dua tangannya, sehingga yang di bawah kuku, apabila ia sapu kepalanya, keluarlah dosa-dosa kepalanya, sehingga terkeluar (dosa) dari kedua telinganya, apabila ia membasuh kedua kakinya, keluarlah dosa-dosa dari kedua kakinya sehingga dari bawah kuku dua-duanya, kemudian ia berjalan ke mesjid, dan sembahyangnya menjadi lebihan pahala. (pahala yang lebih).

Perjalanan ke mesjid adalah mendapat pahala, dan menggugurkan dosa, kerana ia berniat hendak sembahyang di mesjid, kemudian ia bersembahyang di situ, adalah merupakan lebihan pahala dari penghapusan dosa yang lepas, kerana dosa telah terhapus dengan amalan berwuduk, jadi pahala berjalan ke mesjid, dan sembahyang di situ menjadi pahala yang lebih, kerana dosa-dosa telah terhapus sebelum melakukan sembahyang. Oleh sebab dosa telah terhapus, maka pahala bersembahyang di situ, adalah merupakan pahala yang lebih semata-mata, tanpa terjejas, maka ia akan menjadi pengangkat darjatnya.

FIRASAT HATI YANG BERCAHAYA







Tidak ada suatu keinginan yang besar dari seorang mukmin…

Kecuali mempunyai hati yang bersih dan bercahaya.

Karena dia yang akan menuntut keselamatan hidup kita di dunia. Hati yang cemerlang adalah hati yang bersih suci dan mampu ‘melihat’ alam ghaib sehingga ia mengenal Allah taala tanpa keraguan sedikitpun.

Pada zaman nabi ada seorang laki-laki bertanya pada nabi, 

“Ya Rasulullah , siapakah manusia terbaik?”. Nabi menjawab,“Mereka adalah orang mukmin yang berhati makhmum.” Orang itu bertanya lagi , “Apakah hati makhmum itu?” . Nabi bersabda, “Itu adalah hati yang bertaqwa lagi bersih yang tidak ada didalamnya penipuan, sikap melampaui batas, tipu daya, khianat dan dengki”.(HR. Ibnu majah dan termasuk hadis shahih).

“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu bertaqwa kepada Allah, niscaya Dia akan memberikan kepadamu furqaan (pembeda) dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahanmu dan mengampuni (dosa-dosa) mu. Dan Allah mempunyai karunia yang besar.” (QS Al-Anfal : 29)

“Hai orang-orang yang beriman (kepada para rasul), bertaqwa kepada Allah dan berimanlah kepada Rasul-Nya, nescaya Allah memberikan rahmat-Nya kepadamu dua bagian, dan menjadikan untukmu nur (cahaya) yang dengan cahaya itu kamu dapat berjalan dan Dia mengampuni kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS Al-Mujadilah :28)

Dalam hadits Qudsi, diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra, bahwa Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya Allah swt telah berfirman: 

“Barangsiapa yang menyakiti wali-Ku , maka Aku menyatakan perang kepadanya. Tidaklah hamba-Ku mendekati-Ku dengan suatu pekerjaan yang lebih Aku sukai daripada dia mengerjakan apa yang Aku telah fardhukan kepadanya. Dan senantiasa hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan melakukan yang sunat (nawafil) sehingga Aku cinta kepadanya. Maka apabila Aku telah mencintainya, adalah Aku-lah yang menjadi pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan penglihatannya yang ia melihat dengannya, dan tangannya yang ia tamparkan dengannya, dan kakinya yang ia berjalan dengannya; Dan sesungguhnya, jika ia meminta kepada-Ku, nescaya Aku berikan kepadanya; Dan sesunggunya, jika ia memohon perlindungan kepada-Ku nescaya Aku berikan perlindungan kepadanya.” (Riwayat Imam Bukhari)

Hati yang bersih juga hati orang yang Ikhlas, sehingga ditakuti oleh syaitan. Nabi pernah bersabda, 

“Tidak berjalan Umar disuatu lorong melainkan syaitan memilih jalan lain (supaya tidak bertembung dengan Umar). (HR. Imam Bukhari dan Muslim).

Perasaan takut yang ditunjukkan syaitan disebabkan kerana ketakwaan yang ada dalam diri Umar.

Apabila hati bersinar dan gemilang, Allah mengilhamkan kepada hati itu berbagai ilmu dan petunjuk. Diantaranya adalah firasat mukmin. Sehubungan hal tersebut menurut Imam Thirmidzi , Nabi SAW bersabda , 

“Takutlah kamu dengan firasat mukmin karena sesungguhnya dia melihat dengan nur Allah. “

Contohnya, menurut Anas bin Malik , pada suatu hari dia melihat seorang wanita dan tertegun dengan kecantikannya. Kemudian setelah itu , beliau bertemu dengan Utsman bin Affan dan Utsman berkata, 

“Telah masuk ke perkumpulanku , seorang laki-laki yang dimatanya terdapat tanda-tanda zina.” Anas terkejut dengan perkataan Uthman dan bertanya.“Masih adakah wahyu setelah nabi ( Khalifah Uthman boleh mengetahui apa yang telah dilakukannya) ?” . Uthman menjawab.“Tidak, yang ada hanyalah mata hati dan firasat yang benar”

BUNYI / CAHAYA TETAP MENEMBUSI MANA-MANA RUANG






Inilah rahsia Malaikat yang tetap boleh menembusi keranda atau apa jua jenis tempat penyimpanan mayat. Walaupun mayat disimpan di dalam bekas tertutup rapat daripada besi atau timah dan sebagainya. Cahaya juga tetap boleh bertukar menjadi bunyi. Akhirnya bunyi boleh berada di mana-mana walaupun di tempat yang gelap gelita. Gelap gelita bermakna cahaya berada di dalam cahaya. Akan tetapi bunyi dan cahaya yang penuh dengan gema dan pengamatan yang amat dasyat di dalam alam kubur, langsung tidak di dengari oleh semua manusia kecuali mukjizat junjungan mulia Nabi SAW serta sesetengah haiwan.

Kelangsingan dan kenyaringan adalah suatu frekuensi gelombang tinggi dengan satu sumber bunyi iaitu 296Hz. Sumber lain yang asing di dalam tubuh dan tidak stabil boleh dikesan melalui bunyi yang lebih daripada 300Hz. Gelombang bunyi dalam udara dalam bentuk menarik yang membujur. Manakala di dalam air ia berbentuk bulatan (bulatan atau lingkaran adalah rahsia kejadian alam)

FIKRKANLAH BAHAWA AL-QURAN TELAH MEMBENARKAN KAJIAN SAINS TENTANG HAKIKAT BUNYI YANG MEMBINA DAN MENGHANCURKAN

MISTERI KEGELAPAN CAHAYA


DrJaffry Hassan07hb Jun 1.02 pagi

 DrJaffry Hassan on Tuesday, June 7, 2011 at 12:58am

Kegelapan yang serba tidak nampak tidak diukur sebagai tenaga kerana kita hanya boleh mengukur melalui zat cahaya. Oleh itu apakah bandingan yang membolehkan kita mengukur kegelapan yang legap?

Misteri kegelapan cahaya masih belum terjawab. Akan tetapi, yang pastinya di dalam kegelapan itu terdapat rupa bentuk tenaga yang memendam secara padu dan padat tenaga dalamannya. Ini adalah kerana saya amat percaya bahawa titik kegelapan bermulanya dari pembalikan apa yang kita lihat apabila kegelapan bertukar menjadi pola bayangan dan bayangan pula akan bertukar menjadi pola cahaya.

Sememangnya terdapat suatu medan getaran tinggi yang dipanggil “Cahaya Dalaman” yang juga boleh membongkar rahsia magnitud “Kerohanian Dalaman”.

Ilham dan firasat yang diperolehi sehingga membuahkan hasil yang sangat optimum adalah dari tahap keheningan dan hati yang sangat bersih dan merupakan visi dari kawasan kegelapan cahaya (Kerohanian yang tulus dan padu kepada Ilahi) yang disusuli pemusatan hati yang sangat tulen.

Oleh itu hormatilah zat cahaya yang sedang bertahta di jiwa dan tubuh yang sentiasa dahagakan hidayah murni serta pandu arah yang benar serta menerima pelbagai isyarat penting yang akan dihantar untuk aktiviti kehidupan yang perlu anda lalui untuk meneruskan hidup. Jesteru itu hayatilah rahsia sebenar Hukum Pertimbangan Sunnah dgn ketelusan ilmu yang diajarkan oleh Nabi SAW.

KEUNIKKAN ZAT CAHAYA


DrJaffry Hassan07hb Jun 12.35 pagi

 DrJaffry Hassan on Tuesday, June 7, 2011 at 12:33am
Sesuatu yang menarik mengenai cahaya ialah ia mempunyai 2 sifat iaitu bersifat gelombang (berfrekuensi) dan juga bersifat jirim (berfoton). Sifat gelombang cahaya menghasilkan radiasi elektromagnet manakala sifat jirimnya menghasilkan tenaga berfoton dan berkuanta.

Mata kasar manusia hanya boleh melihat cahaya pada julat jarak gelombang 400-700 nanometer. Di luar julat ini jirim cahaya akan 'ghaib'. Cahaya bergerak lurus pada halaju yang amat tinggi. Rekod kelajuan paling tinggi manusia boleh bergerak (dan masih hidup) ialah di dalam roket ketika melepasi tarikan graviti bumi sewaktu hendak keluar ke angkasa lepas.

Halaju Cahaya : 1,079,252,849 km/j

Halaju Melepasi Graviti Bumi : 40,200 km/j

Cahaya yang dipancar dari matahari mengambil masa selama 8.3 minit untuk sampai ke bumi. Akal manusia tidak akan mampu mencipta kapal angkasa yang boleh bergerak selaju cahaya. Sekiranya ada pun, kenderaan tersebut (dan manusia di dalamnya) akan memecah molekul menjadi foton tenaga dan 'ghaib'.

Allah mencipta segala yang di langit dan di bumi. Cahaya dijadikan Allah seperti dua firman Tuhan yang bermaksud,

"Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat (nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." (Surah an-Nuur 24:35)

"Dia-lah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan-Nya manzilah-manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak. Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya) kepada orang-orang yang mengetahui." (Surah Yunus 10:5)